_

Wednesday, April 15, 2009

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini.

Blog ini adalah merupakan saluran alternatif Unit Pengembangan Pertanian, Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Putra Malaysia dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan pengembangan pertanian.

Kandungan blog ini terdiri dari artikel serta sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini, mohon kalian boleh memberi komen dan cadangan dalam menambahbaik blog ini untuk kemajuan kita bersama.

Ribuan terima kasih ke atas pemilik blog lain yang mana artikel anda juga telah dipetik untuk dimuatkan di dalam blog ini. Adalah diharapkan agar segala maklumat dan penulisan dapat dikongsi dan disebar luas seterusnya diperkembangkan.

Sekian, terima kasih