_

Saturday, July 30, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H

Bulan Ramadhan membuka tirainya.


Tiba masanya kita berpuasa.

Semoga bulan yang mulia ini akan membawa keberkatan dan keinsafan dalam diri kita semua.



Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

dan

Maaf Zahir Batin


ikhlas dari:



staf Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)

Sunday, July 24, 2011

IKLAN KURSUS UPM 2011

Seminar Pembangunan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling

Sukacita Dimaklumkan bahawa Pejabat Pemasaran dan Komunikasi (MarComm), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Seminar Pembangunan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling pada 26 - 28 Julai 2011bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi guru dari aspek bimbingan akademik dan kerjaya serta berkongsi pengetahuan berkenaan pendekatan memupuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar sekolah.


Sekian, untuk makluman YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan. Terima kasih.


Ketua
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi
UPM
______________________________________________________________________

KURSUS PENGENALAN TUMBUHAN UBATAN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa, kami daripada Unit Biodiversiti, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan "Kursus Pengenalan Tumbuhan Ubatan 2011". Kursus ini terbuka kepada semua staf, pelajar dan orang luar. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini diminta untuk mengisi borang pendaftaran yang terdapat di dalam brosur. Maklumat kursus adalah seperti di bawah:

Tarikh : 18 -19 Oktober 2011
Tempat : Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, INSTITUT BIOSAINS, UPM
Yuran Penyertaan : RM 500.00

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini boleh lihat pada Brosur yang telah disertakan.

Rishzuan Talib
……………………………………….
Pegawai Pertanian
Unit Biodiversiti
Institut Biosains
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-89472130/03-89472196
Faks: 03-89472209

Tuesday, July 19, 2011

WACANA PENGEMBANGAN APEEC: SIRI 2


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sekretariat Wacana Pengembangan APEEC di talian: 03-89471813( En Basri)
03-89471816(Pn Hazreen Diana )
03-89471821(Pn Ainul Mardhiyyah)



MASUK ADALAH PERCUMA