_

Showing posts with label ternakan. Show all posts
Showing posts with label ternakan. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

AGRO PELANCONGAN UPM

 gambar kredit: Prof Madya Dr Norsida Man
APABILA disebut melancong, sudah pasti kebanyakan individu akan memikirkan lokasi percutian mendamaikan seperti pulau, gunung, tasik dan pantai. Lazimnya, aktiviti yang dilakukan pula berlandaskan tarikan tempat dikunjungi seperti mendaki, mandi-manda, menyelam, memancing dan sebagainya. Namun tahukah anda, ketika ini terdapat satu lagi trend pelancongan yang kian mendapat sambutan terutama dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara iaitu agropelancongan.

Mengikut definisi, agropelancongan atau juga dikenali agrotourism merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti kegiatan dan perniagaan tambahan berasaskan sosio budaya dalam kegiatan pertanian, perikanan penternakan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini adalah “Agri Education (lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, menghadiri kursus, latihan atau seminar),  rekreasi dan riadah, aktiviti kemasyarakatan., homestay dan sebagainya.

Agensi utama yang membangunkan agropelancongan ialah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi.



UPM mempunyai pelbagai kelebihan berbanding universiti lain seperti kawasan kampus yang luas, kekuatan dalam bidang pertanian dan perhutanan serta jumlah pelajar yang ramai. UPM boleh menggunakan tenaga pelajar sendiri sebagai pemandu pelancong universiti. Secara tidak langsung, ia menjadi landasan kepada mereka menimba pengalaman bekerja dan menambah pendapatan.Sekiranya konsep universiti agropelancongan ini dapat direalisasikan UPM mampu meraih pendapatan yang lebih.

Petikan akhbar utusan online arkib 28 Jan 2013 - Edu-pelancongan UPM
NG Yeng Yeng (tiga dari kanan) dan tetamu yang lain menikmati buah-buahan tempatan selepas melancarkan Pakej Pelancongan UPM sempena Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di pekarangan Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.

EDU-PELANCONGAN yang mengetengahkan kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai 'Green Botanical Campus' telah diisytiharkan sebagai produk pertama pelancongan negara pada tahun ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pengisytiharan itu adalah selari dengan matlamat kementerian untuk membangunkan dan menghasilkan lebih banyak produk pelancongan Malaysia yang inovatif dan kreatif.

Katanya, edu-pelancongan itu akan memberikan peluang kepada golongan muda, khususnya pelajar di UPM bergiat secara aktif dalam bidang tersebut sebagai pemandu pelancong dan penterjemah.

"UPM dipilih kerana banyak kawasan menarik boleh didapati di universiti ini yang berpotensi untuk dibangunkan produk pelancongan berasaskan pertanian dan perhutanan khususnya agribio dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

"Dengan keluasan tanah lebih 1,100 hektar, UPM mempunyai koleksi biodiversiti berjumlah 100,000 spesimen muzium dan 16,000 spesimen hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pakej Pelancongan UPM sempena prapelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 di sini hari ini.

Yen Yen menjangkakan lebih 100,000 pengunjung akan mengunjungi kempen promosi VMY yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik serta pameran diadakan, termasuklah 1Malaysia Food Court yang menjual pelbagai hidangan melibatkan 13 buah negeri di Malaysia.

Selain itu, katanya, pengunjung juga berpeluang memenangi lebih 2,000 hadiah cabutan bertuah bernilai lebih kurang RM450,000 termasuk hadiah utama kereta Chevrolet Orlando SUV bernilai RM118,888 sumbangan Naza.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar berbangga dengan inisiatif Kementerian Pelancongan yang menjadikan UPM sebagai sebuah destinasi pelancongan untuk menarik kedatangan pengunjung dari luar dan dalam negara.

"Kini, sebanyak 30 orang pelajar sudah dilatih untuk menjadi pemandu pelancong dengan bantuan tiga agensi pelancongan, selain pemilihan tujuh lokasi untuk membangunkan pakej tersebut," katanya.

Thursday, October 11, 2012

HARI TERBUKA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP) 2012

Adalah sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) selaku penyelaras Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Hari Terbuka Program Pemindahan Ilmu (KTP) 2012 yang bertujuan mempromosikan dan mewar-warkan kejayaan UPM memperolehi geran berkenaan untuk komuniti dan industri serta untuk memaklumkan tawaran geran KTP Fasa 3, 2013.  

Butiran program seperti berikut: 

Tarikh: 22 Oktober 2012 (Isnin) 
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang 
Tempat: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM 

Antara yang menarik:
  • pameran projek KTP fasa 1 dan fasa 2 
  • gerai komuniti dan industri  
  • tawaran permohonan geran KTP fasa 3 (2013)

Wednesday, October 10, 2012

JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2012


Sempena Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-36, UPM akan mengadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian selama 5 hari, bermula pada 12 hingga 16 Oktober 2012, bertempat di Bukit Ekspo, UPM.

Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tahun 2012 akan diadakan pada 12 Oktober 2012 (Jumaat), jam 2.30 petang, bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang ekspo tersebut seperti pameran pendidikan, pameran ternakan dan pertanian, penjualan benih tumbuhan, lelongan anak kuda, pertandingan paintball, pertandingan sukan rakyat, pertandingan melukis dan sukan kanak-kanak, pertandingan orkid, berkayak, pertandingan memancing, menunggang kuda, persembahan artis, demonstrasi padang dan pelbagai pertandingan lain yang sesuai untuk pelajar dan seisi keluarga.

Staf UPM dan orang awam dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan ekspo lima hari itu kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Maklumat lanjut, sila hubungi 03-89467301 / 89467299, 03 03-89466003 atau layari http://www.tpu.upm.edu.my/ekspo2012/

Wednesday, July 18, 2012

PENYEMBELIHAN

PENDAHULUAN
Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. 
Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.

Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)


Terlebih dahulu mari kita melihat kepada kepentingan sembelih. Sembelihan dalam Islam bertujuan mematikan haiwan dan menghalalkan dagingnya untuk dimakan. Ini berbeza debgan sembelihan dalam agama lain. Sembelihan mereka juga bertujuan untuk mematikan haiwan tetapi tidak menghalalkan dagingnya.

HUKUM PENYEMBELIHAN
 Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)


 
DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

RUKUN PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).


Jika dilihat dalam ta'rif tersebut, kita dapat membahagikannya kepada 4 perkara utama yang juga merupakan rukun sembelihan:

1. Melukakan anggota tertentu:
Ulama membahagikan rukun ini kepada 2 mengikut jenis haiwan yang ingin disembelih.
  1. Sekiranya haiwan tersebut mampu ditundukkan oleh tenaga manusia seperti lembu, kerbau, ayam dan unta, maka wajib bagi si penyembelih menyembelih di bahagian leher haiwan dengan memutuskan kedua-dua urat halqum (salur nafas) dan urat mari' (salur pemakanan) cara ini dinamakan Ikhtiyari. 
  2. Bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia seperti haiwan liar seperti burung, rusa dan kijang maka harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk haiwan yang terjatuh di dalam lubang dan tidak dapat disembelih di lehernya maka memadai dengan dilukakan haiwan itu dengan luka yang membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari.

2. Haiwan yang halal dimakan:
Saya percaya yang para pembaca sekalian sedia maklum jenis-jenis haiwan yang halal dimakan. Haiwan yang haram dimakan seperti babi dan haiwan beracun tidak akan berubah menjadi halal walaupun disembelih. Setiap haiwan perlu disembelih kecuali ikan dan belalang. Maka termasuklah dalam kategori ikan di sini, haiwan-haiwan akuatik yang lain seperti sotong, ketam, udang, kerang dan lain-lain haiwan akuatik dikecualikan daripada kewajipan sembelihan.

3. Alat yang tertentu:
Apa yang dimaksudkan ialah alat yang tajam tidak kira pisau, pedang, parang, buluh mahupun kaca. Tetapi sembelihan menggunakan gigi, kuku dan tulang adalah tidak halal. Daripada Rafi' bin Khudij, aku bertanya kepada Rasulullah sesungguhnya kami bertemu binatang yang berlati kemarin dan tiada senjata bersama-sama kami, lalu baginda bersabda:
"Apa sahaja yang dapat digunakan untuk mengalirkan darah dan disebut nama Allah makanlah (tetapi) bukan disembelih dengan gigi atau kuku dan aku akan jelaskan perkara tersebut. Adapun gigi itu adalah tulang dan kuku itu adalah senjata orang Habsyi". [Mutafaqqun 'Alayhi]


4. Oleh orang yang tertentu:
Tidak halal sembelihan seseorang itu melainkan dia adalah seorang Islam atau setidak-tidaknya Ahli Kitab dan semestinya berakal. Tidak disyaratkan seseorang itu lelaki atau baligh maka harus bagi perempuan dan kanak-kanak mumayyiz untuk menyembelih. Persoalan yang timbul ialah siapakah mereka yang digelar Ahli Kitab? Adakah orang-orang Kristian dan Yahudi pada hari ini masih lagi dianggap Ahli Kitab. Persoalan ini memerlukan perbincangan panjang lebar dan sekiranya ada kesempatan insyaallah akan dibincangkan dalam suatu post khusus berkenaan dengannya. Maka cukuplah sekiranya saya terangkan di sini bahawa Ahli Kitab itu adalah mereka yang beriman kepada Kitab-kitab terdahulu yakni Injil dan Taurat.

Firman Allah:
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ
"...Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka..."
[Al-Maidah:5]

Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.

Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

Haiwan darat.
Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
  • Babi dan keturunannya.
  • Anjing.
  • Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
  • Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
  • Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
  • Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
  • Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
  • Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
  • Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.

Haiwan Laut.
Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
  • Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
  • Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; 
  • Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.
Alat Penyembelihan:
  • Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya. 
  • Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripada gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Sembelihan Mengikut Mazhab Syafi'e
Di dalam Mazhab Syafi’e hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat mari’ sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARI’ (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.

Keratan rentas leher binatang sembelihan. kelihatan jelas 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. kawasan yang berwarna 'pink' pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.
 
Kaedah Penyembelihan Ayam

Semasa sembelihan: lihat bahagian yang putus

 
Kaedah Penyembelihan Lembu


Semasa sembelihan : Lihat pada bahagian yang putus





Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.


SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
  1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
  2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
  3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
  4. Binatang itu adalah halal dimakan.
  5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
  6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
  7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
  8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
  9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.


Seterusnya kita lihat pula syarat-syarat sembelihan sepertimana yang berikut:

1. Niat kerana Allah: 

Tidak halal binatang yang sembelihan kecuali yang diniatkan kerana Allah. Justeru binatang yang disembelih untuk berhala dan dibunuh dengan tidak sengaja hukumnya haram dimakan. Berkaitan soal menzahirkan sebutan nama Allah, Membaca Bismillah tatkala hendak menyembelih haiwan. Dan ini merupakan syarat yang wajib baik kerana sengaja, lupa, ataupun jahil (tidak tahu). Bila dia sengaja atau lupa atau tidak tahu sehingga tidak membaca Bismillah ketika menyembelih, maka dianggap tidak sah dan haiwan tersebut haram dimakan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (Al-An’am: 121)
  • Bila dia mengucapkan:بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَذْبَحُ“Dengan nama-Mu ya Allah, aku menyembelih”, maka sah, kerana sama dengan Bismillah. Bila dia menyebut nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala selain Allah, maka hukumnya Bila nama tersebut khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak boleh untuk makhluk, seperti Ar-Rahman, Al-Hayyul Qayyum, Al-Khaliq, Ar-Razzaq, maka sah.Bila nama tersebut juga bisa dipakai oleh makhluk, seperti Al-‘Aziz, Ar-Rahim, Ar-Ra`uf, maka tidak sah.
  • Tidak disyariatkan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyembelih, sebab tidak ada perintah dan contohnya dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam maupun para sahabatnya. (Asy-Syarhul Mumti’, 3/408)
2. Putus urat Halqum dan Mari' sekiranya disembelih dengan cara Ikhtiyari.

Pada bagian leher haiwan ada 4 hal:
1-2. Al-Wadjan, yaitu dua urat tebal yang meliputi tenggorokan
3. Al-Hulqum yaitu tempat pernafasan.
4. Al-Mari`, yaitu tempat makanan dan minuman.

Hukum penyembelihan adalah:
  • Bila terputus semua maka itu lebih afdhal.
  • Bila terputus al-wadjan dan al-hulqum maka sah.
  • Bila terputus al-wadjan dan al-mari` maka sah.
  • Bila terputus al-hulqum saja maka tidak sah.
  • Bila terputus al-mari` saja maka tidak sah.
  • Bila terputus salah satu dari al-wadjan saja, maka tidak sah.

3.Haiwan tersebut masih dalam hayat Mustaqirrah:
Tanda-tandanya ialah darah memancut keluar selepas disembelih dan masih dapat meronta dengan kuat selepas disembelih.

4. Haiwan yang halal dimakan

5. Alatan yang tajam.
 Daripada Syaddad bin 'Aus katanya, sabda Rasulullah:

"Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik ke atas setiap sesuatu, apabila kamu mebunuh, bunuhlah dengan baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik dan hendaklah seseorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan berilah kerehatan pada binatang sembelihannya."
[Riwayat Muslim]

“Wahai ‘Aisyah, ambilkanlah alat sembelih.” Kemudian beliau berkata lagi: “Asahlah alat itu dengan batu.” (HR. Muslim )

6. Sembelihan dengan sekali potong:
 Yakni melalukan pisau di tempat sembelihan sehingga putus bahagian yang diwajibkan tanpa menanggkat pisau.

7. Penyembelih tidak berada dalam ihram.

8. Penyembelih seorang Islam atau sekurang-kurangnya Ahli Kitab.
Kata Ibnu Abbas:
"Sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani dipihak mana mereka beriman dengan Taurat dan Injil."

Mesti putus urat halqum dan merih


Tak halal : urat tak putus

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
  1. Membaca bismallah.
  2. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
  3. Membaca salawat ke atas Nabi.
  4. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati
  5. Menggunakan pisau yang tajam.
  6. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
  7. Melakukan penyembelihan dengan segera.
  8. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
  1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
  2. Menyembelih hingga terputus kepala.
  3. Menggunakan alat yang tumpul
  4. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  5. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  6. Tidak menyebut nama Allah
  7. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  8. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.


HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.

Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula.

Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
  • Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
  • Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
  • Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
  • Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.

*info perkara berkaitan di atas adalah sebagai info semata-mata. Untuk makluman lanjut, boleh merujuk dan hubungi di Jabatan Agama berhampiran.

sumber: sini, sini

Tuesday, June 26, 2012

PROSES PENGERAMAN TELUR MENGGUNAKAN INKUBATOR

Inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.

Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.

MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?
  1. Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
  2. Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
  3. Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
  4. Ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya dapat dikurangkan.
  5. Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
  6. Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.

PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN



ANTARA CONTOH INKUBATOR:
 



SUHU INKUBATOR YANG DISYORKAN 


TEMPOH MASA

Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.



PANDUAN MENGGUNAKAN FORCED-AIR INCUBATOR


PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING



sumber di sini