_

Wednesday, August 5, 2009

PENGURUSAN MAKANAN TERNAKAN

Pengenalan

Dalam usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran industri ternakan, penyelidikan dan pembangunan foraj perlu ditumpukan pada masalah yang dihadapi oleh para penternak pada masa ini. Masalah ini boleh diatasi melalui pemakanan, pengurusan foraj dan ternakan dengan lebih baik, serta bertepatan dengan penggunaan sumber makanan asli yang ada. Para penyelidik dan pegawai pengembangan perlu mengkaji foraj daripada sudut ekologi dan aspek ekonomi supaya industri ternakan dapat membangun secara lebih cekap dan bersaing hebat.

Kawasan yang diperuntukkan bagi tujuan penternakan bagi menyokong industri ternakan yang kian meningkat yang terdapat diseluruh negara adalah terhad. Ini jelas terbukti apabila hanya 0.7% sahaja daripada 5.5 juta hektar yang ditanam dengan tanaman utama diperuntukkan untuk ladang Jabatan dan padang ragut simpanan. Oleh yang demikian, keadaan ini perlulah dikawal dan diberi perhatian.

Pengeluaran foraj penting bagi memastikan bekalan makanan ternakan yang bemutu mencukupi disepanjang tempoh pengeluaran ternakan tersebut. Bagi menentukan pulangan yang memuaskan daripada pemeliharaan ternakan, pastura dan foder seharusnya dikeluarkan pada kos yang lebih rendah berbanding dengan bahan makanan ternakan yang lain.

Di negara ini, pengeluaran pastura dan foder mempunyai kos melepas yang tinggi kerana tanah yang sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian yang lain, yang dapat memberikan pulangan yang lebih menguntungkan. Oleh yang demikian, sebelum sesuatu keputusan dibuat, pertimbangan yang wajar perlu difikirkan bagi menentukan faedah yang boleh diperoleh dan kos melepas yang akan ditanggung.

Salah satu cara untuk memaksimumkan pengeluaran foraj daripada tanah yang terhad ialah dengan menjalankan aktiviti pengawetan. Di negara ini, pengawetan makanan ternakan boleh dilaksanakan dengan kehilangan nutrien yang minimum, terutamanya bagi komponen tenaga dan protein. Tujuan penyimpanan ialah bagi memastikan bekalan makanan untuk ternakan sentiasa ada di sepanjang masa.

Dalam aktiviti pemeliharaan ternakan ruminan khususnya, kos makanan merupakan komponen kos yang penting yang akan menentukan keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pemeliharaan ternakan tersebut. Penentuan kos makanan perlu dibuat pada peringkat perancangan sebelum aktiviti penternakan dimulakan.

2.JENIS-JENIS MAKANAN TERNAKAN YANG BOLEH DIHASILKAN

Foder (sistem potong dan angkut)

Sistem penggunaan foraj boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu:-

i Sistem potong dan angkut (foder)
ii Sistem ragutan

Foraj merangkumi semua tumbuhan hijauan seperti rumput dan daun-daun pokok manakala foder ialah bahan tersebut dipotong untuk diberi makan kepada ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan bebiri. Rufaj pula ialah bahan tumbuhan dan sisa bahan pertanian mengandungi serat yang tinggi dan tenaga yang rendah.

Foraj adalah satu sumber makanan ternakan ruminan yang paling banyak digunakan di negara ini। Bagi penternakan tradisional foraj yang digunakan adalah daripada tumbuhan semulajadi yang didapati di kawasan-kawasan terbuka seperti di tepi jalan, kawasan sawah padi dan di bawah tanaman utama seperti getah dan kelapa sawit। Sistem penternakan yang bergantung kepada tumbuhan ini sebagai sumber asas makanan ternakan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi। Walau bagaimanapun hasil ternakan yang diperolehi adalah terbatas disebabkan hasil dan kualiti makanan tumbuhan tersebut adalah terhad। Untuk pengeluaran yang lebih berdayamaju, foraj terpilih yang lebih tinggi hasil dan kualitinya perlu digunakan।


Rumput untuk foder yang ditanam di kawasan kandang

Penternak-penternak yang menggunakan foraj terpilih mestilah mempunyai kawasan tanah yang boleh ditanam dengan tumbuhan berkenaan. Daripada kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa foraj terpilih berkeupayaan membekalkan unsur protein untuk penghasilan lembu pedaging, tenusu serta kambing dan bebiri. Walau bagaimanapun kandungan tenaga daripada foraj berkenaan tidak dapat menampong keperluan ternakan yang berpotensi menghasilkan pengeluaran yang tinggi.

Dalam sistem foder ternakan tidak meragut tetapi diberi makan di kandang dengan rumput foder. Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak yang mempunai tanah yang terhad.

Perbezaan yang jelas diantara foder dengan sistem ragutan ialah sistem foder menggunakan lebih tenaga kerja dan masa. Selain daripada itu rumput tidak dipijak dan hanya pemagaran keliling diperlukan.

Kawasan foder hendaklah diuruskan dengan sempurna untuk menjamin hasil yang tinggi dan berkualiti bagi keperluan ternakan. Dengan ini pengurusan adalah penting untuk memberi kesan terhadap tumbesaran ternakan. Pengurusan yang baik akan menjamin pengeluaran pastura yang berpanjangan dan dengan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Pengeluaran foder

Sistem pemotongan biasanya diamalkan oleh penternak yang mempunyai luas kawasan yang terhad. Ternakan yang disimpan dikandang diberi foder bergantung kepada berat badan ternakan tersebut. Kualiti dan kuantiti foder bergantung kepada jarak pemotongan dan pembajaan yang dijalankan.

Pengurusan dan penggunaan foder yang berkesan hanya boleh dicapai dengan perseimbangan faktor-faktor berikut:

- Kuantiti
- Kualiti
- Ketahanan

Kualiti dan kuantiti foder bergantung kepada jarak pemotongan dan jangkamasa pertumbuhan semula. Kualiti foder menurun apabila kematangan meningkat. Foder yang tua mengandungi serabut atau gentian kasar yang tinggi tetapi zat protein yang rendah manakala foder yang muda pula sebaliknya (Rajah __ dan Jadual__). Bagaimanapun pemotongan ke atas pastura yang terlalu muda boleh menjejaskan ketahanan pastura।

Dengan mengambilkira tiga faktor tersebut di atas iaitu kuantiti, kualiti dan ketahanan foder dapat menghasilkan makanan hijau yang mencukupi dan berkualiti serta mengeluarkan hasil yang produktif untuk jangkamasa yang panjang.

Aspek pemakanan bagi sistem foder

Ternakan dikandang bergantung sepenuhnya ke atas foder dan kualitinya perlu dijaga supaya dapat memenuhi nutrien-nutrien yang diperlukan. Jumlah bekalan foder hendaklah mencukupi untuk ternakan membuat pilihan. Sistem pemotongan memerlukan pertimbangan yang wajar untuk mendapatkan penghasilan dan kualiti yang optimum।

Lembu-lembu sedang memakan rumput yang dipotong ( foder )

Pembajaan Untuk Sistem Pemotongan

Sistem pemotongan memerlukan baja yang banyak untuk menampung kehilangan zat-zat pemakanan yang tinggi daripada sistem tersebut. Pembajaan untuk sistem pemotongan perlu dilakukan setiap kali pemotongan untuk memastikan zat-zat pemakanan dapat dibekalkan untuk mempertingkatkan hasil foder.

Pembajaan boleh dilakukan selepas kawasan rumput dipotong untuk memastikan pertumbuhan yang cepat. Penggunaan zat-zat makro yang berterusan di kawasan foder boleh menyebabkan kekurangan zat-zat mikro seperti zinkam, cuprum dan molibdinum. Kadar penggunaan zat-zat mikro ialah 8 kg sehektar kuprum dan zinkam dan 0.5 kg sehektar sodium molybdate untuk 4 tahun sekali.

Di kawasan tropika, zat-zat makro seperti nitrogen, fosferus dan kalium selalunya rendah dan keperluan zat-zat tersebut untuk foder adalah tinggi. Oleh yang demikian foder perlu dibaja untuk meningkatkan hasil. Memandangkan nitrogen diperlukan dengan jumlah yang banyak, penggunaan baja tersebut hendaklah digunakan dengan lebih berkesan.

Pemilihan spesis foder yang ditanam bergantung kepada beberapa faktor

i. Jenis ternakan
ii. Keadaan topografi
iii. Keadaan iklim

Penubuhan Rumput Foder

Penyediaan tanah

Dalam menyediakan tanah untuk menanam rumput foder, sesuatu kawasan perlu dibersihkan daripada apa jua jenis tumbuhan-tumbuhan, pokok-pokok, tunggul kayu, akar-akar dan sebagainya. Pembersihan boleh dilakukan dengan cara membakar atau mengalihkan bahan-bahan tersebut ke tempat lain. Kawasan perlu diratakan terlebih dahulu. Perparitan perlu dibuat bagi kawasan yang berair. Penyediaan tanah seelok-eloknya dilakukan sebelum musim hujan bagi mengelakkan hakisan.

Ada 3 peringkat penyediaan tanah:

i. Membajak
ii. Menyikat/memecah
iii. Memutar

Membajak

Bertujuan untuk memecah tanah, membalikkan permukaan tanah atas ke bawah dan mendedahkan tanah bawah ke atas supaya akar tumbuhan dan rumpai terdedah kepada cahaya matahari.
Alat pertanian digunakan ialah bajak 2 piring atau 3 piring (2disc/3 disc plough)

Terdapat 2 peringkat membajak:

i. Membajak kali pertama
ii. Membajak kali kedua atau membajak silang

Keadaan tanah selepas bajak piring

Jarak masa yang diperlukan di antara dua peringkat tersebut adalah anggaran 2-4 minggu bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini membolehkan akar-akar rumpai dan lain-lain musuh tanaman terdedah kepada cahaya matahari dan musnah serta memberi cukup masa untuk melembutkan tanah dan mendapatkan tekstur tanah yang baik (Gambar).

Menyikat

Bertujuan memecahkan ketulan tanah yang besar kepada ketulan yang lebih kecil. Alat yang biasa digunakan ialah disc harrow. Ini dilakukan lebih kurang 2-3 minggu selepas pembajakan silang (Gambar )

Memutar

Peringkat ini dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat/memecah tanah selesai. Ianya bertujuan mendapatkan struktur tanah yang lebih halus terutama di lapisan permukaan, sesuai untuk pertumbuhan akar rumput. Bagi tanah yang gembur, peringkat ini mungkin tidak diperlukan. Alat pertanian yang digunakan ialah rotovator/rotary tiller (Gambar ).

Adalah disyorkan segala saki baki kayu, akar rumpai, batu dan sebagainya dibuangkan semasa penyediaan tanah bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Ini penting bagi mempastikan agar:

i. Mendapatkan permukaan tanah yang baik, tiada tunggul atau batu yang menjadi halangan dan boleh merosakkan peralatan pertanian dalam kerja-kerja seterusnya.

ii. Mendapatkan tekstur tanah yang sesuai, agar mempunyai ruang udara yang mencukupi dan memperbaiki daya pemegang air. Faktor ini penting untuk perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya.

iii. Segala jenis rumpai yang tidak dikehendaki dapat dihapuskan.

Menanam

Menanam hendaklah dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu corak hujan disatu-satu kawasan perlu diketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang mencukupi adalah diperlukan untuk percambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan menggunakan irrigator dan sprinkler dapat memperbaiki kelembapan tanah.

Kadar penaburan bijibenih ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan serta mengelakkan pertumbuhan rumpai.

Ada 2 cara menanam

i. Menggunakan bijibenih
ii. Menanam secara tampang

Menanam Menggunakan Bijibenih

Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi keluasan sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan tinggi, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Dua cara menanam menggunakan bijibenih:

i. Menngunakan peralatan seperti sodseeddrill, seedavator dan spinner broadcaster untuk kawasan yang luas iaitu melebihi 1 hektar.

ii. Menabur dengan tangan. Samada menabur secara tebar di permukaan tanah atau menabur mengikut barisan melalui lorong-lorong cetek yang telah dibuat.

Penggunaan jentera dan peralatan pertanian mempunyai banyak kelebihan kerana:

I. Cara yang mudah dan cepat, terutama untuk kawasan yang luas.
ii. Kadar penaburan yang sekata dan boleh diubahsuai.
iii. Pembajaan permulaan boleh dilakukan serentak.

Kebanyakan bijibenih rumput adalah halus. Oleh itu perlu ditanam di paras yang sesuai lebih kurang 1-2 cm dalam. Jika menggunakan ‘spinner broadcaster’ atau menabur dengan tangan, penggelek perlu digunakan untuk menolong persentuhan bijibenih dengan tanah. Menguis atau memijak-mijak dengan kaki boleh dilakukan bagi kawasan yang tidak luas.

Rumput Guinea (Panicum maximum)

Rumput guinea atau rumput kuda ialah jenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya diantara 1.5-2 m (Gambar). Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu common, Thai purple, green panic, hamil coloniao dan makuene. Rumput guinea yang biasa ditanam di negara ini ialah common dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun. Baru-baru ini jenis Thai purple telah mula diperkenalkan di negara ini dengan penanaman seluas 5 hektar di Sintok, Kedah. Keputusan kajian yang dijalankan di Projek Pengeluaran Bijibenih berkenaan menunjukkan penghasilannya yang sungguh memuaskan disamping dapat mengeluarkan bijibenih yang bernas।

Rumput Guinea

Rumput ini menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/hektar setahun dengan 12% purata protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan dibawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.

Rumput guinea biasa ditanam menggunakan bijibenih bagi kawasan yang melebihi 1 hektar. Kuantiti bijibenih yang diperlukan bagi keluasan sehektar bergantung kepada kualiti bijibenih berkenaan. Jika peratus percambahan tinggi, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Untuk kawasan yang kurang daripada 1 hektar ianya boleh ditanam menggunakan tampang. Biasanya ianya ditanam menggunakan akar. Serumpun rumput guinea boleh dibelah akarnya menjadi 6-10 bahagian mengikut besar rumpun. Kadar 1:10 selalu diamalkan iaitu 1 hekatar kawasan guinea yang subur boleh dibiakkan untuk kawasan seluas 10 hektar।]

Rumput Signal (Brachiaria decumbens)

Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim lembap. Buku ruas yang terdapat pada batang rumput ini mengeluarkan akar dan stolon bagi membolehkan rumput ini membiak dan merebak dengan cepat (Gambar). Rumput ini selalunya tumbuh setinggi 30-50 cm. Daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung, berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga, rumput ini kurang mengeluarkan biji benih yang subur. Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul. Biji benih boleh digunakan dengan kadar 3-5 kg/ha.

Rumput signal boleh bertahan dimusim kemarau. Ia juga boleh hidup subur di kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan di lereng bukit, tetapi ia tidak sesuai di kawasan air bertakung. Oleh sebab rumput ini cepat membiak, tidak banyak jenis kekacang pastura yang sesuai di tanam bersamanya. Hasil bahan kering yang diperolehi ialah 14-26 tan/ha setahun dengan purata protein kasar sebanyak 13.0%. Rumput ini sesuai untuk ruminan besar dan tidak disyorkan untuk kambing dan bebiri kerana mengakibatkan fotosensitiviti dan jaundis. Selain untuk ternakan,

rumput ini juga ditanam di kawasan cerun dibahu jalan untuk mengurangkan hakisan tanah. Rumput ini mudah merebak dan akarnya yang rapat dapat mencengkam tanah bagi menghalang hakisan.

Rumput humidicola (Brachiaria humidicola)

Rumput ini sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tahan terhadap pemotongan dan penghasilan bahan kering yang tinggi. Rumput ini boleh diberi kepada kambing dan bebiri tanpa menyebabkan fotosensitiviti seperti rumput signal. Rumput ini sesuai di tanah bris serta tahan pada musim kemarau dan kawasan air berrtakung.

Rumput ini ialah tumbuhan saka yang berstolon. Daunnya kurang berbulu, leper, hijau cerah dan menjulur tegap dengan 5-6 cm lebar dan kira-kira 12-25 cm panjang. Rumput ini boleh juga dibiak menggunakan tampang selain dari biji benih. Hasil bahan kering ialah diantara 11- 18 tan /hekatar setahun dan purata kandungan protein kasar ialah dalan lingkungan 12-13%.

Menanam Secara Tampang

Ada beberapa cara menanam menggunakan keratan batang:

i. Menanam secara cucuk
ii. Menanam secara baring
iii. Menanam mengikut baris

Menanam Secara Cucuk

Batang-batang Napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku. 3/4 daripada panjang batang dicuuckkan ke dalam tanah dengan menyerong 45º. Jarak tanam ialah 30 cm x 60 cm.

Menanam Secara Baring

Batang Napier biasanya dikerat panjang. Keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 cm. Jarak antara baris ialah 60 cm।

Menanam rumput gajah secara baring

Menanam Tidak Mengikut Barisan

Keratan Napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura ditaburkan rata di atas permukaan tanah yang telah siap disediakan. Pencakar atau rotary tiller digunakan untuk menimbus keratan.

Rumput napier adalah antara rumput yang ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam menggunakan keratan batang. Pertumbuhannya aggresif dan hasil bahan kering adalah tinggi. Hasilnya berkurangan pada musim kemarau.

Rumput Napier (Pennisetum purpureum)

Rumput gajah atau rumput napier adalah antara rumput yang ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam menggunakan keratan batang. Batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini jangan dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan hendaklah ditanam dengan seberapa segera. Pertumbuhannya aggresif dan hasil bahan kering adalah tinggi. Hasilnya berkurangan pada musim kemarau.

Rumput gajah ialah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak lebar, nipis dan mempunayi tulang daun yang tegap (Gambar). Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan tetapi bijibenih tidak bernas।

Rumput Napier yang di tanam dikawasan kandang

Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah peroi. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk pertumbuhan yang baik. Boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis ternakan atau ditanam bersama kekacang. Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut.

Batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini jangan dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan hendaklah ditanam dengan seberapa segera.

Rumput napier dipotong setiap 4-5 minggu dan hasil bahan kering 20-30 tan metrik/hektar setahun dan kandungan protein kasar sebanyak 11-13%.