Campuran bagi media semaian ini adalah:-

  • 4 bahagian sabut buah kelapa sawit
  • 1/2 bahagian tanah
  • 1/2 bahagian pasir
  • 4 kg. bahan organik bagi setiap 100 polibeg saiz 8″ x 14″.

Sabut kelapa sawit yang digunakan adalah yang telah reput kerana ia dapat membekalkan unsur pemakanan kepada anak pokok semaian disamping berupaya memegang air di dalam polibeg.

Setelah media diisi ke dalam polibeg dan disusun atur di tapak semaian, semburan racun serangga dan racun pra cambah seperti Lasso (Alachlor) perlu dilakukan untuk mengawal hamama dan rumpai.

Antara kelebihan mengguna media campuran sabut kelapa sawit ialah;-

  • Media tidak mudah kering, dan kandungan air mencukupi untuk keperluan anak semaian

  • Dapat mengurangkan kos sehingga RM0.10 / polibeg jika dibandingkan dengan penggunaan kaedah campuran lama

  • Polibeg lebih ringan dan memudahkan pengendaliannya.

  • Pertumbuhan anak benih lebih baik.

  • Ianya lebih ringan, mudah didapati dan murah.

Campuran media ini sesuai digunakan untuk semaian anak pokok buah-buahan terutama biji benih limau dan boleh juga digunakan untuk semaian biji benih sayur-sayuran.