Sunday, November 25, 2012

KURSUS LATIHAN TEKNIKAL PEMBUATAN PRODUK BULUH


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Kursus Latihan Teknikal Pembuatan Produk Buluh selama 5 hari.
Butir-butir kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 12-16 Disember 2012 (Rabu-Ahad)
Tempat : Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM.
Yuran : RM 650.00

Anda dijemput untuk hadir dan mengambil bahagian dalam kursus ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur yang dilampirkan. Sila daftar dalam borang pendaftaran dan e-mel kepada hasfalinafrsb@gmail.com atau hanaridz@gmail.com. Borang tersebut juga boleh difaks ke 03-8946 4003.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-8946 4013

Terima kasih.

Raihana Ridzuan
Putra Design Nucleus,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina,
Universiti Putra Malaysia

Thursday, October 25, 2012

JOM MASUK UPM 2013

untuk makluman lanjut, klik pada gambar di bawah:




PENGHALAU SERANGGA BOTANIKAL


Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Di sini saya ingin menunjukkan cara yang mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jika salah menggunakan serta cara penyimpanan.

Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini.

Konsep yang saya ketengahkan disini adalah mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikut adalah jenis-jenis serangga perosak tanaman yang biasa kita jumpa di tanaman:-

Serangga Jenis Mengunyah
  1. Kumbang
  2.  Belalang
  3. Kupu-Kupu
  4. Ulat Bulu
  5. Siput
  6. Lintah Bulan
Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
  1. Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
  2. Koya
  3. Pianggang
  4. Kutu Thrip
  5. Kulat Putih @ Hamama
Penyediaan Larutan Stok
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
  • 1 sudu besar sabun basuh
  • 4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Penyediaan

1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi
3. Setelah dikacau, tapiskan
4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)

Bagi serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga dalam kuantiti yang besar adalah:-

Ekstrak Bawang
Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak Halia
Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak Daun Neem (Semambu)
Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3- jika anda membuat patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak Bawang Putih
Juga untuk kawalan vector seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram bawang putih (dicincang) dalam 500 ml air

Tambahkan 10ml minyak masak dan 10gram sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan bersama air dengan nisbah 1:200. contohnya jika kita menggunakan 10ml ekstrak pati campurkan dengan 2000 ml air (2 liter).

terdapat juga resepi penghalau serangga di sini 

Wednesday, October 24, 2012

FURADAN ORGANIK

Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain), banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.

Namun,  penggunaan furadan sistetik ini juga memberi kesan kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan hasil tanaman walaupun penggunaannya dihentikan pada sekitar 75 hari (atau lebih) sebelum memungut hasil tanaman.
 
Bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan furadan organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah)

Bahan furadan hanya menggunakan tiga bahan utama, iaitu buah jering, belerang, dan pasir. Cara pembuatannya mudah:
  1. ambil 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus
  2. masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/ besen 
  3. tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur
  4. tambahkan 6 cawan pasir halus
  5. gaulkan bahan tersebut hingga sebati
  6. tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu
furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda.
 
selamat mencuba!

NEMATOD



Pendahuluan
Nematod adalah sejenis haiwan intertebrata. Sebahagian daripada spesies nematod boleh hidup dalam tanah atau tumbuhan dan sebahagian lagi hidup di dalam air. Nematod hidup dalam tumbuhan dengan memakan kandungan sel-sel akar, batang dan daun. Beberapa spesies nematod pula menjadi vektor kepada virus. 

Nematod hadir dalam hampir setiap jenis tanah dan yang membezakan mereka adalah sama ada mereka menjadi perosak atau tidak kepada perumah pilihan merena, iaitu tanaman yang semuai untuk mendapatkan makanan.

Kerosakan dan Simptom
Secara amnya, nematod menyebabkan kerosakan fizikal ke atas akar, batang atau daun.

Simptom kerosakan pada organ-organ ini biasanya berbentuk lesion, puru dan kehitaman. Keseluruhan pokok nampak kurang sihat dan kelihatan seperti kekurangan zat makanan. Dalam keadaan kemarau atau tegasan yang lain, tanaman menjadi mudah layu. Selain daripada kerosakan fizikal secara langsung, nematod juga mengalakkan jangkitan pathogen-pathogen lain seperti bakteria dan kulat. Sebagai contoh, nematod puru akar iaitu Meloidogyne incognita bersaling tindak dengan Fusarium solani dan seterusnya mengakibatkan kerosakan yang teruk pada tanaman tembakau.

Tanaman yang diserang oleh nematod pada amnya menunjukkan simptom-simptom yang berikut:
  1. Kadar pertumbuhan yang lambat
  2. Klorosis pada daun
  3. Daun mudah gugur dengan banyaknya
  4. Terbantut
Kadar kerosakan pada tanaman jangka panjang agak lambat. Kesan daripada serangan ini lebih ketara jika pokok itu berada di bawah tegasan (under stress) seperti ketika musum kemarau (kering) yang panjang.

Pokok durian yang diserang semasa di dalam keadaan kekurangan air, akan mengalami peluruhan daun yang teruk, mengakibatkan dahan menjadi tidak berdaun dan yang tinggal hanya pucuk-puck jemala pokok. Jika hujan kembali turun, daun akan tumbuh pada bekas-bekas ranting buah.

Kerosakan dari segi merosotnya kualiti dan pengeluaran hasil lebih ketara pada tanaman pisang. Tandan menjadi kecil dengan bilangan sisir dan buah yang semakin kurang.

Simptom penyakit dan kerosakan di permukaan tanah menggambarkan sistem akar yang telah rosak. Pembentukan puru akar pelbagai saiz adalah akibat dari kesan serangan sejenis nematode iaitu Meloidogyne sp. Jika serangan tidak serius puru kelihatan hampir serupa dengan nodul (bintil) yang terbentuk daripada aktiviti bakteria peringkat Nitrogen pada akar perumah. Pada tanaman perumah yang sangat mudah diserang (susceptible) nematod seperti jambu batu dan cili, pembentukan puru boleh mencacatkan akar sehingga ia menjadi reput, bergabus, berwarna hitam dan tanpa akar serabut.

Walau bagaimanapun, serangan spesies nematod yang lain mengakibatkan simptom yang kurang jelas misalnya, tanaman durian yang diserang oleh Xiphinema sp. menunjukkan pertumbuhan yang lambat, akar menjadi pendek dan tebal (stubby) kerana proses pemanjangannya terhenti. Dalam kes serangan nematod Pratylenchus sp. pula, terdapat luka (lesion) di akar yang menyerupai luka-luka yang disebabkan oleh alat-alat mekanikal pertanian atau seperti tanda serangan kulat.

Kaedah-kaedah Kawalan
Prinsip pengurusan perosak bersepadi haruslah diutamakan dalam pengawalan nematod. Aras populasi nematod dalam tanah atau anak benih hendaklah dipastikan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengelakkan pembaziran bahan dan pencemaran alam sekitar.

1. Kaedah Kawalan Kimia
Bahan-bahan bersifat wasap (fumigant) boleh digunakan untuk memusnahkan populasi nematod di dalam tanah. Keadaan tanah yang berstruktur dan agak kering amat perlu untuk mendapatkan kesan pengwapan yang baik. Bahan pewasap ini berbentuk butiran atau cecair. Di antara bahan-bahan yang terbukti sesuai dan baik ialah fenamiphos dan karbofuran.

Keupayaan karbofuran dan fenamifos untuk mengawal nematod didapati berbeza. Fenamifos (contoh: Nemacur) sejenis racun fosfat yang mengikut enxim asetilkolin-esterase di dalam sistem saraf nematod secara tidak bertimbalbalas (irreversible) sementara karbofuran iaitu sejenis racun karbamat (contoh Furadan), mengikut enzim tersebut secara berbalik (reversible) (Spurr 1985). Furadan digunakan pada kadar 50-60 g/pokok. Manakala Nemacur pula pada kadar 20-25 g/pokok. Manakala Nemacur pula pada kadar 20-25 g/ pokok dengan kekerapan 4 bulan/rawatan.

2. Kaedah Kawalan Fizikal
Satu daripada contoh kaedah ini ialah rawatan air panas. Kaedah ini sesuai untuk anak benih seperti sulur tanaman pisang. Pada suhu dan tempoh yang sesuai, nematod dalam akar dan umbi pisang boleh dimusnahkan sebelum menanam. Sulur pisang boleh direndam dalam air bersuhu tetap 55 darjah celsius se;ama 15-20 minit. Populasi nematod merosot dengan ketiadaan tanaman perumah tetapi beberapa peratus daripadanya boleh hidup dengan bergantung kepada keadaan persekitaran. Umpamanya pada tanaman padi, pembajakan yang lama dan dalam boleh mengurangkan H. oryzae tetapi perlu dilakukan dalam keadaan 12 bulan berkeadaan basah dan masa yang lama lagi diperlukan bagi keadaan kering. Pengurusan rumpai yang baik boleh mengurangkan populasi nematod sewaktu ketiadaan padi dan semasa pertumbuhan tanaman yang lain.

3. Kaedah Kawalan Biologi
Kaedah ini masih memerlukan banyak kajian dan percubaan. Namun beberapa organism, seperti Bacillus pentrans (sejenis bacteria) dan Paecilomuces lilacinus (sejenis kulat) berupaya memparasit dan mengurangkan populasi nematod puru akar dalam tanah.

4. Kaedah-kaedah Kawalan Lain
Kaedah-kaedah ini termasuklah penggunaan varieti yang resistan kepada serangan nematod, penggiliran tanaman, penggunaan bahan-bahan organan seperti najis haiwan dan sisa cengkerang atau membiarkan tanah tanpa tanaman yang rentan kepada nematod dan sebagainya.

Penggunaan Tagetes spp Kultivar Harmony dan Harmony
Selain menggunakan kaedah-kaedah yang tersebut di atas, penggunaan Tagetes spp. atau bunga Tahi Ayam boleh mengurangkan aras populasi nematod di dalam tanah. Antara spesies nematod yang dapat dikawal adalah Pratylenchus, Meloidogyne, Tylenchorynchus, Rotylenchus, Helitylenchus dan nematod ektoparasit iaitu Ditylenchus dan Aphelenchoides. Kandungan kimia di dalam akar bunga ini iaitu Thiopene bertindak sebagai racun yang mempunyai prinsip nematisid yang boleh membunuh nematod. Pratylenchus yang memasukki akar akan mati dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh ia memasukki akar itu. Walau bagaimanapun, pada Meloidogyne ia hanya mempunyai kesan racun kepada nematod itu dalam masa tiga hingga empat minggu selepas memasuki akar. Oleh itu, disyorkan menanam bunga Tahi Ayam ini di sekeliling ladang atau antara barisan pokok atau diselangselikan dengan jarak 60 cm antara tanaman ladang.

Antara kultivar yang mempunyai kesan keracunan terhadap nematod ialah Tagetes patula, Tagets erecta dan Tagetes minuta. Walaupun kaedah ini tidak mempunyai nilai komersial kepada petani, tetapi kesannya terhadap aras populasi nematod di dalam tanah amat berkesan selain daripada mencantikkan pemandangan di sekitar kawasan. Di samping itu, ia tidak mempunyai kesan sisabaki racun dalam tanah dan secara tidak langsung membaiki udara persekitaran.

Thursday, October 11, 2012

HARI TERBUKA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP) 2012

Adalah sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) selaku penyelaras Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Hari Terbuka Program Pemindahan Ilmu (KTP) 2012 yang bertujuan mempromosikan dan mewar-warkan kejayaan UPM memperolehi geran berkenaan untuk komuniti dan industri serta untuk memaklumkan tawaran geran KTP Fasa 3, 2013.  

Butiran program seperti berikut: 

Tarikh: 22 Oktober 2012 (Isnin) 
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang 
Tempat: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM 

Antara yang menarik:
  • pameran projek KTP fasa 1 dan fasa 2 
  • gerai komuniti dan industri  
  • tawaran permohonan geran KTP fasa 3 (2013)

Wednesday, October 10, 2012

DEMONSTRASI PERTANIAN DAN MASAKAN SEMPENA PESTA KONVO UPM


Semua dijemput hadir untuk sama-sama melihat demonstrasi Pertanian & Masakan di Gerai No. 4 pada:

Tarikh: 13-16 Oktober 2012
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia 

JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2012


Sempena Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-36, UPM akan mengadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian selama 5 hari, bermula pada 12 hingga 16 Oktober 2012, bertempat di Bukit Ekspo, UPM.

Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tahun 2012 akan diadakan pada 12 Oktober 2012 (Jumaat), jam 2.30 petang, bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang ekspo tersebut seperti pameran pendidikan, pameran ternakan dan pertanian, penjualan benih tumbuhan, lelongan anak kuda, pertandingan paintball, pertandingan sukan rakyat, pertandingan melukis dan sukan kanak-kanak, pertandingan orkid, berkayak, pertandingan memancing, menunggang kuda, persembahan artis, demonstrasi padang dan pelbagai pertandingan lain yang sesuai untuk pelajar dan seisi keluarga.

Staf UPM dan orang awam dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan ekspo lima hari itu kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Maklumat lanjut, sila hubungi 03-89467301 / 89467299, 03 03-89466003 atau layari http://www.tpu.upm.edu.my/ekspo2012/

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H


Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
dari 
staf Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)

Wednesday, August 1, 2012

SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)


Assalamualaikum.
 
Tuan/Puan  yang saya hormati,
 
Bersama ini saya sertakan
maklumat pembiayaan yang disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan
terutamanya usahawan SDSI. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk turut menghebahkan
peluang ini kepada para usahawan. 
 
Selamat menunaikan ibadah puasa.
 
 
Sekian,
terima kasih.
 
 
Salmah Sathiman
ICU JPM

LATAR BELAKANG

Program Kemajuan Ekonomi Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). SME Bank sebagai agensi pelaksana.

TUJUAN SKIM 
  1. Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;
  2. Menyediakan kemudahan                                                                                                             pembiayaan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi luar bandar;
  3. Menyediakan skim pembiayaan tanpa cagaran atau penjamin dengan kadar bayaran balik yang rendah ; dan
  4. Membantuk earah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.
BENTUK PEMBIAYAAN
  • Pembelian mesin/peralatan /kenderaan perniagaan;
  • Membiayai modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah/stok;
  • Pembiayaan modal kerja berputar boleh dipertimbangkan bagi perusahaan berasaskan kontrak /pesanan / tempahan berkala;
  • Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menaiktaraf premis perniagaan;
  • Pembiayaan kos insurans dibenarkan
HAD BIAYAIAN
  • Minima RM20,000
  • Maksima RM250,000 (operasi< 3 tahun)
  • Maksima RM500,000 (operasi> 3 tahun)
  • Maksima RM100,000 (pembiayaan modal kerja) 

TEMPOH BAYARAN BALIK
  • 3 hingga 5 tahun (Pembiayaan RM250,000 kebawah)
  • 5 hingga 7 tahun (Pembiayaan RM250,000 –RM500,000)
TEMPOH PERNAFASAN (GRACE PERIOD)
Sehingga 6 bulan

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN
5% setahun atas baki bulanan (annuity monthly rest).

PEMBERIAN GERAN / MUQASAH
  • 30% daripada jumlah pembiayaan pokok.
  • Bagi pinjaman dibawahRM250,000, pembiayaan pertama sahaja. 
  • Telah mencapai70% pembayaran keseluruhan pembiayaan.
  • Tiada tunggakan dan bayaran balik tidak melewati tarikh ditetapkan.
  • Prestasi perniagaan yang meningkat selepas pembiayaan SPED.
  • Tidak pernah dijadual semula.


CAGARAN
  • Mesin/peralatan yang dibiayai akan diambil sebagai cagaran.
  • Pembiayaan yang tidak melibatkan mesin/peralatan, tiada cagaran dikenakan. Peminjam disyaratkan memberi ‘personal guarantee’ .
  • Perjanjian Penyerahan Hak Bayaran (Deed of Assignment of Payments) boleh diambil atas pembiayaan modal kerja berputar.
  • Boleh mengenakan syarat debenture keatas aset tetap syarikat sedia ada.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SPED
  1. Perniagaan/perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) Bumiputera.
  2. Perniagaan/perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  3. Keutamaan kepada perusahaan/perniagaan bertempat diluar bandar.
  4. Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuhmasa.
  5. Premis perniagaan mestilah berasingandaripada premis kediaman.-bagi aktiviti jahitan kecil-kecilan, trading, pembuatan berasaskan makanan, kraftangan, beroperasi di kediaman hanya layak pembiayaan tidak melebihi RM30,000.
  6. Pengusaha/syarikat yang belum pernah mendapat pembiayaan melebihi RM250,000. Walaubagaimanapun boleh dipertimbangkan sekiranya pembiayaan sediaada telah selesai dibayar sekurang-kurangnya 75% (pembiayaan rumah pertama dikecualikan).
  7. Umur tidak melebihi 60 tahun semasa memohon.
  8. Membiayai syarikat yang bertaraf mikro dan kecil sahaja

TATACARA PERMOHONAN SPED
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang diperolehi di IbuPejabat/ Cawangan/ KKLW.
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama -sama dengan borang permohonan.
  • Mendapatkan sokongan Wakil Rakyat (AhliParlimen/AhliDewanUndanganNegeri) dengan mendapatkan tandatangan pada borang SPED.
  • Borang permohonan serta kertas projekdan dokumen-dokumen berkaitan dikemukakan ke cawangan Bank


MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
P.O. Box 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 603-2615 2020/2828 (GL)2615 2843 (Aliman), 2615 2012 (Rafiz) 2615 2086 (Arrifin), 2615 2013 (Ainon) 2615 2044 (Mazura)
Website: www.smebank.com.my

PELUANG MENDAPAT GERAN PROJEK ATAU PERNIAGAAN

Salam.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa KKLW di bawah Rural Business Challenge (RBC) - Transformasi
Belia Desa, ada menyediakan dana berbentuk geran bagi membantu belia dalam bidang
keusahawanan untuk meningkatkan perniagaan. Kemudahan yang disediakan adalah dalam
bentuk geran. Peluang terbuka kepada usahawan berusia 18-40 tahun. Min bantuan geran
ialah sehingga maksimum  RM15 juta. Permohonan yang berjaya dinilai hanya
berdasarkan kepada RANCANGAN PERNIAGAAN. Keterangan lanjut mengenai program ini
boleh dilayari di alamat 
http://www.rurallink.gov.my/rbc. Tarikh tutup mengemukan rancangan perniagaan ialah
sebelum 30 OGOS 2012. 
3. Diharapkan pihak tuan/puan dapat menguarkan maklumat ini dengan segera kepada
usahawan-usahawan di negeri masing-masing khasnya kepada usahawan SDSI bagi membantu
usahawan yang berpotensi untuk terus berjaya. 


Sekian, terima kasih.

Salmah Sathiman
BSR ICU
 
 

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H

salam Ramadhan kepada semua.
selamat mengerjakan ibadah puasa.
mohon maaf segala salah dan silap.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan diberkati Allah S.W.T.
dari
WARGA APEEC, UPM

Wednesday, July 18, 2012

PENYEMBELIHAN

PENDAHULUAN
Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. 
Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.

Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)


Terlebih dahulu mari kita melihat kepada kepentingan sembelih. Sembelihan dalam Islam bertujuan mematikan haiwan dan menghalalkan dagingnya untuk dimakan. Ini berbeza debgan sembelihan dalam agama lain. Sembelihan mereka juga bertujuan untuk mematikan haiwan tetapi tidak menghalalkan dagingnya.

HUKUM PENYEMBELIHAN
 Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)


 
DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

RUKUN PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).


Jika dilihat dalam ta'rif tersebut, kita dapat membahagikannya kepada 4 perkara utama yang juga merupakan rukun sembelihan:

1. Melukakan anggota tertentu:
Ulama membahagikan rukun ini kepada 2 mengikut jenis haiwan yang ingin disembelih.
  1. Sekiranya haiwan tersebut mampu ditundukkan oleh tenaga manusia seperti lembu, kerbau, ayam dan unta, maka wajib bagi si penyembelih menyembelih di bahagian leher haiwan dengan memutuskan kedua-dua urat halqum (salur nafas) dan urat mari' (salur pemakanan) cara ini dinamakan Ikhtiyari. 
  2. Bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia seperti haiwan liar seperti burung, rusa dan kijang maka harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk haiwan yang terjatuh di dalam lubang dan tidak dapat disembelih di lehernya maka memadai dengan dilukakan haiwan itu dengan luka yang membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari.

2. Haiwan yang halal dimakan:
Saya percaya yang para pembaca sekalian sedia maklum jenis-jenis haiwan yang halal dimakan. Haiwan yang haram dimakan seperti babi dan haiwan beracun tidak akan berubah menjadi halal walaupun disembelih. Setiap haiwan perlu disembelih kecuali ikan dan belalang. Maka termasuklah dalam kategori ikan di sini, haiwan-haiwan akuatik yang lain seperti sotong, ketam, udang, kerang dan lain-lain haiwan akuatik dikecualikan daripada kewajipan sembelihan.

3. Alat yang tertentu:
Apa yang dimaksudkan ialah alat yang tajam tidak kira pisau, pedang, parang, buluh mahupun kaca. Tetapi sembelihan menggunakan gigi, kuku dan tulang adalah tidak halal. Daripada Rafi' bin Khudij, aku bertanya kepada Rasulullah sesungguhnya kami bertemu binatang yang berlati kemarin dan tiada senjata bersama-sama kami, lalu baginda bersabda:
"Apa sahaja yang dapat digunakan untuk mengalirkan darah dan disebut nama Allah makanlah (tetapi) bukan disembelih dengan gigi atau kuku dan aku akan jelaskan perkara tersebut. Adapun gigi itu adalah tulang dan kuku itu adalah senjata orang Habsyi". [Mutafaqqun 'Alayhi]


4. Oleh orang yang tertentu:
Tidak halal sembelihan seseorang itu melainkan dia adalah seorang Islam atau setidak-tidaknya Ahli Kitab dan semestinya berakal. Tidak disyaratkan seseorang itu lelaki atau baligh maka harus bagi perempuan dan kanak-kanak mumayyiz untuk menyembelih. Persoalan yang timbul ialah siapakah mereka yang digelar Ahli Kitab? Adakah orang-orang Kristian dan Yahudi pada hari ini masih lagi dianggap Ahli Kitab. Persoalan ini memerlukan perbincangan panjang lebar dan sekiranya ada kesempatan insyaallah akan dibincangkan dalam suatu post khusus berkenaan dengannya. Maka cukuplah sekiranya saya terangkan di sini bahawa Ahli Kitab itu adalah mereka yang beriman kepada Kitab-kitab terdahulu yakni Injil dan Taurat.

Firman Allah:
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ
"...Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka..."
[Al-Maidah:5]

Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.

Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

Haiwan darat.
Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
  • Babi dan keturunannya.
  • Anjing.
  • Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
  • Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
  • Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
  • Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
  • Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
  • Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
  • Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.

Haiwan Laut.
Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
  • Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
  • Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; 
  • Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.
Alat Penyembelihan:
  • Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya. 
  • Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripada gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Sembelihan Mengikut Mazhab Syafi'e
Di dalam Mazhab Syafi’e hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat mari’ sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARI’ (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.

Keratan rentas leher binatang sembelihan. kelihatan jelas 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. kawasan yang berwarna 'pink' pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.
 
Kaedah Penyembelihan Ayam

Semasa sembelihan: lihat bahagian yang putus

 
Kaedah Penyembelihan Lembu


Semasa sembelihan : Lihat pada bahagian yang putus





Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.


SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
  1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
  2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
  3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
  4. Binatang itu adalah halal dimakan.
  5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
  6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
  7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
  8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
  9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.


Seterusnya kita lihat pula syarat-syarat sembelihan sepertimana yang berikut:

1. Niat kerana Allah: 

Tidak halal binatang yang sembelihan kecuali yang diniatkan kerana Allah. Justeru binatang yang disembelih untuk berhala dan dibunuh dengan tidak sengaja hukumnya haram dimakan. Berkaitan soal menzahirkan sebutan nama Allah, Membaca Bismillah tatkala hendak menyembelih haiwan. Dan ini merupakan syarat yang wajib baik kerana sengaja, lupa, ataupun jahil (tidak tahu). Bila dia sengaja atau lupa atau tidak tahu sehingga tidak membaca Bismillah ketika menyembelih, maka dianggap tidak sah dan haiwan tersebut haram dimakan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (Al-An’am: 121)
  • Bila dia mengucapkan:بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَذْبَحُ“Dengan nama-Mu ya Allah, aku menyembelih”, maka sah, kerana sama dengan Bismillah. Bila dia menyebut nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala selain Allah, maka hukumnya Bila nama tersebut khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak boleh untuk makhluk, seperti Ar-Rahman, Al-Hayyul Qayyum, Al-Khaliq, Ar-Razzaq, maka sah.Bila nama tersebut juga bisa dipakai oleh makhluk, seperti Al-‘Aziz, Ar-Rahim, Ar-Ra`uf, maka tidak sah.
  • Tidak disyariatkan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyembelih, sebab tidak ada perintah dan contohnya dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam maupun para sahabatnya. (Asy-Syarhul Mumti’, 3/408)
2. Putus urat Halqum dan Mari' sekiranya disembelih dengan cara Ikhtiyari.

Pada bagian leher haiwan ada 4 hal:
1-2. Al-Wadjan, yaitu dua urat tebal yang meliputi tenggorokan
3. Al-Hulqum yaitu tempat pernafasan.
4. Al-Mari`, yaitu tempat makanan dan minuman.

Hukum penyembelihan adalah:
  • Bila terputus semua maka itu lebih afdhal.
  • Bila terputus al-wadjan dan al-hulqum maka sah.
  • Bila terputus al-wadjan dan al-mari` maka sah.
  • Bila terputus al-hulqum saja maka tidak sah.
  • Bila terputus al-mari` saja maka tidak sah.
  • Bila terputus salah satu dari al-wadjan saja, maka tidak sah.

3.Haiwan tersebut masih dalam hayat Mustaqirrah:
Tanda-tandanya ialah darah memancut keluar selepas disembelih dan masih dapat meronta dengan kuat selepas disembelih.

4. Haiwan yang halal dimakan

5. Alatan yang tajam.
 Daripada Syaddad bin 'Aus katanya, sabda Rasulullah:

"Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik ke atas setiap sesuatu, apabila kamu mebunuh, bunuhlah dengan baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik dan hendaklah seseorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan berilah kerehatan pada binatang sembelihannya."
[Riwayat Muslim]

“Wahai ‘Aisyah, ambilkanlah alat sembelih.” Kemudian beliau berkata lagi: “Asahlah alat itu dengan batu.” (HR. Muslim )

6. Sembelihan dengan sekali potong:
 Yakni melalukan pisau di tempat sembelihan sehingga putus bahagian yang diwajibkan tanpa menanggkat pisau.

7. Penyembelih tidak berada dalam ihram.

8. Penyembelih seorang Islam atau sekurang-kurangnya Ahli Kitab.
Kata Ibnu Abbas:
"Sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani dipihak mana mereka beriman dengan Taurat dan Injil."

Mesti putus urat halqum dan merih


Tak halal : urat tak putus

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
  1. Membaca bismallah.
  2. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
  3. Membaca salawat ke atas Nabi.
  4. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati
  5. Menggunakan pisau yang tajam.
  6. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
  7. Melakukan penyembelihan dengan segera.
  8. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
  1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
  2. Menyembelih hingga terputus kepala.
  3. Menggunakan alat yang tumpul
  4. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  5. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  6. Tidak menyebut nama Allah
  7. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  8. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.


HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.

Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula.

Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
  • Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
  • Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
  • Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
  • Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.

*info perkara berkaitan di atas adalah sebagai info semata-mata. Untuk makluman lanjut, boleh merujuk dan hubungi di Jabatan Agama berhampiran.

sumber: sini, sini

Tuesday, July 10, 2012

MAJLIS PERASMIAN ORANGUTAN VETERINARY ADVISORY GROUP (OVAG) WORKSHOP 2012

sumber gambar: http://www.orangutan.com

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar UPM bersama Orangutan Conservancy USA, Chester Zoo UK dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Orangutan Veterinary Advisory Group (OVAG) Workshop 2012 daripada 9 - 13 Julai 2012.
 
Ini adalah kali pertama bengkel sebegini diadakan di Malaysia dan ia merupakan satu penghormatan kepada Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. Bengkel ini bertujuan merangsangkan jalinan antarabangsa antara doktor veterinar, saintis dan penyelidik yang terlibat dalam penjagaan kesihatan, pengurusan dan konservasi orangutan yang sangat terancam. Bengkel antarabangsa ini melibatkan peserta dari negara Asia Tenggara (Banjaran negara orangutan), Amerika Syarikat dan juga Eropah.
 
Justeru itu, jawatankuasa penganjur menjemput YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan turut serta di majlis perasmian bengkel ini oleh YB. Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis ini akan berlangsung pada 10 Julai 2012, pada pukul 8.30 pagi di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.
 
Kami berasa berbesar hati sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghadiri majlis perasmian bengkel ini. Segala perhatian dan sokongan YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih.
 
**********************
Dr. Sumita Sugnaseelan
DVM (UPM), Ph.D (Cantab)

Pengerusi Penganjur
Orangutan Veterinary Advisory Group Workshop 2012
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar, UPM

Tel  : +603 8947 4879
Fax : +603 8938 1024
Alternate email: sumi@putra.upm.edu.my 

KURSUS TUMBUHAN UBATAN


maklumat lanjut, hubungi:
En. Rishzuan Talib/ Pn. Satna Zuriah Mohamad
Unit Biodiversiti
Institut Biosains
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Emel : rishzuantalib@yahoo.com
Tel : 03-89472130/ 2196/ 2175
Faks : 03-89472209
Website : http://www.ibs.upm.edu.my

Monday, July 9, 2012

JEJAK JENAKA 1


suatu hari mak andir,menyuruh pak pandir ke pasar tani,untk membeli limau nipis,dan barangan keperluan lain.
selang beberapa jam kemudian,pak pandir pun tiba di rumah dlm keadaan keletihan.lalu mak andir pun menegur..

mak andir   : ada ke barang 2 yang saya suruh beli tadi?
pak pandir  : ada tapi cuma satu je yang saya tak jumpa
mak andir   : ha... barang apa?
pak pandir : limau nipis,dah habis satu pasar saya ronda,dari hujung ke pangkal tak juga jumpa,semua limau yang diorang jual bulat2, takde plak yang nipis2.

Sunday, July 8, 2012

TIPS MEMILIH BUAH DURIAN

sumber gambar: KOSMO

Musim durian kembali lagi!.Sekiranya anda ingin memilih durian yang dijual digerai tepi jalan atau dimana-mana sahaja, disyorkan supaya anda mengikut langkah pemilihan yang berikut. :

Pemilihan buah durian adalah berdasarkan kepada 3 bahagian yang utama :

1. Bahagian tangkai 
  • pastikan tangkai masih baru / terasa melekit apabila digosok pada permukaan tangkai.   Sekiranya tangkai sudah lama, biasanya layu dan kecut. Ini menandakan buah telah lama gugur dan tidak segar lagi.
  • Lihat permukaan tangkai, bulatan pertama didalam tangkai adalah menentukan biji dan bulatan kedua menandakan isi, samada tebal atau nipis.

2. Bahagian Duri dan kulit durian  
  • pastikan duri durian masih keras dan tajam, ia menentukan buah amsih segar lagi, manakala warna kulit tidak berubah kepada kekuningan. sekiranya perlu goncang buah sekiranya berbunyi, ia menentukan isi masak sepenuhnya terutama D24 ( biasa mengkal). 
  • Jika pandai urutan dari atas kebawah juga boleh digunakan untuk menentukan buah masak.

3. Bahagian bawah durian 

  • pastikan buah tidak merekah dan busuk. elakkan dari memilih buah durian yang pecah, ini kerana buah tidak mempunyai aroma sebenar kerana telah mengalami proses penyusutan kualiti buah.
sumber gambar: KOSMO
* Tip yang terbaik - minta penjual buah ,mengopekkan buah durian yang anda pilih dan makan disitu. ia dapat mengelakkan buah yang dipilih bila dibawa pulang akan menjadi mengkal/busuk/keras/isi nipis
Sekiranya anda ingin membawa pulang kerumah, pastikan buah yang dipilih bersaiz sederhana dan ikuti langkah seperti diatas.

Wednesday, July 4, 2012

TANAMAN CEMPEDAK



PENGENALAN


Pokok cempedak adalah sejenis tumbuhan yang amat digemari dan banyak di tanam di kampung dan kebun. Pokok cempedak boleh mengeluarkan hasil apabila berumur 3 hingga 4 tahun selepas penanaman diladang. Manakala, hasil buah cempedak akan bertambah dengan banyaknya apabila diberikan penjagaan yang sempurna sejak dari awal penanaman lagi.
 
Cempedak tergolong dalam famili Moraceae dan nama saintifiknya ialah Artocarpus champeden.
 
Jarak tanaman yang disyorkan bagi anak pokok cempedak ialah 9 m x 9 m dengan menggunakan sistem empat segi sama atau segitiga. Bagi anak pokok yang ditanam dengan menggunakan sistem empat segi, bilangan anak pokok yang boleh ditanam ialah 123 pokok sehektar.
 
Klon cempedak yang ditanam di kawasan ladang UPM ialah seperti klon :
  • CH 26 ( Paya Jaras ), 
  • CH 27, 
  • CH 28, 
  • CH 29 ( Kuang 4 ), 
  • CH 30 ( Kuang 5 ), 
  • CH 31, 
  • CH 33 ( Syin ) 
  • CH 35 ( Sri Temoh ).  

TIP  PENJAGAAN

Antara tip penjagaan yang dapat dikongsi pada ruangan kali ini adalah seperti berikut .:

Pengairan
  • Penggunaan batang pisang yang dibelah dan dipotong boleh digunakan untuk mengawal kelembapan tanah. Apabila kepingan batang pisang telah berubah menjadi kering atau berbau busuk, ianya perlu digantikan dengan yang lain .
  • Elakkan menyiram pada pangkal pokok cempedak bagi mengelakkan tanah terhakis.
  • Gunakan sungkupan untuk mengawal kelembapan tanah dan kawalan rumpai.
  • Kerja menyiram perlu dilakukan 2 kali sehari atau ditanam pada musim hujan. 
Kawalan  rumpai
  • Penggunaan sungkupan seperti sisa tumbuhan, sabut kelapa, tempurung biji kelapa sawit dapat mengawal pertumbuhan rumpai.
  • Kawal rumpai dengan menggunakan cangkul atau racun rumpai dikeliling  kanopi pokok. 
Pembajaan
  • Baja tumbesaran/daun digunakan pada peringkat awal penanaman dari tahun 1 hingga 3. 
  • Baja yang digunakan ialah baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur dikeliling pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun. Kadar yang digunakan bergantung kepada umur pokok, kesuburan tanah dan analisa tanah/daun.
  • Baja buah yang biasa digunakan ialah baja NPK Biru 12:12:17:2 dengan kekerapan 3 kali setahun. 
  • Pembajaan pokok cempedak dilakukan pada 3 peringkat iaitu sebulan sebelum pokok berbuah, sebulan setelah buah berputik dan selepas kutipan hasil.
  • Pastikan pokok  cempedak yang berbunga tidak ditabur dengan baja kimia kerana bunga cempedak akan layu, kering dan gugur.
  • Penggunaan baja organik /tahi ayam dapat membantu membekalkan nutrient pada pokok dan meningkatkan hasil buah cempedak. 
Pemangkasan
  • Elakkan daripada pemangkasan yang keterlaluan.  Pemangkasan yang keterlaluan boleh mengencatkan pertumbuhan pokok.
  • Pokok cempedak perlu di bentuk dengan menggunakan sistem batang utama   dengan membiarkan satu batang utama sahaja yang tumbuh dan dahan utama digalakkan tumbuh mendatar.
  • Dahan yang mendatar akan mengeluarkan bunga dan buah apabila mencapai umur matang. Pastikan tunas air yang tumbuh dipangkas untuk elakkan persaingan mendapatkan makanan.
  • Kerja pemangkasan penjagaan dan pembentukan perlu dilakukan supaya dapat mengawal pertumbuhan pokok, menjaga kesihatan pokok dan mengawal saiz tumbesaran pokok.
  • Pangkas tunas air yang tumbuh menegak pada dahan primer, ranting yang tidak produktif , ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.


 Kawalan penyakit
  • Penyakit tanaman cempedak yang paling serius ialah penyakit mati rosot yang menyerang bahagian dahan dan pangkal pokok. Bahagian yang di jangkiti mengeluarkan damar yang berwarna putih kekuningan.   
  • Sekiranya serangan dapat dikesan awal, dahan ini perlu dipangkas dan di bakar.
  • Penyakit reput putik buah biasanya menyerang pada putih muda yang mengakibatkan putik manjadi hitam dan gugur. Semburan racun kulat 2 minggu sekali pada peringkat pembungaan.

Kawalan Serangga
  • Pokok cempedak biasanya diserang oleh serangga seperti pongorek buah, pengorek batang cempedak dan lalat buah. Penggunaan racun serangga yang bersesuaian mengikut simptom-simptom serangan serangga adalah amat penting sekali.
  • Penyemburan racun serangga perlu mengikut jadual yang tertentu dan berkala.

Sunday, July 1, 2012

PANDUAN MENANAM POKOK BUAH-BUAHAN TANPA MENYIRAM


Dalam mengusahakan dusun atau ladang buah-buahan satu kesulitan yang agak rumit dihadapi oleh pengusaha atau penanam adalah penyiraman benih pokok setelah di tanam. Ini kerana kebanyakan kawasan tanaman seperti ladang atau dusun tidak mempunyai sumber air yang mencukupi atau terhad.

Selain dari itu pengusaha perlu menyediakan peralatan-peralatan penyiraman seperti mesin pam dan paip-paip untuk memudahkan penyiraman yang perlu di lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tambahan pula sekiranya pengusaha hanya mengusahakan dusun sebagai hobi atau separuh masa, pengusaha perlu menggaji pekerja hanya untuk memastikan penyiraman dapat dilakukan dan selepas itu segala peralatan yang disediakan tidak akan diperlukan lagi. Adakah itu suatu pembaziran?

Dalam keadaan sekarang dimana kesulitan untuk mendapat pekerja yang sanggup tinggal di dusun yang terpencil amat sulit di sebabkan tiada kemudahan asas yang mencukupi membuatkan pengusaha dusun buah-buahan menghadapi masalah. Tanpa penyiraman air yang mencukupi akan menyebabkan tumbesaran pokok-pokok menghadapi masalah dan kemungkinan besar akan membantutkan tumbesarannya.

Sebenarnya teknik-teknik ini telah di aplikasikan oleh orang-orang tua zaman dahulu yang mempunyai kemudahan dan perbelanjaan yang amat terhad. Tetapi, hasilnya amat memberangsangkan. Panduan ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan penyiraman pokok selepas menanam. Di bawah ini diterangkan langkah-langkah yang perlu dibuat oleh pengusaha dusun atau ladang buah-buahan bagi menjimatkan kos serta tenaga kerja.

Langkah 1
Ukur jarak yang bersesuaian untuk pokok-pokok yang hendak ditanam dan tandakan dengan pancang kayu atau buluh. Ini untuk memastikan jarak yang mencukupi bagi pertumbuhan pokok yang subur apabila ia besar.
 
Langkah 2
Gali lubang lebih besar dari saiz polibeg benih pokok buah-buahna tersebut. Pastikan kedalaman lubang melebihi 6 inci dan garispusat melebihi 6 inci dari saiz polibeg anak benih pokok.

Langkah 3
Setelah lubang di gali, masukkan baja organan seperti tahi ayam(0.5 kg), baja kompos (0.5 kg) atau zeolite  ( lava gunung berapi ) (100 gram ) kedalam lubang dan biarkan selama seminggu ke dua (2) minggu.

Langkah 4
Masukkan tanah baja setebal 3 inci kedalam lubang tersebut. Sekiranya tiada tanah baja, anda boleh menggunakan lebihan tanah yang digali tetapi pastikan benda-benda keras seperti batu dan kayu di asingkan. Selepas itu masukkan batang pisang yang telah di cincang setebal 3 inci kedalam lubang tersebut.

Langkah 5
Masukkan benih pokok buah-buahan yang hendak ditanam dan kambus ruang-ruang yang terdapat disekeliling benih dengan tanah lebihan yang digali sebelumnya. Padatkan tanah disekeliling benih pokok.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda tidak perlu lagi menyiram pokok tersebut kerana batang pisang yang dicincang akan dapat membekalkan air yang mencukupi untuk pertumbuhan pokok buah-buahan anda. Selamat Mencuba!

sumber di sini

CARA KIRA BILANGAN POKOK YANG PERLU DITANAM IKUT KELUASAN TANAH


Sekiranya anda bercadang menanam pokok buah-buahan , antara perkara yang perlu diketahui ialah jenis pokok yang dikehendaki, jarak tanaman pokok , cara penanaman dan bilangan pokok yang diperlukan.

Oleh itu, anda sudah pasti akan dapat menjangkakan secara kasarnya bilangan anak benih yang perlu ditanam berdasarkan kepada keluasan tanah anda. Contoh berikut akan bantu anda untuk mengira jumlah anak pokok yang diperlukan sekiranya keluasannya ialah 1 hektar.

Contoh :

Jenis tanaman : Pokok Durian

Jarak Tanaman ; 10 x 10 meter

Sistem penanaman : Segiempat sama

Keluasan tanah    ;  1 hektar ( 10,000 m )

Formula :\

Luas kawasan     x      Angkatetap( Sistem tanaman )
Jarak tanaman

* Angkatetap - sistem tanaman empatsegi - 1.0
                      - sistem tanaman segitiga    - 1.15
_________________________________

Contoh :

Maklumat asas :


  • Anak benih Durian D197
  • Jarak tanaman yangt disyorkan ialah 10 x 10 m
  • Sistem tanaman - Segiempat sama
  • Keluasan tanah 1 hektar

10,000          x 1.0
10m x 10 m

= 100 pokok/hektar ( jumlah pokok yang diperlu ditanam )

___________________________________________________


Contoh 2;

Maklumat asas :
  • Anak Pokok Rambutan R191
  • Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m
  • Sistem tanaman - Segitiga
  • Keluasan tanah  - 1 hektar

10,000        x 1.15
9 m x 9 m

=141 pokok/hektar( jumlah pokok yang perlu ditanam )

Thursday, June 28, 2012

TANAMAN GAJUS

PENGENALAN

Pokok gajus dipercayai berasal dari Brazil telah diperkenalkan di India pada abad ke 16 dan seterusnya meluas ke negara subtropika dan tropika termasuk di negara ini.  Pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai timur Semenanjung terutama di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Gajus tergolong di dalam keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya adalah Anacardium occidentale.

Pokok gajus biasanya mula berbuah setelah berumur tiga tahun.  Ia mula berbunga pada bulan Februari hingga April dan berbuah pada bulan Mei hingga Julai.  Pokok gajus dijangka produktif selama 15 hingga 20 tahun.
pucuk gajus
buah gajus
bunga gajus
Buah gajus boleh dimakan segar mahupun dijadikan sebagai sebahagian inti kerabu atau diproses menjadi cuka.  Biji gajus yang digoreng, dipanggang dan dimasinkan sangat popular sebagai makanan ringan.  Biji gajus panggang juga biasa didapati di dalam aiskrim, biskut dan kek malahan di dalam masakan cina dan siam.  Pucuk gajus sangat digemari sebagai ulam di kalangan masyarakat di negara ini yang dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan menyembuhkan ulser dalam mulut.

Pembiakan pokok gajus adalah dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian bijibenih.  Kaedah cantuman matatunas memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar.  Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum.

Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.  Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.

Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.

Pengairan
  • Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.
  • Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.
  • Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.
  • Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara.  Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.

Pengawalan rumpai
  •  Kawalan rumpai dijalankan sebelum kerja pembajaan dilakukan dan semasa musim berbuah supaya mudah mengutip biji gajus yang telah gugur ke tanah.
  • Kawalan rumpai secara manual dengan menggunakan cangkul pada peringkat awal pertumbuhan pokok gajus dapat membantu mengawal rumpai yang tumbuh di sekelilingnya.  Di samping itu, sungkupan dengan menggunakan rumput kering atau hampas kelapa sawit turut dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan memudahkan kerja penyelenggaraan seperti pembajaan.
  • Rumpai juga boleh dikawal dengan menggunakan racun kimia yang mempunyai bahan aktif paraquat atau glyphosate.  Pemilihan racun kimia bergantung kepada jenis rumpai yang tumbuh dan kesesuaian umur pokok gajus.  Kekerapan semburan ialah di antara tiga dan empat kali setahun.

Pembajaan 
  • Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.
  •  Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.
  • Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.
  • Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

Pemangkasan
  • Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.
  • Dahan yang rendah hendaklah dipangkas.  Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.
 
Kawalan penyakit dan perosak

  • Ulat pemakan daun, ulat pengorek batang dan anai-anai adalah beberapa perosak dikenalpasti menyerang pokok gajus.  Kawalan yang disyorkan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos atau malathion.
  • Penyakit antraknos boleh menyebabkan pengurangan hasil dari pokok gajus.  Kawalan kulat pembawa penyakit ini dengan mengunakan racun kulat dapat mengurangkan penyakit ini di kawasan tanaman gajus.
  • Bancuhan dan kekerapan penggunaan racun serangga dan kulat hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada label supaya dapat pengawalan yang terbaik dan berkesan.
  • Kebersihan persekitaran kawasan kebun hendaklah sentiasa dijaga bagi mengelakkan menjadi perumah kepada ulat dan serangga perosak.