_

Showing posts with label iks. Show all posts
Showing posts with label iks. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

SEMINAR KERJAYA & KEUSAHAWANAN SISWA 2012


PENGENALAN

Secara umumnya, program pembangunan kemahiran keusahawanan bagi mahasiswa dan belia telah pun lama bermula yang bertujuan mendedahkan kepada mereka mengenai aspek perniagaan secara teori dan pratikal. Ini bertujuan untuk menarik minat mahasiswa dan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya mengurangkan pengangguran di kalangan mereka.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, peratusan siswazah menganggur adalah 3.2% iaitu sebanyak 63,000 siswazah gagal mendapat peluang pekerjaan manakala peratusan belia yang menganggur meningkat daripada 10.5 peratus kepada 10.9 peratus bagi tempoh 2001 hingga 2008, iaitu 62 peratus daripada jumlah keseluruhan pengangguran pada 2008.

Angka ini sangat membimbangkan dan ianya berpunca dari kurangnya pendedahan serta minat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta mentaliti ‘makan gaji’ yang sangat tinggi di kalangan mahasiswa dan belia.

Selari dengan hasrat kerajaan bagi membantu usahawan melalui Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) di mana kerajaan menyusun semula strategi bagi menyokong bakal usahawan dan usahawan yang sedang meningkat maju dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Inisiatif ini adalah untuk melahirkan modal insan intelektual yang memiliki nilai keusahawanan dan seterusnya bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi Negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Menurut kajian, jurang pendapatan isi rumah yang tinggi diantara penduduk kaya dan miskin semakin lebar. Bagi mengurangkan jurang ini, golongan mahasiswa dan belia dilihat dapat mengurangkan jurang tersebut melalui aktiviti keusahawanan.

Oleh itu ‘Seminar Kerjaya Dan Keusahwanan Siswa 2012’ dirancang dengan tujuan membuka minda untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan para belia menjadikan Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan.


OBJEKTIF

  1. Merealisasikan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.
  2. Melahirkan lebih ramai lagi usahawan mahasiswa dan graduan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi Negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan Integriti kearah pencapaian status Negara maju menjelang 2020.
  3. Menanamkan budaya, menerapkan ilmu dan memberi pendedahan di kalangan mahasiswa dan graduan berkenaan bidang keusahawanan bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
  4. Menyediakan platform kepada mahasiswa dan graduan untuk meneroka peluang-peluang bisnes melalui slot perkongsian pengalaman.

AKTIVITI PROGRAM

1. Seminar Keusahawanan

Satu slot seminar dimana peserta akan diberi motivasi dan pendedahan berkaitan bidang keusahawanan dan juga sesi perkongsian pengalaman bersama usahawan – usahawan berjaya dari pelbagai sektor.

2. Klinik Kerjaya & Keusahawanan

Peserta akan diberi peluang berhubung secara bersemuka bersama syarikat-syarikat dan agensi-agensi berkaitan kerjaya, keusahawanan serta pembangunan perniagaan. Selain bersama usahawan dan syarikat yang membuka peluang bisnes kepada peserta.

3. Pameran & Kaunter maklumat agensi berkaitan

Setiap siri “Seminar Kerjaya dan Keusahawanan 2012” akan disediakan sekurang-kurangnya 5 - 10 kaunter pameran dan agensi berkaitan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung mendapat maklumat dan produk dikeluarkan dan dipasarkan oleh usahawan-usahawan yang terlibat.


SASARAN PESERTA

Pelajar-Pelajar UPM Kursus Asas Keusahawanan MGM3180

Bilangan peserta seminar 1,200 orang.


TARIKH & TEMPAT

Tempat : Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tarikh : 10 Mei 2012 (8.00 – 5.00 petang)

ATURCARA

8.00 pg: Pendaftaran Peserta

8.45 pg :Ucapan Aluan Universiti Putra Malaysia (UPM)

9.00 pg : KERTAS 1 - Tajuk : Memperkasa Minat Berbisnes
Oleh :
Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi
Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd

10.15 pg : Minum Pagi

10.45 pg : KERTAS 2 - Tajuk : Kerjaya dan Peluang Bisnes di KFC / Ayamas
Oleh :YBhg. Tn Hj Jamaludin Md Ali

Pengarah Urusan
QSR Brands Berhad/KFC Holdings (Malaysia) Bhd

12.00 tgh: Makan Tengahari

2.00 ptg : KERTAS 3- Tajuk : Peluang Kerjaya Dibidang Pengurusan Kewangan / Hartanah
Oleh : Usahawan Dalam Bidang Kewangan

2.45 ptg : KERTAS 4 - Tajuk : Daya Tahan & Persediaan Mental Usahawan
Oleh : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sudin Harun

Presiden Kuala Lumpur Business School

3.15 ptg : KERTAS 5 - Tajuk : Perkongsian Pengalaman
Oleh : Usahawan Berjaya

4.30 ptg: Minum Petang & Tamat

*Program tertakluk kepada perubahan


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Pn Mahani- 0389471817
Pn Hairunnisak - 0389471815
Pn Nor Azwani- 0389471828
Pn Nor Azillawati - 0389471809

SEMINAR POTENSI TANAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN 2012



 
Sukacita dimaklumkan bahawa APEEC akan mengadakan SEMINAR POTENSI DAN
PELUANG PERNIAGAAN ASAS TANI 2012 pada 17 Julai 2012 di Auditorium
Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Objektif program adalah memberi
pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai potensi tanaman
dan peluang perniagaan yang boleh diceburi untuk dijadikan sebagai peluang
menambahkan pendapatan dan kerjaya kepada bakal pesara, belia, bakal
graduan dan yang berminat.

Bersama ini dilampirkan brosur program untuk makluman tuan/puan. Sebarang
pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Hairunnisak (89471815) / Pn Nor
Azwani (89471828) / Pn. Mahani(89471817). Tarikh tutup penyertaan adalah
pada 7 Julai 2012.


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Pn Mahani- 0389471817
Pn Hairunnisak - 0389471815
Pn Nor Azwani- 0389471828
Pn Nor Azillawati - 0389471809

SEMINAR KESEDARAN DAN PEMBANGUNAN HALAL NEGERI SELANGOR 2012


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Pn Mahani- 0389471817
Pn Hairunnisak - 0389471815
Pn Nor Azwani- 0389471828
Pn Nor Azillawati - 0389471809

Wednesday, June 15, 2011

SEMINAR KESEDARAN & KEPENGGUNAAN HALAL NEGERI SELANGOR 2011

untuk makluman lanjut, boleh hubungi :

Pn Mahani (03-89471817) dan Pn Nor Azwani (03-89471828)


Thursday, March 17, 2011

Jualan Produk IKS Agrotani di Pusat Jualan (UGC), TPU, UPM

Program ini membantu pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memperluaskan pasaran dan mempertingkatkan hasil jualan mereka di UPM. Pengusaha yang mengikuti program ini dipilih berdasarkan kualiti dan keunikan produk serta potensi untuk dikembangkan. Di antara jenis produk yang dicadangkan ialah produk sejuk beku; produk makanan kering (kuih-muih, kerepek, coklat dan lain-lain), produk kraftangan; minuman dan kordial; buah- buahan segar; daging segar (puyuh, lembu, kambing, dan lain-lain); hasil bakeri seperti roti, pizza, muffin, kek dan lain-lain. Bagi tujuan peningkatan mutu dan pembungkusan produk, pengusaha ini diberikan khidmat nasihat dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan.

Pengusaha yang terlibat adalah di kalangan peserta kursus yang pernah menghadiri kursus anjuran APEEC, UPM terdiri daripada belia, graduan, ibu tunggal, kaum wanita dan pengusaha IKS.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk berkenaan bolehlah berhubung terus dengan Pusat Jualan (UGC) atau APEEC di talian 03-89471817.


"Belilah Produk Buatan Malaysia" dan sokonglah industri kecil sederhana (IKS)