_

Tuesday, June 21, 2011

KURSUS INDUSTRI WALIT ANJURAN APEEC,UPM

untuk makluman lanjut, klik di sini

Wednesday, June 15, 2011

WACANA PENGEMBANGAN APEEC


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sekretariat Wacana Pengembangan APEEC di talian: 03-89471813( En Basri)
03-89471816(Pn Hazreen Diana )
03-89471821(Pn Ainul Mardhiyyah)




MASUK ADALAH PERCUMA

SEMINAR KESEDARAN & KEPENGGUNAAN HALAL NEGERI SELANGOR 2011

untuk makluman lanjut, boleh hubungi :

Pn Mahani (03-89471817) dan Pn Nor Azwani (03-89471828)


Monday, June 13, 2011

KEMPEN KITAR SEMULA: PERANAN ANDA



PENGURANGAN

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan:
  • Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  • Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  • Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  • Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  • Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  • Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  • Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.

PENGGUNAAN SEMULA


Antara barang yang boleh digunakan semula :

  • Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  • Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  • Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  • Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  • Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula
  • Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  • Gunakan kain lampin atau tuala.
  • Isian semula botol.
  • Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  • Guna semula kotak.
  • Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  • Membeli pen dan pensil isian semula.

KITAR SEMULA

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.


Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.


Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

KEMPEN KITAR SEMULA: TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa 11 November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan? Ia merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai peri pentingnya kitar semula dan bagi membuktikan sokongan kerajaan terhadap program ini. Secara fakta dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley dan dirasmikan oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.


Menurut perangkaan; pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Bagi pihak kerajaan; Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.

KEMPEN KITAR SEMULA



DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

RUANGAN PENGUMUMAN 2011

UNTUK PROGRAM ANJURAN APEEC DAN UPM BAGI TAHUN 2011 (KURSUS, SEMINAR, BENGKEL & PERSIDANGAN) KALIAN BOLEH LIHAT DI RUANGAN 'PENGUMUMAN' DI SEBELAH KANAN.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN

Friday, June 10, 2011

TERMA PENANAMAN TANAMAN TANPA TANAH




Fertigasi / 'Passive Irrigation'

adalah gabungan sistem pengairan titis atau drip irrigation yang menggunakan konsep Hydroponic yang mana nutrient disalurkan kepada setiap tanaman menggunakan sistem transportasi menggunakan paip irrigasi disambungkan ke microtube dan akhirnya ke driper atau alat penitis. Tanaman menggunakan media rendah zat yang menggantikan tanah dan dengan itu dapat mengelakkan penyakit bawaan tanah. Kaedah ini semakin terkenal dan mempunyai reputasi yang meluas di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

'Aeroponik'

adalah kaedah Hydroponic yang menggunakan sistem semburan kabus untuk menyampaikan nutrient ke akar yang mana akarnya berada dalam keadaan posisi tergantung. Sistem ini adalah cabang sistem Hydroponic yang mempunyai kadar penyaluran nutrient kepada pokok yang paling efisyen dan paling jimat dari segi penggunaan baja & air tetapi kos set up adalah antara yang paling mahal jika hendak dikomersialkan. Ianya semakin mendapat tempat di negara-negara Asean.

'Deep water culture'
-


Adalah kaedah sistem hydroponic yang diapungkan atau digantung di dalam larutan nutrient yang diperkaya dengan oksigen terlarut. kaedah ini secara tradisinya menggunakan bekas plastik yang besar dan tanaman di letakkan di dalam bekas berjejaring yang tergantung di tengah-tengah penutupnya dan akarnya tergantung di dalam larutan nutrient.


'Organoponik'
-


Adalah kaedah baru dalam sistem hydroponic yang mengubahsuai sistem asal kepada penanaman organik melalui sistem hydroponic. Ia menggantikan baja formula untuk hydroponic kepada baja kompos yang diperbuat dari bahan sisa gula. Dalam sistem hydroponic, akar pokok perlu mampu menyerap larutan nutrient. Organoponic menggunakan konsep yang sama, cuma bajanya dari jenis kompos yang dibuat dalam bentuk foliar atau larutan. Ia masih tidak menggunakan tanah tetapi tidak menggunakan sebatian kimia untuk larutan nutrient.

Thursday, June 9, 2011

SEMAIAN BIJI BENIH



Cara untuk menyemai anak benih:


1. 2 helai surat khabar di rendam dalam besen berisi air (2-3jam)


2. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi ¾ cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam

3. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.

4. Toskan. Tebarkan surat khabar yang lembap itu, tabur biji benih ke atas permukaan salah satu helaiannya. Tutup dan gulung. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik)

5. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung.

6. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka selepas 36jam.


7. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak semaian.

8. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih yang belum bercambah.
p/s: benih yang mula-mula cambah tu adalah benih yang terbaik... Gred A, kemudian Gred B dan C.. lepas tu adalah gred yang kurang elok

PENYEDIAAN IMO

Penyediaan IMO...bermula dari pemeraman nasi sejuk atau beras pulut ke dalam bekas plastik setebal 10 sm...dibiarkankan dibawah daun2 buluh kering /daun kering/pokok buluh selama 2 malam...hasilnya misilium putih akan memenuhi nasi yg telah diperam.

p/s: letak dibawah pokok buluh atau daun2 buluh menolong hasilan misilium hasil interaksi antara m/organisma/bakteria baik di situ ngan nasi yg diperam





IMO 2


terhasil apabila nasi bermisilium di campur dengan gula merah pada kadar (1:1) ikut berat gaulkan hingga cair dan rata...-masukkan dalam bekas plastik (bekas gula2) dan tutup ngan kertas-biar selama 5-7 hari...-maka jadila IMO 2



IMO 3

IMO 2 (nasi+ gula mrh) di gaul bersama dedak beras

IMO 3-ambil 3 liter beras yang telah diperam 2-3 malam...-campurkan air beras tadi dengan (20gm +5kg dedak)...-gaulkan hingga rata (mcm gaul simen)-letak ditempat teduh, pastu tutup dengan guni kain atau kertas...-simpan 5 hari...atau diletak dalam bekas tong cat plastik.anda akan dapati diluar bahagian tong terasa suam/panas sedikit dan misilium putih mula terbentuk-





IMO 3 + tanah biasa /topsoil


IMO 4
IMO 3+ tanah bakar

IMO 4-IMO3 + tanah peroi ( kadar 1:1 sukat guna bekas)-gaul hingga rata-tutup timbunan dengan plastik-timbunan akan jadi panas dan ader misilium-simpan 5 hari....-terbentuk IMO 4-IMO 4 ni boleh simpan 2-3 bulan
di sini saya membuat percubaan ke atas tanah topsoil dan tanah bakar...di dapati tanah bakar lebih cepat menghasilkan misilium dan haba berbanding topsoil yg berlaku pada kadar perlahan




IMO 5

IMO 5-IMO 4 + tahi ayam (1:10 sukat dengan bekas)-gaulkan dan tutup dengan plastik-lepas 7 hari jadi la IMO 5..
kalau nak pakai hampas kelapa sawit pun boleh...mase IMO 5 tu, tukar la tahi ayam tu dgn tahi aper2 or hampas kelapa sawit..