_

Showing posts with label racun. Show all posts
Showing posts with label racun. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

FORMULA RACUN SERANGGA ORGANIK



 
RESEPI 1
  • 600ML Air bersih

  • 100 ML Molases

  • 100mL spirit

  • 100ML Cuka asli

  • 100ML EM

penyediaan racun organik EM- sediaan racun dibuat berdasarkan resepi di atas dan dibiarkan selama 8 hari sebelum ditapis- pada hari ke-8, campuran serangga organik sudah siap digunakan setelah ditapis dalam vol. 1 liter

*Nota:
  • boleh tambah hirisan halia atau cili, peram selama 8 hari

  • bila nak guna cairkan 1:500

  • pH kurang 3.7 boleh simpan sehingga 6 bulan.

  • Tong 16 liter pengiraan adalah 1/500 x 16 jadi hanya guna 0.032 liter iaitu 32 ML shj

RESEPI 2cara nak buat campuran untuk 10 liter :
  • 1 liter air
  • 10 ml cecair cuci pinggan

  • 50 ml neem oil dan ditambah air utk volume 10 liter

RESEPI 3
  • campuran EM

  • molasess

  • daun2 ada unsur perubatan (bawang putih, cilikering,daun buluh, mengkudu, asam keping dan batang pokok pitaya yang kaya aloe vera)
Di peram selama 5 hari dan patinya dicampur air 1:10.
*penggunaan : Sembur pokok 2 hari sekali

RESEPI 4
Bahan2:
  • 100ml EM

  • 1100ml Gula Merah

  • 200gm bawang putih

  • 200gm cili kering

  • 200gm daun buluh @ daun kari @ daun asam gelugor @ asam jawa

  • 200gm batang aloevera (lidah buaya)

  • 20 liter air

Cara-cara:
  • campurkan semua bahan2 dan peram selama 6 hari.

  • tapis bahan2 itu dan simpan airnya dalam bekas kedap udara.

  • hampas boleh buat baja.
RESEPI 5
  • cili padi 10 biji tumbuk,

  • 1 liter air dan tapis sebelum guna..

  • Sabun cap kapak(potong kecik2) sbyk 100gram, rebus dgn air,pastu campur dgn 10 liter air..letak dlm 1 bekas..apply 1/3 cawan rcun dgn 1 liter air
RESEPI 6
  • 30g daun neem….30% blend

  • 10g daun sirih.blend

  • 10g daun sentang….blend

  • 10g bawang putih….blend

  • 10 g kulit kayu manis…blend

  • 30ml air beras yg telah diperam selama 3-4 hari

  • lepas tu…..peram selama 7 hari sebelum digunakan

Friday, April 17, 2009

RACUN PEROSAK: LABEL

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat. Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak. Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas.

Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Pengkelasan Racun Perosak

Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-

Pita Warna Kelas Racun

Siri Label
Warna Label
Keterangan
Ia Hitam Beracun - Amat Bisa
Ib Merah Beracun - Bisa
II Kuning Beracun
III Biru Berbahaya
IV Putih Berbahaya

Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman

Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.

Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan Kesihatan Badan Anda?

Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi.

Langkah-Langkah Keselamatan

Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan racun perosak.