_

Thursday, March 17, 2011

Kiosk Ayamazz Roti Impit

Program Ayamazz Roti Impit ini adalah kerjasama di antara KFC Holdings (M) Bhd dan APEEC, UPM untuk membantu gradĂșan yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan terutamanya perniagaan makanan. Peserta program Ayamazz Roti Impit ini terdiri di kalangan graduan dan mereka perlu menyertai kursus selama seminggu yang dikelolakan oleh KFC Holdings dan latihan praktikal selama 1 bulan sebelum menceburi bidang ini. Di dalam kursus ini peserta akan diberikan penerangan untuk memulakan perniagaan dan kaedah operasi kiosk ayamazz roti impit ini. Pinjaman akan diberikan oleh Agrobank sebanyak RM3500 sebagai modal kepada mereka untuk memulakan perniagaan. Menu yang terdapat dalam perniagaan ialah Roti Impit (Sosej black pepper, sosej mushroom & sosej cheese) dan minuman sejuk seperti mocha, cappuccino & chocolate pada kadar harga yang amat berpatutan (RM2.50 – RM 3.50).

Konsep yang disediakan oleh KFC Holdings ini amat menarik kerana pendekatan penggunaan “push-cart” yang diberikan secara sewaan oleh KFC Holdings kepada peserta yang menyertai. Jumlah pinjaman yang diberikan adalah termasuk dengan sewaan, bahan mentah dan elaun untuk sebulan. Ini kerana pada bulan pertama, peserta dianggap masih tiada jualan lagi untuk membolehkan peserta membuat pusingan modal. Pihak KFC Holdings juga menggalakkan mereka untuk membesarkan lagi perniagaan sedia ada dengan membuka kiosk yang sama di lokasi yang berbeza.

Kiosk ini ditempatkan di Putra Gazebo (berhadapan dengan Pusat Kesihatan UPM), Kolej Canselor dan Food Court Kolej 12 dan 14. Bagi membantu para graduan ini, pihak APEEC membantu dari segi promosi seperti melalui laman web putra, dan radio Putra FM.

Kelebihan program ini:

1. Purata jumlah pendapatan harian peserta adalah RM 150 hingga RM 200 (bergantung kepada lokasi, operator dan promosi). Ini membantu menambahkan sumber pendapatan peserta.

2. Peserta dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan di dalam perniagaan.

3. Memberikan peluang kerjaya kepada rakan yang lain secara ‘part-time’ untuk operasi di kampus.
Untuk membuat tempahan : Hubungi Encik Shahrul (Aloy) - 012-9059776