Sunday, January 22, 2012
PENGKOMPOSAN SISA PEPEJAL ORGANIK
Kaedah ini tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah sisa buangan pepejal tetapi ia mampu mengalihkan sejumlah sisa buangan terutama sisa organik dari tempat pelupusan sampah dan dengan itu mengurangkan masalah sisa organik.
Bahan organik pepejal yang menjadi bahan paling banyak dibuang boleh digunakan sebagai substrat kepada beberapa makro dan mikro-organisma untuk ditukarkan kepada baja organik yang boleh diguna-kan oleh tumbuhan sebagai nutrien dan meningkatkan kesuburan tanah. Dalam hal ini, sisa buangan yang terdiri daripada sampah sarap organik merupakan sumber makanan kepada bakteria, kulat, aktino-miset, serangga dan cacing tanah yang bersama-sama mengambil bahagian dalam pengkomposan bahan-bahan organik.
Beberapa kaedah pengkomposan telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Pengkomposan bermaksud penurunan secara biologi bahan organik kepada humus. Apabila tumbuhan atau haiwan mati ia akan menjadi bahan nutrien kepada makro dan mikroorganisma, dan akhirnya menjadi tanah semula. Pada zaman dahulu manusia menggunakan semula sampah sarap pertanian mereka dengan cara mengkompos.
Pengkomposan ialah suatu proses dinamik yang berlaku perlahan- lahan atau cepat. Pengkomposan boleh dijalankan secara pasif atau aktif. Sisa tumbuhan dan haiwan mati yang dibiarkan beberapa lama akan mengkompos secara semula jadi. Ini disebut sebagai pengkomposan pasif kerana berlaku tanpa memerlukan banyak penjagaan. Kompos pasif mungkin mengambil masa 6–10 bulan untuk terbentuk sepenuhnya. Pengkomposan aktif boleh mengambil masa yang singkat, iaitu antara 2–4 minggu. Kaedah ini memerlukan beberapa faktor, iaitu:
1. pengudaraan dengan membalik-balikkan timbunan kompos,
2. kelembapan,
3. nisbah karbon dengan nitrogen (C:N) yang sesuai, dan
4. ketiga-tiga faktor di atas menentukan suhu yang sesuai (suhu yang tinggi) untuk mempercepatkan penguraian, iaitu suhu antara 45–70°C.
Pengkomposan jenis ketiga ialah kaedah vermikultur atau pemeliha-raan spesies cacing tanah tertentu untuk memakan sampah sarap organik. Vermikultur amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai lapangan yang luas. Aktiviti vermikultur boleh dilakukan di dalam atau di luar rumah sama ada secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran. Keadaan persekitaran, cuaca dan suhu di Malaysia amat sesuai untuk ternakan dan aktiviti vermikultur.
OBJEKTIF
Objektif utama projek vermikultur ialah menawarkan suatu kaedah alternatif pelupusan sampah sarap organik dengan hasil akhir yang boleh dikomersialkan, iaitu baja organik/kondisioner tanah, pestisid semula jadi dan biojisim (biomass) cacing.
TEKNOLOGI VERMIKULTUR
Kaedah Vermikultur
Vermi berasal daripada bahasa Latin bermaksud cacing. Vermikultur ialah proses pelupusan sampah sarap menggunakan cacing tanah untuk memakan sisa buangan organik pepejal dan menukarkannya kepada baja organik yang disebut vermikas atau najis cacing.
Kaedah vermikultur telah pun dijalankan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan belum dipraktikkan dengan begitu meluas. Negara China misalnya menternak dan menggunakan cacing tanah dalam banyak bidang perubatan tradisional, iaitu untuk bahan farmaseutikal dan kosmetik. Di India terdapat beberapa kampung yang terletak di bahagian Selatan India mengamalkan vermikultur untuk membaja tanaman mereka.
Cuba pula merupakan sebuah negara yang menjadi mangsa sekatan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat selepas perpecahan kerajaan Rusia. Cuba masih bertahan sebagai sebuah negara pertanian terutama dalam pengeluaran komoditi gula kerana kekurangan import baja kimia telah dapat diatasi dengan penggunaan baja organik yang disediakan melalui teknik vermikultur. Beberapa bandar di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia menggunakan vermikultur untuk melupus sisa buangan organik bandaran. Di New Zealand, kaedah vermikultur digunakan untuk memperbaiki hasil anggur yang digunakan untuk membuat wain. Di Korea, teknik vermikultur telah digunakan oleh sebuah syarikat untuk menstabilkan sisa biopepejal najis manusia. Oleh kerana potensi yang baik ini maka negara kita tidak harus ketinggalan dalam memperluaskan kajian dan penggunaan teknologi vermikultur ini.
Cacing Vermikultur
Beberapa spesies cacing tanah telah digunakan untuk tujuan vermikultur. Spesies paling popular ialah cacing belang atau cacing harimau Eisenia foetida, cacing merah atau cacing najis Lumbricus rubellus, dan Amynthas gracilis. Cacing tanah yang biasa kita lihat atau cacing taman atau cacing padang ialah jenis cacing yang tinggal di dalam tanah dengan membina terowong dan lubang-lubang dalam tanah. Cacing ini tidak sesuai untuk tujuan penghasilan vermikas.
Cacing harimau atau cacing merah biasanya tinggal dalam najis, timbunan kompos dan bahan tumbuhan yang kaya dengan bahan organik. Bahan organik yang dimakan akan melalui bahagian prostomium, iaitu struktur seperti mulut yang dapat memegang makanan (lihat gambar 1). Bahagian farinks boleh dijulur keluar bagi menolak makanan ke dalam sistem penghadaman cacing. Cacing tanah tidak bergigi, oleh itu makanan diselaputi oleh air liur yang menjadikannya lembut dan mudah dihadam. Makanan diambil oleh bahagian prostomium yang berbentuk seperti bibir yang terbalik, yang mengambil makanan untuk dimasukkan ke dalam salur penghadaman di dalam badan. Selepas ditelan, makanan bergerak ke esofagus ke dalam perut dan akhirnya ke dalam gizard atau hempedal.
Di dalam hempedal cacing, terdapat batu-batu halus yang mengisar makanan. Makanan yang telah dikisar bergerak ke usus yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran cacing tersebut. Di akhir usus ialah dubur yang berfungsi mengeluarkan kasting atau najis cacing. Dalam masa 24 jam, 1 kg cacing berupaya memakan 1 kg sampah dan menghasilkan lebih kurang 350 g vermikas, iaitu sepertiga jumlah yang dimakan.
Gambar 1. Bahagian paling anterior ialah struktur prostomium yang berfungsi seperti mulut, iaitu menolak dan mengambil makanan untuk ditelan.
Cacing tidak mempunyai mata atau telinga tetapi sangat sensitif terhadap getaran atau gegaran pada tempat pengkompos. Ia juga sangat sensitif terhadap cahaya. Cahaya ultralembayung boleh memudaratkan cacing. Pendedahan selama satu jam di bawah matahari yang cerah boleh menyebabkan lumpuh separa atau sepenuhnya. Beberapa jam pendedahan pula boleh membawa maut.
Cacing bernafas melalui kulitnya yang sentiasa lembab. Oksigen diserap oleh lembapan kulit dan diangkut ke dalam kapilari tubuh cacing. Keadaan tempat ternakan yang tergenang dengan air
memudaratkan cacing dan menyebabkan ia lemas kerana keadaan anaerob.
Faedah Vermikas
Vermikas mengandungi humus semula jadi yang mendatangkan faedah kepada tumbuhan seperti berikut:
1. Mampu bertindak sebagai penampan keasidan tanah. Kehadiran-nya mengimbangi pH melampau, iaitu vermikas mampu meningkatkan ketersediaan nutrien tanah untuk tumbuhan.
2. Berfungsi sebagai pemerangkap toksin dalam tanah. Humus mempunyai kemampuan untuk memerangkap logam berat atau menetapkan logam berat seperti yang terdapat dalam najis manusia, najis haiwan, sisa tumbuhan dan gambut. Menghalang tumbuhan daripada menyerap logam berat tersebut secara berlebihan.
3. Vermikas bertindak sebagai perangsang pertumbuhan. Asid humik yang terkandung dalam vermikas mampu merangsang pertumbuhan tanaman seperti barli, tomato, kentang dan gandum.
4. Selain berfungsi sebagai humus, vermikas juga mampu membe-kalkan nutrien tumbuhan. Vermikas biasanya mengandungi lebih banyak kandungan nutrien berbanding kompos biasa. Walaupun kandungan nutrien major seperti N, P dan K lebih rendah berbanding baja kimia tetapi kaya dengan kandungan minor dan unsur surih yang dapat memberi keseimbangan nutrien kepada tumbuhan.
5. Penghasilan vermikas melalui sistem vermikultur mampu mengurangkan pembuangan sisa organik ke tempat pelupusan sampah yang hampir penuh. Projek vermikas mampu mengu-rangkan sisa betul-betul pada punca sisa itu terhasil seperti sisa rumah tangga atau pertanian tanpa perlu memisahkan kategori peringkat yang berikutnya.
6. Kenyataan Eastman (1999) menunjukkan bilangan cacing pita Ascaris sp. menurun sehingga 48% selepas 72 jam rawatan vermikultur sementara kawalan, iaitu rawatan tanah, tidak menunjukkan sebarang penurunan. Salmonella sp. menurun sebanyak 99% selepas 72 jam proses vermikultur sementara kawalan rawatan tanah menurun sebanyak 93%. Koliform najis juga menurun sebanyak 99% dengan kawalan menurun sebanyak 20% sahaja. Bukti ini menunjukkan proses vermikultur mampu menurun dan menstabilkan jumlah bilangan patogen E. coli, Salmonella, dan telur helmin pembawa penyakit seperti Ascaris.
Kitar Hidup dan Pembiakan
Biasanya cacing tanah hidup pada julat suhu yang agak luas, iaitu 18–30°C. Cacing bersifat hermaprodit, iaitu memiliki kedua-dua organ seksual jantan dan betina dalam satu individu. Telur daripada ovum seekor cacing disenyawakan oleh sperma daripada cacing pasangan pembiakannya. Dalam keadaan yang sempurna seekor cacing dewasa boleh menghasikan sebutir kokun setiap 7–10 hari. Semasa bersenyawa, dua ekor cacing yang sama saiz boleh berpasangan untuk mengeluarkan telur dan mensenyawakan telur dengan sperma.
Eisenia foetida juga dikenali sebagai cacing harimau, cacing belang atau cacing bawang putih kerana lendir yang berbau bawang putih. Warna badan ialah coklat tua dengan belang kuning yang jelas kelihatan (gambar 2). Panjang badan mencapai 75 mm. Cacing dewasa mempunyai struktur klitelum yang terletak pada pada segmen 26–32 dan membengkak (gambar 3).
Sebuah tiub yang berada pada bahagian klitelum cacing dewasa mengeluarkan mukus atau lendir. Lendir ini membungkus telur-telur yang telah tersenyawa lalu membentuk suatu struktur yang dipanggil kokun. Kokun merupakan sebuah kapsul yang mengandungi antara 4–20 biji telur di dalamnya. Terdapat suatu liang pada satu hujung kokun. Liang ini merupakan tempat anak cacing keluar selepas menetas. Anak cacing boleh masuk semula ke dalam kapsul apabila keadaan persekitarannya tidak sesuai.
Gambar 2. Menunjukkan morfologi cacing belang yang berwarna merah keperangan dengan belang kuning pada segmen.
Gambar 3. Struktur klitelum pada cacing dewasa
Kokun atau kapsul yang mengandungi telur Eisenia foetida berukuran lebih kurang 2 × 1.5 mm dan berbentuk bujur (gambar 3). Warna kokun berubah daripada coklat terang kepada coklat gelap apabila hampir menetas. Sebutir kokun mempunyai lebih kurang 4–20 biji telur dan menghasilkan 2–4 anak. Apabila menetas anak cacing keluar dari hujung liang terbuka pada kokun (gambar 4, 5 dan 6). Anak cacing menjadi dewasa selepas 60–90 hari.
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Nota: Gambar 4, 5 dan 6. Anak cacing keluar dari liang pada satu hujung kokun
Anak cacing yang baru keluar berwarna putih (gambar 7). Pertukaran warna dari putih ke merah berlaku pada anak cacing sehingga menjadi perang apabila dewasa (gambar 8 dan 9). Cacing dewasa berwarna perang gelap dengan belang kuning dan pembentukan klitelum, iaitu struktur membengkak yang menempatkan organ seksual matang cacing tanah (gambar 2, 3 dan 9).
Gambar 7. Anak cacing berumur sehari masih berwarna putih
Gambar 8. Anak cacing berumur seminggu berwarna merah
Gambar 9. Cacing yang lebih matang berwarna merah keperangan dengan belang kuning pada segmen
Kawalan Populasi
Saiz populasi bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:
1. Kehadiran makanan.
2. Keperluan ruang yang mencukupi.
3. Keracunan persekitaran.
Apabila makanan diberikan dalam keadaan ruang yang terhad maka cacing akan makan makanan tersebut dan menghancurkannya bersama-sama dengan bakteria dan kulat pengurai. Sebahagian kecil makanan yang dihadamkan oleh cacing digunakan untuk tenaga dan protein badan untuk membesar dan hidup, manakala sebahagian besar dinyahtinjakan sebagai najis. Anak cacing dan cacing dewasa bersaing untuk mendapatkan makanan dan kesemuanya menghasilkan najis. Lama-kelamaan najis akan banyak terkumpul. Timbunan najis yang terkumpul selepas kira-kira 8 bulan boleh dituai dan digunakan terus untuk tanaman.
Bekas Memelihara Cacing
Tong kayu, bekas plastik terbuang, sinki lama, peti kayu boleh digunakan untuk memelihara cacing tanah. Gambar 10–18 menunjukkan beberapa jenis bekas yang telah digunakan. Gambar 12 pula menunjukkan kaedah gantung yang boleh dilakukan untuk tempat atau ruang yang terhad. Gantungan boleh diikat pada dahan pokok atau di mana sahaja. Kreativiti tersendiri boleh digunakan untuk tujuan ini.
Gambar 10. Bekas 1 m × 1 m × 30 cm sesuai untuk sampah yang agak banyak
Gambar 11. Bekas fiberglas 2 m × 1 m × 30 cm juga boleh digunakan untuk menternak cacing tanah di luar rumah atau di bawah tangga
Gambar 12. Ternakan atau vermikultur juga sesuai jika dibungkus dalam net dan digantung
Gambar 13. Bekas vermikultur dari kotak stirofom sesuai untuk diletak di bawah sinki
Gambar 14. Bekas sinki terbuang juga mampu digunakan untuk vermikultur
Gambar 15. Vermikultur dalam guni lembap boleh diletakkan di dalam bekas di bawah pokok atau di dalam stor
Gambar 16. Tong air muatan 60 gelen sesuai untuk sampah halaman atau sisa organik yang banyak
Gambar 17. Laci kayu yang dibuang boleh digunakan semula sebagai bekas vermikultur
Gambar 18. Bekas plastik disusun ke atas untuk menjimatkan ruang sesuai untuk vermikultur dalam rumah/dapur
Bekas-bekas tersebut juga boleh diletakkan di luar atau di dalam rumah bergantung pada kehendak pengguna. Oleh kerana tabiat cacing pengkompos yang memakan sisa bahan organik pada bahagian atas tanah, maka tong-tong ternakan tersebut perlu dalam keadaan aerobik, iaitu dengan kedalaman tidak melebihi 30 cm. Ini untuk memastikan keadaan anaerobik boleh dihindarkan.
Panjang atau lebar tong bergantung pada keperluan sama ada untuk sampah kebun, taman atau sampah dapur. Untuk sampah dapur kiraan jumlah sisa terbuang dihasilkan bagi setiap hari menentukan ukuran bekas pemeliharaan tersebut. Saranan terbaik ialah bekas 30 cm × 30 cm × 30 cm untuk setengah kilo sampah.
Tong kayu lebih baik berbanding plastik kerana lebih mudah “bernafas”. Plastik perlu dibuatkan lubang-lubang pada dasar, sisi dan penutup untuk membolehkan pengudaraan air yang secukupnya. Bekas memelihara cacing mesti dibersihkan daripada bahan kimia atau pestisid sebelum digunakan. Air lelehan daripada bekas pemeliharaan boleh ditampung dengan bekas lain dan digunakan sebagai baja cecair bagi kegunaan tumbuhan.
Bekas memelihara cacing harus ditutup untuk mengelakkan cahaya daripada masuk kerana cacing tanah gemar kepada keadaan gelap. Bekas juga harus tertutup bagi mengelakkan pemangsa daripada memakannya.
Pemberian Makanan
Hanya makanan organik sahaja yang sesuai untuk cacing tanah. Hindari daripada memberi makan plastik, kaca atau logam kerana cacing mungkin mati tercekik. Gambar 19 dan 21 menunjukkan beberapa media/sisa organik yang sesuai untuk ternakan vermikultur. Makanan ditambah secara menimbus di beberapa bahagian pada satu- satu masa. Mengisar sisa organik terlebih dahulu sebelum memberi makan boleh mempercepatkan proses makan dan penghasilan vermikas. Vermikas yang telah terhasil berwarna hitam, peroi, kaya humus dan telah hilang sifat asal sisa organik (gambar 22).
Gambar 19. Surat khabar lama yang telah dicarik sesuai menjadi makanan cacing tanah
Gambar 20. Rumput kering atau jerami padi juga sesuai sebagai media/makanan cacing tanah
Gambar 21. Sisa organik dari halaman, dapur, surat khabar lama sebagai bahan mentah/makanan cacing tanah
Gambar 22. Sisa organik yang diberi makan kepada cacing tanah bertukar menjadi baja organik yang berwarna hitam, kaya dengan humus dan nutrien tumbuhan
Sisa makanan boleh diberikan sekurang-kurangnya selama 2–3 bulan atau sehingga makanan bertukar menjadi vermikas. Tuaian cacing dan vermikas boleh dilakukan selepas itu dan kemudian bekas diisi lagi dengan bahan makanan.
Bekas ternakan tidak boleh dibiarkan terlalu padat dengan makanan untuk mengelakkan masalah bau busuk yang terbit kerana keadaan anaerobik. Petanda terbaik ialah bau. Bau busuk yang tidak menyenangkan, iaitu bau sampah mereput menandakan terlalu banyak makanan maka kekerapan memberi makan harus dikurangkan sementara waktu. Bekas juga harus sentiasa dibiarkan dalam keadaan lembap tetapi tidak terendam air. Makanan boleh ditimbuskan atau ditutup dengan daun kering, daun pisang, surat khabar lama atau kertas kotak untuk mengelakkan lalat rumah atau lalat najis bertelur dan menetas menjadi ulat.
Kawalan Suhu, Kelembapan dan Teduhan
Suhu bekas ternakan tidak boleh melebihi 30°C. Teduhan daripada hujan dan panas dengan bumbung atau penutup bekas dapat menurunkan suhu persekitaran sehingga 2–3°C. Daun kering, kepingan surat khabar lama, kertas kotak atau daun pisang boleh diletakkan untuk membantu menurunkan suhu persekitaran luar.
Penyiraman dengan air hanya perlu dilakukan jika bahan makanan menjadi kering. Untuk sisa dapur, penyiraman mungkin tidak perlu dilakukan kerana media yang semula jadi basah.
Tuaian Vermikas dan Cacing
Terdapat beberapa kaedah tuaian cacing dan vermikas seperti berikut:
1. Bubuh vermikas dan cacing ke sebelah bahagian bekas dan letak makanan pada sebelah yang satu lagi. Cacing pada sebelah vermikas akan bergerak ke arah punca makanan dengan ini vermikas boleh dituai.
2. Cara kedua ialah dengan meletakkan selapisan jaring di atas vermikas dan cacing. Makanan dibubuh di atas jaring tersebut. Cacing akan pergi ke tempat punca makanan di atas jaring dan dengan itu jaring boleh diangkat keluar dengan vermikas berada di bahagian bawah jaring.
3. Kompos disinari cahaya yang kuat atau diletak di bawah cahaya matahari yang cerah. Apabila cacing turun ke bawah maka vermikas di bahagian atas boleh dituai. Seterusnya dilakukan sehingga hanya cacing sahaja yang tinggal.
Menggunakan Vermikas
Berbeza dengan najis-najis haiwan lain, najis cacing tidak termasuk dalam kategori najis panas maka ia boleh digunakan sebaik sahaja tuaian diperoleh. Vermikas amat sesuai terutama untuk anak benih
tanaman memulakan hidup. Terdapat beberapa kaedah penggunaan vermikas seperti berikut:
1. Vermikas boleh digunakan untuk penyediaan media percambahan biji benih dengan campuran media percambahan biasa sebanyak 15%.
2. Vermikas digunakan seperti kompos dengan digaulkan selapisan nipis lebih kurang 1–2 cm vermikas di bahagian atas permukaan. Vermikas boleh digaul dengan media tanaman atau dibiarkan di bahagian atas tanah sebagai sungkupan. Siraman air akan melarutkan nutrien yang boleh diserap oleh akar tumbuhan.
3. Sebanyak 15% vermikas digunakan untuk penyediaan campuran media untuk anak benih yang baru bertumbuh. Vermikas sahaja tidak sesuai digunakan sebagai media penanaman.
4. Teh vermikas sesuai digunakan sebagai baja cecair. Campuran yang disarankan ialah dua sudu makan vermikas dengan satu liter air dibiarkan selama sehari dengan sentiasa digoncangkan. Digunakan sebagai renjisan ke atas tanaman. Teh vermikas juga boleh dikumpulkan dari tempat lelehan tong ternakan cacing tanah (gambar 23).
5. Semasa mengubah anak benih, akar anak pokok biasanya terdedah maka teh vermikas boleh disiram atau dicelup beberapa saat sebelum diubah ke tapak tanaman. Teh vermikas boleh membantu mengelakkan kejutan tanaman yang diubah ke tempat tanaman.
6. Untuk memperoleh faedah yang maksimum, vermikas harus disimpan dalam bekas yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak dibiarkan mengering.
Gambar 23. Lelehan dari tong atau bekas verikultur dikumpulkan dan digunakan sebagai pestisid semula jadi dan baja cair
MASALAH VERMIKULTUR
Terdapat beberapa haiwan seperti serangga yang menduduki bekas pemeliharaan cacing ini. Kebanyakan serangga tersebut bersama-sama dengan kehadiran mikroorganisma dan cacing, mengurai bahan organik membentuk komponen yang lebih ringkas. Beberapa haiwan pengacau dan pemangsa harus diberi perhatian. Lalat buah memang menjadi suatu masalah biasa, walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan kehidupan cacing tanah. Lalat rumah, lalat najis dan larva boleh diatasi dengan menutup bekas sama ada dengan guni, daun kelapa, daun pisang atau surat khabar lama.
Lipan boleh menyengat dan membunuh cacing melalui sengatan, maka ia harus dihindarkan. Oleh kerana lipan ialah sejenis haiwan teritorial, maka jika ia dihapuskan mungkin tiada lagi lipan lain yang berhampiran teritorinya. Cicak juga suka memakan cacing terutama anak dan telur cacing. Bekas yang terlalu basah menarik kutu cacing maka kelembapan sekitar 60–70% adalah terbaik. Jika bekas terlalu panas maka cacing akan bergumpal dan naik keluar dari bekas. Sesuai atau tidak sesuai boleh ditentukan dengan kelakuan cacing tersebut.
Sekiranya bekas ternakan hanya mempunyai cacing dewasa sahaja tanpa pertambahan bilangan selepas 3–4 bulan ini menandakan telur dan anak cacing telah dimakan oleh pemangsa.
Haiwan-haiwan lain seperti burung, ayam, dan tikus juga suka mengganggu tempat ternakan dan memakan cacing. Kehadiran musuh cacing boleh dihindari dengan menutup bekas tersebut dengan menggunakan penutup berlubang kecil.
Peringatan
Cacing tanah ialah makhluk hidup yang mempunyai keperluan tersendiri yang unik. Keadaan persekitaran yang sesuai membolehkan ia hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Keadaan persekitaran yang sempurna dapat dilihat apabila cacing makan dengan baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk naik ke atas, migrasi, bergumpal, keluar dari bekas atau berbau busuk. Cacing juga sensitif kepada getaran maka gangguan habitatnya perlu dihindarkan.
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
kepada blogger dan pembaca senyap yang berbangsa cina.
ANTARA KESILAPAN DALAM PERNIAGAAN KECIL
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada ‘Mastermind’
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
STRATEGI PEMASARAN
Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran.
Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:
Product |
Price |
Place |
Promotion |
- Variety - Quality - Design - Features - Brand name - Packaging - Sizes - Service/support - Returns/benefits - Warranties
| - List price - Discounts - Allowances - Payment period - Credit terms | - Channel - Coverage - Assortments - Location - Inventory - Logistics - Service level | - Sale promotion - Advertisement - Personal selling - Public relations - Message - Media - Budget |
Product: Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.
Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan.
Di peringkat awalnya, strategi produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand, persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu (spt. PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal menggunakan produk yang ditawarkan.
Price: Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik.
Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza.
Kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk.
Place. Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.
Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.
Promotion. Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.
Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.
Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.
Sementara itu, sebagai tambahan kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran sedia ada iaitu People, Process dan Physical Evidence. Penerangan ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut:
People: Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan, kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran.
Process: Proses / aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk memasukkan unsur ‘process’ ini kedalam strategi pemasarannya.
Physical Evidence: Kebolehan dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.
Strategi pemasaran 4 P boleh dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN BERKESAN
Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran boleh dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan, antaranya mengambil kira faktor berikut:
* Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
* Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
* Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
* Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
* Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
* Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
* Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
* Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.
Tuesday, January 17, 2012
TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR
Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.
Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.
Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem
Pertanian
3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :-
- Tahap primitif dan sara diri
- dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional
- kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi
- berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan
- tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain
- aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien
- pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama
- kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani
- tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa
- keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting.
- kepelbagaian dari segi saiz dan amalan – dari penanaman secara intensif buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan ‘economi scale’
- tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar
Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi
Pertanian
Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :-
- Persepsi petani
- Peluang yang ada
- Had dan Batasan
- Sosial dan ekonomi
- Kemungkinan untuk masa hadapan
Halangan-halangan sosial :-
- Tahap pengetahuan dan pendidikan petani
- Status sosial dan kesenangan
- Cara pemilikan tanah
- Budaya
- Kekurangan makanan
- Ketiadaan visi/wawasan
Masalah Pemilikan Tanah
Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :-
- jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan
- pembesaran/penambahan pelaburan terhad
- petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang
- jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya
- kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut
- penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.
Masalah Pemasaran Hasil Pertanian
- Ketidakstabilan harga
- oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan
2. Penawaran dan Permintaan bermusim
- Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan
3. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
- Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.
- Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.
- Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
- Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan
Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar
Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.
Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-
- perubahan teknologi dan innovasi
- polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
- institusi sokongan sosial
- Pemulihan tanah (land reform)
- Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)
Teknologi dan Innovasi
- Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti.
- Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah :
- pengenalan peralatan mekanisasi
- kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia)
- Peralatan mekanisasi – untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas
- Masalah – kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar.
- Innovasi dan teknologi kedua – membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden.
- Kemajuan ini bersifat ‘scale-neutral’ iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin.
Polisi dan Insentif
- Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian dalam strategi pembangunan nasional
- Polisi harga komoditi pertanian – kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa berubah-ubah juga boleh merugikan petani.
- Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian, infrastruktur dan teknologi
- Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa insentif yang diperlukan, peluang-peluang ekonomi dan ketersampaian kepada input yang diperlukan.
- Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan pengembangan.
Institusi
- Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan perkhidmatan sokongan kerajaan
- Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh
Pemulihan Tanah
- Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan masyarakat tani
- Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar bandar yang tidak seimbang
- Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak milik dan penggunaan tanah.
- Myrdal – ‘land reform’ merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Sekiranya program ‘land reform’ dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan, peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat dibangunkan.
Pembangunan Bersepadu
- Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan sektor pertanian merangkumi usaha-usaha
- meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan
- mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar
- keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa (pembangunan mampan)
Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia
- isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ‘ageing labour’, pendidikan dan latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing
- perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain
- tahap pelaburan swasta yang rendah
- globalisasi dan keterbukaan ekonomi
- kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan bersaing di pasaran antarabangsa
- persaingan antara-sektor mendapatkan sumber yang terhad
- penggunaan tanah yang optimal
- pembangunan teknologi dan R&D
- penghakisan kelebihan bandingan dan daya boleh saing akibat meningkatnya pengeluar berkos rendah di negara-negara jiran
- Food security – yang mencukupi, berkualiti dan selamat
- Alam sekitar dan kelestarian sektor pertanian
sumber disini
SEKS DAN KECANTIKAN MELALUI MANGGA
Ramai orang pasti telah merasai keenakan dan kemanisan buah mangga. Buah yang asalnya dari India dan banyak ditanam di Malaysia ini sangat digemari bukan hanya oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga.
Tetapi pernahkah kita terfikir tentang kelebihan atau manfaat yang ada pada buah yang isinya enak dan berwarna oren kekuning-kuningan ini untuk kesihatan secara keseluruhan. Berikut disenaraikan beberapa manfaat kesihatan dan buah yang dikenali dengan nama saintifik Mangifera Indica:
Kesihatan mata
Selain kaya dengan vitamin C, buah mangga memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Satu mangkuk hirisan mangga mengandungi sekurang-kurangnya 25 peratus keperluan harian vitamin A. Penyelidikan menunjukkan bahawa mangga berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.
Pencernaan
Mangga mempunya enzim pencernaan yang dapat membantu pemecahan protein serta membantu proses pencernaan. Ini memang diakui tanpa memberatkan fikiran kita bagaimana mekanisme atau sains di sebalik proses tersebut. Cukup dengan hanya memakan mangga kita akan tahu keberkesanan proses pencernaanya. Buah ini mengandungi enzim yang menenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.
Kelancaran hubungan seks
Kandungan vitamin E dalam buah mangga dikatakan dapat meningkatkan dorongan seks seseorang dengan mengatur semula hormon seks di dalam tubuh.
Meningkatkan memori
Buah mangga mempunyai kandungan jumlah asid glutamik yang cukup. Menurut kajian gabungan ini sangat bermanfaat khususnya untuk meningkatkan daya ingatan.
Kulit lembut dan cerah
Bagi yang prihatin terhadap kesihatan, buah mangga adalah pilihan terbaik. Mengambil mangga sebagai diet dapat membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat. Menurut satu rencana kesihatan dan kecantikan, menyapu kulit mangga ke wajah selama lebih kurang 10 minit setiap hari dapat mengeluarkan kotoran dari pori-pori yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan jerawat yang merupakan masalah kesihatan kulit muka yang paling tidak disenangi oleh golongan yang mementingkan seri wajah.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEKTOR PERTANIAN
Walaupun statistik kemalangan industri pada masa kini lebih ketara di sektor perindustrian dan pembuatan berbanding sektor pertanian, aspek keselamatan dan kesihatan di dalam sektor tersebut tidak boleh diabaikan.
Di antara potensi hazad yang wujud di sektor pertanian:
i) Mesin bermotor dan peralatan elektrik pertanian
Penggunaan mesin dan peralatan pertanian yang tidak selamat boleh mengakibatkan:
a) Luka akibat terkena pisau pemotong seperti dari peralatan mesin penuaian
b) Renjatan elektrik atau kecederaan anggota badan akibat pendawaian yang tidak sempurna atau rosak pada peralatan elektrik pertanian.
c) Kecederaan anggota badan seperti jari tersepit di celah-celah pergerakan roda tali sawat atau sistem “gearing” mesin semasa kerja pembaikan mesin sedang dilakukan ataupun terlanggar oleh mesin pertanian yang bergerak.
ii) Bahan kimia pertanian
a) Kecederaan pada mata akibat terkena semburan bahan kimia pertanian yang merbahaya, contohnya racun rumpai.
b) Masalah “skin irritation” akibat semburan bahan kimia pertanian pada kulit. Masalah kulit gatal serta kanser kulit mungkin lebih ketara apabila pekerja telah terdedah kepada bahan tersebut dalam tempoh masa yang lama dan memberi kesan kronik pada pekerja
c) Masalah pernafasan ataupun yang berkaitan akibat kerap terdedah kepada bahan pertanian kimia merbahaya, contohnya menyembur racun serangga perosak di dalam ladang tanpa PPE yang sesuai
iii) Masalah “heat stress”
a) Petani atau pekerja ladang yang terdedah kepada kepanasan matahari yang berterusan mengakibatkan pekerja mungkin pengsan akibat badan kekurangan air serta kawalan suhu dalaman badan yang tidak stabil
iv) Masalah ancaman haiwan merbahaya
a) Keselamatan pekerja di sektor pertanian turut boleh diancam oleh contohnya seperti ancaman patukan ular.
Untuk mengurang serta mengelak masalah tahap hazad di sektor pertanian, berikut adalah cadangan-cadangan langkah kawalan:
i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi. Ini termasuklah memastikan:
a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling maintenance)
b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Untuk mesin-mesin pertanian seperti mesin membajak yang telah rosak dan perlu diperbaiki, tanda amaran perlu digantung pada mesin-mesin tersebut untuk mengelakkan dari diguna oleh pengguna lain.
c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah sahaja. Kadang kala, kemalangan industri boleh berlaku berikutan daripada mereka yang tidak berkelayakan tetapi cuba memperbaiki peralatan yang rosak.
d) Sebelum menggunakan samada peralatan elektrik atau mesin-mesin pertanian seperti jentera membajak atau menuai, cuba memeriksa semula keadaaan mesin tersebut sebelum mengoperasikan mesin. Bantuan “check-list” dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin.
ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja. Aspek lain yang berkaitan termasuklah:
a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan respirator serta “face shield” yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai.
b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja dan dapat melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut.
c) Pekerja perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul boleh merbahayakan kesihatan pekerja. Pekerja turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang sudah rosak perlulah ditukar.
iii) Khususnya untuk peladang atau petani yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang panas terik, pengurusan jadual pekerja boleh dipraktikkan.
a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work Schedule). Maka, pekerja yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja terik panas boleh diurus dengan lebih berkesan. (Cara ini adalah lebih sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau pertanian yang besar)
b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat seketika di tempat pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman air bersih atau pekerja boleh membawa minuman air sendiri untuk menyejukan badan semasa kerja di kawasan pertanian yang panas terik.
c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah terus kepada panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah “heat stress”
iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang sesuai semasa kerja penyemburan racun pertanian, pemakaian “safety boot” atau “rubber boot” yang sesuai dapat mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular
Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain, masing-masing mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja dan majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
oleh: Lim Tian Poh