_

Thursday, March 17, 2011

Pandangan dalam penubuhan Majlis keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional pada tahun ini bagi memantap dan meningkatkan usaha dalam menerapkan aspek keusahawanan di kalangan penuntut di sektor pengajian tinggi negara. Penubuhan yang ditadbir oleh sebuah lembaga yang akan dipengerusikan sendiri olehnya sebagai Menteri bagi meneliti dasar dan pendekatan terbaik untuk menjayakan pelbagai pembangunan keusahawan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sebagai usaha membentuk budaya keusahawanan dikalangan pelajar IPT.

Berikut adalah petikan dari kata-kata Menteri berkenaan usaha penubuhan Majlis tersebut. "Penubuhan ini penting untuk melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran serta memiliki daya keusahawanan yang mampu memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini supaya apabila mereka menamatkan pengajian nanti, mereka mampu menjadi pelajar yang bukan sahaja berdikari dan boleh menghadapi cabaran dan peralihan khususnya dalam menjayakan ekonomi negara berasaskan inovasi.Cabaran dan perubahan yang berlaku kepada ekonomi dunia pada abad ke-21 memerlukan kita untuk bertindak pantas dan meletakkan produktiviti, inovasi dan kreativiti sebagai tonggak sasaran.Justeru kewujudan masyarakat yang mempunyai nilai, kualiti dan daya usahawan yang tinggi akan dapat memastikan peralihan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dapat dicapai dengan jayanya" -
http://khalednordin.com/?p=891

Dilihat menerusi penubuhan Majlis ini, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil suatu langkah kehadapan dengan memusatkan fungsi dan kerja bagi membangunkan usahawan di kalangan graduan. Jika sebelum ini kita melihat fungsi ini disusun dan diatur oleh pelbagai agensi lain seperti INSKEN, MARA, FAMA, PUNB dan banyak lagi, menyebabkan berlakunya pelbagai multi-fungsi atau dis-order activity. Perkara ini telah dilihat membantu graduan, dan ini terbentuk hasil usaha kementerian dan universiti melalui penubuhan pelbagai unit keusahawanan yang dibentuk setiap Universiti.

Menaakul kepada penubuhan Majlis ini, Kementerian perlu melihat pelbagai isu yang selama ini menghalang dan memberi sedikit kesukaran kepada usaha membentuk budaya keusahawanan, bukan sahaja dihadapai oleh graduan itu sendiri juga kepada pelbagai agensi lain yang selama ini berusaha membentuk budaya ini di kalangan graduan. Semua sedia maklum berkenaan isu TERBESAR dalam usaha ini - "MIND BLOCK"
Masalah "MIND BLOCK" sangat kuat sehingga terlalu sukar untuk meruntuhkannya sehingga terlalu besar kos untuk menampung permasalahan ini. Ini mungkin dilihat sebagai salah satu isu, terdapat juga isu lain yang perlu dilihat -"SALARY MINDSET" , "COLLATERAL NEED", "MARKET SHARE", "OPPORTUNITY SPACE", "MENTOR & NETWORKING", dan lain-lain.

Namun, walaupun isu ini terlalu besar dan lama telah diperdebatkan Kementerian harus diberi pujian membentuk suatu usaha yang memberikan ruang kepada graduan menitip sedikit rezeki dalam bidang perniagaan yang selama ini didominasi oleh orang-orang berkepentingan. Usaha yang murni ini harus diberi pujian dalam memberikan intipati belanjawan negara kepada graduan yang memerlukan pelbagai arah tuju serta bimbingan dalam perniagaan.