_

Wednesday, August 12, 2009

AYAM KAMPUNG


PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah wujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.


TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG


Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
  • Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh.
  • Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
sistem lantai atas

sistem lantai bawah
  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  • gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN
  • Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram


PEMBIAKAN
  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
  • Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
  • Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain