_

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, June 10, 2013

SEMINAR PEMANTAPAN KEPIMPINAN SIRI II 2013 - PENGUCAPAN AWAM BERKESAN



Sukacita dimaklumkan Pusat Trasnformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama rakan strategik iaitu Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) yang merupakan anak syarikat Johor Corporation akan menganjurkan Seminar Pemantapan Kepimpinan Siri II 2013 – PENGUCAPAN AWAM BERKESAN.
Program pada kali ini menggariskan beberapa objektif seperti berikut:

  1. Melahirkan peserta yang mampu menguasai teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan;
  2. Memberi pendedahan kepada peserta menggunakan kaedah – kaedah kontemporari untuk mempengaruhi audience semasa berucap; dan
  3. Menguasai elemen-elemen protokol semasa berucap seperti bahasa badan, penggunaan perbendaharaan kata dan elemen pakaian yang bersesuaian dengan majlis.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh              : 2 – 4 Julai 2013 (Selasa-Khamis)
Lokasi              : Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Highlands

Modul- modul menarik akan disampaikan dengan cara tersendiri yang akan dikendalikan oleh penceramah profesional iaitu Tuan Haji Mohammad Fairus Shidi yang pastinya akan memberikan kesan kepada peserta.

Bersama - sama ini dilampirkan brosur program untuk makluman dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan/puan. Untuk keterangan lanjut berkaitan program ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan Noor Azwani Ramli di talian 03-89471828/013-2519513 atau Puan Hairunnisak Jalil di talian 03-89471815/012-2711648. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



Tuesday, April 9, 2013

AGRO PELANCONGAN UPM

 gambar kredit: Prof Madya Dr Norsida Man
APABILA disebut melancong, sudah pasti kebanyakan individu akan memikirkan lokasi percutian mendamaikan seperti pulau, gunung, tasik dan pantai. Lazimnya, aktiviti yang dilakukan pula berlandaskan tarikan tempat dikunjungi seperti mendaki, mandi-manda, menyelam, memancing dan sebagainya. Namun tahukah anda, ketika ini terdapat satu lagi trend pelancongan yang kian mendapat sambutan terutama dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara iaitu agropelancongan.

Mengikut definisi, agropelancongan atau juga dikenali agrotourism merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti kegiatan dan perniagaan tambahan berasaskan sosio budaya dalam kegiatan pertanian, perikanan penternakan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini adalah “Agri Education (lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, menghadiri kursus, latihan atau seminar),  rekreasi dan riadah, aktiviti kemasyarakatan., homestay dan sebagainya.

Agensi utama yang membangunkan agropelancongan ialah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi.



UPM mempunyai pelbagai kelebihan berbanding universiti lain seperti kawasan kampus yang luas, kekuatan dalam bidang pertanian dan perhutanan serta jumlah pelajar yang ramai. UPM boleh menggunakan tenaga pelajar sendiri sebagai pemandu pelancong universiti. Secara tidak langsung, ia menjadi landasan kepada mereka menimba pengalaman bekerja dan menambah pendapatan.Sekiranya konsep universiti agropelancongan ini dapat direalisasikan UPM mampu meraih pendapatan yang lebih.

Petikan akhbar utusan online arkib 28 Jan 2013 - Edu-pelancongan UPM
NG Yeng Yeng (tiga dari kanan) dan tetamu yang lain menikmati buah-buahan tempatan selepas melancarkan Pakej Pelancongan UPM sempena Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di pekarangan Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.

EDU-PELANCONGAN yang mengetengahkan kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai 'Green Botanical Campus' telah diisytiharkan sebagai produk pertama pelancongan negara pada tahun ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pengisytiharan itu adalah selari dengan matlamat kementerian untuk membangunkan dan menghasilkan lebih banyak produk pelancongan Malaysia yang inovatif dan kreatif.

Katanya, edu-pelancongan itu akan memberikan peluang kepada golongan muda, khususnya pelajar di UPM bergiat secara aktif dalam bidang tersebut sebagai pemandu pelancong dan penterjemah.

"UPM dipilih kerana banyak kawasan menarik boleh didapati di universiti ini yang berpotensi untuk dibangunkan produk pelancongan berasaskan pertanian dan perhutanan khususnya agribio dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

"Dengan keluasan tanah lebih 1,100 hektar, UPM mempunyai koleksi biodiversiti berjumlah 100,000 spesimen muzium dan 16,000 spesimen hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pakej Pelancongan UPM sempena prapelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 di sini hari ini.

Yen Yen menjangkakan lebih 100,000 pengunjung akan mengunjungi kempen promosi VMY yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik serta pameran diadakan, termasuklah 1Malaysia Food Court yang menjual pelbagai hidangan melibatkan 13 buah negeri di Malaysia.

Selain itu, katanya, pengunjung juga berpeluang memenangi lebih 2,000 hadiah cabutan bertuah bernilai lebih kurang RM450,000 termasuk hadiah utama kereta Chevrolet Orlando SUV bernilai RM118,888 sumbangan Naza.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar berbangga dengan inisiatif Kementerian Pelancongan yang menjadikan UPM sebagai sebuah destinasi pelancongan untuk menarik kedatangan pengunjung dari luar dan dalam negara.

"Kini, sebanyak 30 orang pelajar sudah dilatih untuk menjadi pemandu pelancong dengan bantuan tiga agensi pelancongan, selain pemilihan tujuh lokasi untuk membangunkan pakej tersebut," katanya.

Thursday, October 11, 2012

HARI TERBUKA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP) 2012

Adalah sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) selaku penyelaras Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Hari Terbuka Program Pemindahan Ilmu (KTP) 2012 yang bertujuan mempromosikan dan mewar-warkan kejayaan UPM memperolehi geran berkenaan untuk komuniti dan industri serta untuk memaklumkan tawaran geran KTP Fasa 3, 2013.  

Butiran program seperti berikut: 

Tarikh: 22 Oktober 2012 (Isnin) 
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang 
Tempat: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM 

Antara yang menarik:
  • pameran projek KTP fasa 1 dan fasa 2 
  • gerai komuniti dan industri  
  • tawaran permohonan geran KTP fasa 3 (2013)

Wednesday, October 10, 2012

DEMONSTRASI PERTANIAN DAN MASAKAN SEMPENA PESTA KONVO UPM


Semua dijemput hadir untuk sama-sama melihat demonstrasi Pertanian & Masakan di Gerai No. 4 pada:

Tarikh: 13-16 Oktober 2012
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia 

JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2012


Sempena Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-36, UPM akan mengadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian selama 5 hari, bermula pada 12 hingga 16 Oktober 2012, bertempat di Bukit Ekspo, UPM.

Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tahun 2012 akan diadakan pada 12 Oktober 2012 (Jumaat), jam 2.30 petang, bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang ekspo tersebut seperti pameran pendidikan, pameran ternakan dan pertanian, penjualan benih tumbuhan, lelongan anak kuda, pertandingan paintball, pertandingan sukan rakyat, pertandingan melukis dan sukan kanak-kanak, pertandingan orkid, berkayak, pertandingan memancing, menunggang kuda, persembahan artis, demonstrasi padang dan pelbagai pertandingan lain yang sesuai untuk pelajar dan seisi keluarga.

Staf UPM dan orang awam dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan ekspo lima hari itu kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Maklumat lanjut, sila hubungi 03-89467301 / 89467299, 03 03-89466003 atau layari http://www.tpu.upm.edu.my/ekspo2012/

Tuesday, July 10, 2012

MAJLIS PERASMIAN ORANGUTAN VETERINARY ADVISORY GROUP (OVAG) WORKSHOP 2012

sumber gambar: http://www.orangutan.com

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar UPM bersama Orangutan Conservancy USA, Chester Zoo UK dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Orangutan Veterinary Advisory Group (OVAG) Workshop 2012 daripada 9 - 13 Julai 2012.
 
Ini adalah kali pertama bengkel sebegini diadakan di Malaysia dan ia merupakan satu penghormatan kepada Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. Bengkel ini bertujuan merangsangkan jalinan antarabangsa antara doktor veterinar, saintis dan penyelidik yang terlibat dalam penjagaan kesihatan, pengurusan dan konservasi orangutan yang sangat terancam. Bengkel antarabangsa ini melibatkan peserta dari negara Asia Tenggara (Banjaran negara orangutan), Amerika Syarikat dan juga Eropah.
 
Justeru itu, jawatankuasa penganjur menjemput YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan turut serta di majlis perasmian bengkel ini oleh YB. Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis ini akan berlangsung pada 10 Julai 2012, pada pukul 8.30 pagi di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.
 
Kami berasa berbesar hati sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghadiri majlis perasmian bengkel ini. Segala perhatian dan sokongan YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih.
 
**********************
Dr. Sumita Sugnaseelan
DVM (UPM), Ph.D (Cantab)

Pengerusi Penganjur
Orangutan Veterinary Advisory Group Workshop 2012
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar, UPM

Tel  : +603 8947 4879
Fax : +603 8938 1024
Alternate email: sumi@putra.upm.edu.my 

Friday, March 16, 2012

PELANCARAN BANDAR HIJAU SERDANG


Adalah dimaklumkan pihak Universiti Putra Malaysia di bawah penyelarasan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) sedang dalam membangunkan Bandar Hijau Serdang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan komitmen Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM yang lain.Justeru, Pelancaran Bandar Hijau Serdang akan dilangsungkan sebagai langkah pertama memperkenalkan Dasar Hijau UPM melalui aktiviti kitar semula dan aktiviti lain.Program akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Taman Tasik Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor
Pelbagai Demonstrasi dan pameran menarik yang menanti tuan/puan. Disamping itu juga, tuan/puan boleh bergembira bersama seisi keluarga dengan menyertai permainan dan pertandingan yang telah diatur berkonsepkan kitar semula.Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Bagi sesiapa yang berminat menunggang basikal juga boleh menyertai Konvoi Basikal yang bermula seawal pagi 7.30 pagi pada hari tersebut dan berakhir pada 8.50 pagi. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai konvoi basikal,boleh maklumkan kepada urusetia. Tuan/puan hanya perlu menyediakan basikal dan helmet untuk keselamatan.
Sebarang pertanyaan/makluman, boleh hubungi sekretariat program ini ditalian 03-89471821(Puan Ainul Mardhiyyah)/03-89471816(Puan HazreenDiana)/03-89471820 (Encik Zaidi Tajuddin).
Semua blogger dan seisi keluarga dijemput bersama untuk memeriahkan dan menjayakan program ini.Jom beramai-ramai kita memeriahkan Pelancaran Bandar Hijau Serdang dan merealisasikan Laboratosi Sosial Sri Serdang.