_

Tuesday, July 10, 2012

MAJLIS PERASMIAN ORANGUTAN VETERINARY ADVISORY GROUP (OVAG) WORKSHOP 2012

sumber gambar: http://www.orangutan.com

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar UPM bersama Orangutan Conservancy USA, Chester Zoo UK dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Orangutan Veterinary Advisory Group (OVAG) Workshop 2012 daripada 9 - 13 Julai 2012.
 
Ini adalah kali pertama bengkel sebegini diadakan di Malaysia dan ia merupakan satu penghormatan kepada Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. Bengkel ini bertujuan merangsangkan jalinan antarabangsa antara doktor veterinar, saintis dan penyelidik yang terlibat dalam penjagaan kesihatan, pengurusan dan konservasi orangutan yang sangat terancam. Bengkel antarabangsa ini melibatkan peserta dari negara Asia Tenggara (Banjaran negara orangutan), Amerika Syarikat dan juga Eropah.
 
Justeru itu, jawatankuasa penganjur menjemput YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan turut serta di majlis perasmian bengkel ini oleh YB. Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis ini akan berlangsung pada 10 Julai 2012, pada pukul 8.30 pagi di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.
 
Kami berasa berbesar hati sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghadiri majlis perasmian bengkel ini. Segala perhatian dan sokongan YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih.
 
**********************
Dr. Sumita Sugnaseelan
DVM (UPM), Ph.D (Cantab)

Pengerusi Penganjur
Orangutan Veterinary Advisory Group Workshop 2012
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Konservasi Hidupan Liar, UPM

Tel  : +603 8947 4879
Fax : +603 8938 1024
Alternate email: sumi@putra.upm.edu.my