_

Showing posts with label labu kundur. Show all posts
Showing posts with label labu kundur. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

DEMONSTRASI PERTANIAN DAN MASAKAN SEMPENA PESTA KONVO UPM


Semua dijemput hadir untuk sama-sama melihat demonstrasi Pertanian & Masakan di Gerai No. 4 pada:

Tarikh: 13-16 Oktober 2012
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia 

Tuesday, February 21, 2012

Plot Demo Tanaman Kundur di Ladang 2

Plot Demo Tanaman Kundur di Ladang 2

Tarikh Mula projek: 15 Februari 2012
Tarikh Dijangka Tuai : 29 Mei 2012
Jenis Tanaman: Kundur (Benincasa hispida sp.)
Jumlah Tanaman : 90 pokok

Projek ini adalah kesinambungan daripada Kajian Kundur yang bertajuk "Potensi Kundur Sebagai Tanaman Komersial di Semenanjung Malaysia" di bawah RUGS yang akan tamat pada Mac 2012. Kajian sedang di peringkat penulisan laporan akhir. Sebuah buku mengenai kundur akan dihasilkan daripada kajian ini untuk dikongsikan hasil dari dapatan kajian kepada semua agensi, usahawan,masyarakat dan orang ramai.

Plot demo ini bertujuan untuk melihat kesesuaian kesuburan tanaman terhadap penggunaan baja organik, semburan baja foliar dan Effective Microorganism (EM). Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melihat komposisi kandungan nutrien yang terkandung di dalam buah kundur.
Dari: Mahani Amat @ Halimi
Agriculture Officer
Centre For Extension, Entrepreneurship and Professional Advancement(APEEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Phone No: 03-89471817 Fax No: 03-89464107

penyediaan kawasan


Thursday, August 27, 2009

LABU KUNDUR


PENGENALAN

Labu kundur atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan satu-satunya spesies kundur di dunia dan ianya di tanam di Negara-negara tropika terutama di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai beligu.

KEISTIMEWAAN

Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.

Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.

Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.

Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak


CARA PENANAMAN

Bahan Tanaman

Biji

Jarak Tanaman

100 cm x 100 cm

Keperluan Benih

600 gm / ekar

Semaian

Semaian di atas dulang atau tanam terus

Mula Memetik Hasil

14 minggu

Hasil Purata

20 – 30 tan/ekar

Baja

Baja organan / baja sebatian

12:12:17:2 / 15:15:15

Baja terus : Sulphate of ammonia, triple superphoshate

Serangga

Lalat buah - sembur racun Malathion

Kumbang – Racun Carbarly / diazinon

Kutu Daun – Malation / diazinon

Kepinding buah – Carbarly / gamma BHC

Penyakit

Kelapuk downy – Racun Maneb

Kelapuk berdebu – Racun Benomy / Thiram

Bintik Daun – Racun Maneb

Virus Mozek – Musnahkan pokok

PRODUK HILIRAN LABU KUNDUR

  • Kordial
  • Jus
  • Halwa
  • Tepung
  • Puri
  • Jem
  • Bahan pemekat
  • Polimer dan lain-lain


SUMBER RUJUKAN
Maklumat ini diperolehi daripada usahawan Encik Sheikh Ismail.


Nama usahawan : Encik Sheikh Ismail
No. telefon : 016 – 9377211
Lokasi : Kuantan, Pahang
Nama Syarikat : Warisan Kundur Resources (CA0151249-V)