_

Thursday, March 17, 2011

Jualan Produk IKS Agrotani di Pusat Jualan (UGC), TPU, UPM

Program ini membantu pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memperluaskan pasaran dan mempertingkatkan hasil jualan mereka di UPM. Pengusaha yang mengikuti program ini dipilih berdasarkan kualiti dan keunikan produk serta potensi untuk dikembangkan. Di antara jenis produk yang dicadangkan ialah produk sejuk beku; produk makanan kering (kuih-muih, kerepek, coklat dan lain-lain), produk kraftangan; minuman dan kordial; buah- buahan segar; daging segar (puyuh, lembu, kambing, dan lain-lain); hasil bakeri seperti roti, pizza, muffin, kek dan lain-lain. Bagi tujuan peningkatan mutu dan pembungkusan produk, pengusaha ini diberikan khidmat nasihat dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan.

Pengusaha yang terlibat adalah di kalangan peserta kursus yang pernah menghadiri kursus anjuran APEEC, UPM terdiri daripada belia, graduan, ibu tunggal, kaum wanita dan pengusaha IKS.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk berkenaan bolehlah berhubung terus dengan Pusat Jualan (UGC) atau APEEC di talian 03-89471817.


"Belilah Produk Buatan Malaysia" dan sokonglah industri kecil sederhana (IKS)