2. Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.


3. Sediakan raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.

4. Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.
Nota :
Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari .
Jika disemai kemudian dipindah, baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.
.Jika disemai kemudian dipindah, baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.

5. Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.

6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.