Pelbagai cara orang dulu gunakan sama ada dari segi teknik atau bahan bagi menyuburkan tanaman. Kalau masa dulu di kampung, mana ada baja atau bahan yang diproses siap untuk menyuburkan pokok bunga. Jadi cara biasa ialah dengan menggunakan air basuh beras, ikan atau menggunakan najis haiwan ternakan seperti ayam.
Namun, ada satu cara lagi iaitu menjadikan sisa tumbuhan sebagai bahan utama untuk menyuburkan pokok. Mudah, sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.
Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering kerana jika tidak mungkin jiran atau ahli keluarga kurang senang dengan baunya.
Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.
Bagi mendapat tahu jika air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.
Tanpa wang, anda boleh menyuburkan tanaman anda dengan sendirinya berdasarkan cara ‘orang lama’...Selamat mencuba!
Tanpa wang, anda boleh menyuburkan tanaman anda dengan sendirinya berdasarkan cara ‘orang lama’...Selamat mencuba!