_

Tuesday, February 22, 2011

TERAJU USAHAWAN

8 Februari 2011, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dilancarkan bagi memenuhi dan meningkatkan keupayaan ekonomi Bumiputera di Malaysia. Apa rasionalnya dan bagaimana TERAJU dapat mengolah ekonomi Bumiputera secara lebih efektif.

TERAJU ditubuhkan di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri dan 9 Menteri yang lain. Memetik artikel wawancara di Mingguan Malaysia pada 13 Februari 2011, CEO TERAJU Husni Salleh menyenaraikan 5 bahagian utama yang menjadi fokus TERAJU untuk membangunkan ekonomi Bumiputera.


Memperkukuhkan penyertaan syarikat-syarikat bumiputera dalam projek-projek yang telah dikenal pasti dalam Projek Penggerak Ekonomi (EPP).Memperkenalkan EPP baru yang mempunyai kepentingan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Menilai semula peranan-peranan institusi untuk melancarkan dan memacu tranformasi, mengkaji pertindihan dan fungsi. Bekerjasama dengan EPU untuk melihat semula polisi-polisi yang lama dan boleh diubahsuai. Membangunkan kapasiti, modal insan dan mengukuhkan institusi kepada lebih professional.

Melihat kepada 5 fokus utama ini, ia adalah amat berwawasan dan mempunyai perjalanan yang sangat mencabar bagi merubah / meningkatkan sesuatu yang mempunyai focus yang sangat mendalam. Boleh dikatakan, penubuhan TERAJU ini adalah dengan tujuan untuk memandu arah kepada lebih tersusun dan membuka ruang yang cukup luas untuk penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi Negara


Walaupun wujudnya SME Corp, MARA dan pelbagai agensi lain yang bertindak membantu usahawan Bumiputera, TERAJU dilihat lebih efektif dan praktikal kerana ia mempunyai fokus yang amat luas dan tumpuan yang mendalam. Diharap, melalui penubuhan ini usahawan dapat melihat bagaimana usaha kerajaan untuk memberi keupayaan yang tinggi dalam membimbing dan menambah kekayaan bumiputera. Sebelum ini, kita sudah ada PEMUDAH yang memudahkan pelbagai urusan, kini wujud TERAJU dan harap “Pandu Laju-laju” dalam meningkatkan kekayaan bumiputera.

Mahani Amat @ Halimi
Pegawai Pertanian
Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)
Tower I UPM-MTDC Technology Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

Tel: 03-89471817