_

Monday, March 19, 2012

JOM MASUK UPM 2012


Menjelang pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada 21 Mac 2012 Rabu ini, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM mempelawa semua yang layak untuk meneruskan pengajian melalui Program Asasi Sains Pertanian di Kampus UPM Serdang. Melalui program ini anak tuan/puan berpeluang megikuti salah satu daripada 45 program peringkat ijazah yang ditawarkan oleh UPM.
Peluang keemasan ini tidak terdapat di mana-mana IPTA lain. Hanya dalam tempoh setahun dan dibiayai Elaun Wang Saku oleh Kementerian Pengajian Tinggi anak tuan/puan juga akan dapat menjalani kehidupan selesa di kampus UPM serta berdekatan dengan keluarga.
Berikut adalah syarat Kemasukan Program Asasi Sains Pertanian

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran·

  1. Biologi
  2. Kimia·
  3. Fizik ·
  4. Matematik ·
  5. Matematik Tambahan

dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan(Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Untuk makluman lanjut tuan/puan boleh berhubung dengan Pejabat Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian di talian ; 03-8946 7266/6999/6998.

Friday, March 16, 2012

PELANCARAN BANDAR HIJAU SERDANG


Adalah dimaklumkan pihak Universiti Putra Malaysia di bawah penyelarasan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) sedang dalam membangunkan Bandar Hijau Serdang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan komitmen Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM yang lain.Justeru, Pelancaran Bandar Hijau Serdang akan dilangsungkan sebagai langkah pertama memperkenalkan Dasar Hijau UPM melalui aktiviti kitar semula dan aktiviti lain.Program akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Taman Tasik Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor
Pelbagai Demonstrasi dan pameran menarik yang menanti tuan/puan. Disamping itu juga, tuan/puan boleh bergembira bersama seisi keluarga dengan menyertai permainan dan pertandingan yang telah diatur berkonsepkan kitar semula.Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Bagi sesiapa yang berminat menunggang basikal juga boleh menyertai Konvoi Basikal yang bermula seawal pagi 7.30 pagi pada hari tersebut dan berakhir pada 8.50 pagi. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai konvoi basikal,boleh maklumkan kepada urusetia. Tuan/puan hanya perlu menyediakan basikal dan helmet untuk keselamatan.
Sebarang pertanyaan/makluman, boleh hubungi sekretariat program ini ditalian 03-89471821(Puan Ainul Mardhiyyah)/03-89471816(Puan HazreenDiana)/03-89471820 (Encik Zaidi Tajuddin).
Semua blogger dan seisi keluarga dijemput bersama untuk memeriahkan dan menjayakan program ini.Jom beramai-ramai kita memeriahkan Pelancaran Bandar Hijau Serdang dan merealisasikan Laboratosi Sosial Sri Serdang.