Pembajaan tanaman merupakan amalan yang perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil di samping pergantungan kepada baja secara semulajadi dari tanah.
Membaja
bukan sekadar menabur disekeliling pokok tanaman sahaja tanpa mengikut
teknik-teknik yang betul tetapi keadaan pokok tanaman dan sukatan
keperluan pokok mesti difahami bagi mengelakkan pembaziran kos dan masa.
Pembaziran berlaku disebabkan
kurang kefahaman terhadap teknik-teknik pembajaan yang betul kerana
kemungkinan baja yang ditabur akan terlupus keudara atau terhakis dibawa
air hujan.
Teknik
pembajaan yang tidak betul akan mengakibatkan baja tidak dapat diserap
oleh pokok secara maksimun mungkin disebabkan akar pokok jauh dari
taburan baja. Taburan baja yang berlebihan daripada keperluan pokok juga
menyebabkan pembaziran kerana lebihan baja hanya akan terlupus keudara
atau terhakis oleh air hujan.
Terdapat
teknik-teknik pembajaan yang didapati berkesan untuk tumbesaran pokok
dan mudah dipratikkan oleh pengusaha projek pertanian. Teknik-teknik
yang dinyatakan ini amat bersesuaian dipraktikkan kepada pokok tanaman
yang lebih kepada sifat tanaman kekal seperti tanaman buah-buahan.
Di
bawah ini ditunjukkan teknik-teknik pembajaan yang betul sebagai panduan
kepada petani-petani dalam mengusahakan projek pertanian:
1. Lurah Keliling

2. Lurah Jejari

Lurah
yang digali ini jika dilihat daripada atas akan kelihatan seperti huruf
"t". Jumlah lurah yang digali bergantung kepada saiz kanopi pokok iaitu
antara 406 lurah. Baja dimasukkan dalam lurah tersebut dan ditimbus
bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.
3. Poket atau Saku

Jumlah lubang
pula bergantung kepada saiz pokok, semakin besar pokok, lubang yang
diperlukan semakin banyak untuk diselaraskan dengan kuantiti baja. Baja
dimasukkan ke dalam lubang dan ditimbus semula juga bagi mengelakkan
hakisan oleh air hujan.
Penutup
Teknik-teknik pembajaan yang tersebut di atas merupakan amalan yang digunapakai oleh kebanyakan petani. Pembajaan jika dilakukan mengikut teknik-teknik yang betul akan dapat menggalakkan tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil yang tinggi kerana baja yang ditabur dapat diserap sepenuhnya oleh pokok selain menjimatkan kos serta mengelakkan pembaziran.