Inkubator adalah sebuah mesin yang
direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia
mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan
keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.
Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.
MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?
- Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
- Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
- Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
- Ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya dapat dikurangkan.
- Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
- Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.
PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN
SUHU INKUBATOR YANG DISYORKAN
TEMPOH MASA
Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.
PANDUAN MENGGUNAKAN FORCED-AIR INCUBATOR
PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING
sumber di sini