_

Friday, April 17, 2009

RACUN PEROSAK: LABEL

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat. Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak. Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas.

Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Pengkelasan Racun Perosak

Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-

Pita Warna Kelas Racun

Siri Label
Warna Label
Keterangan
Ia Hitam Beracun - Amat Bisa
Ib Merah Beracun - Bisa
II Kuning Beracun
III Biru Berbahaya
IV Putih Berbahaya

Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman

Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.

Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan Kesihatan Badan Anda?

Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi.

Langkah-Langkah Keselamatan

Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan racun perosak.