_

Monday, August 31, 2009

BURUNG WALET

PENGENALAN


Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

Hasil dari penternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat untuk kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

PERLADANGAN BURUNG WALET


Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

  • Penutupan pintu dan tingkap
  • Pembinaan lubang pengudaraan
  • Penyediaan pintu masuk
  • Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
  • Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
  • Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang stabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walet sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

PEMBINAAN RUMAH BURUNG

Mengikut buku "Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

  • Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  • Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

PEMILIHAN LOKASI

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

  • Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
  • Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
  • Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
  • Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Material

Spesifikasi

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran

Player Mp3 dan Amplifier

Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Water Spry

Water spry perlu untuk menarik minat wallet.

Penyukat Suhu & Kelembapan

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.


Sarang Tiruan

Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang

Speaker Utama

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.

Tweeter

Satu set mengandungi 10 unit untuk yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.


ANCAMAN MUSUH DAN CARA MENCEGAH

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

Musuh dan Penyakit

Cadangan Atasi

1. Tikus

  • Tikus memakan telur, anak burung walit bahkan sarangnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan persekitaran rumah walet

Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus.

2. Burung Hantu dan Helang

  • Memakan burung layang-layang.

Pasang perangkap elektrik atau tangkap dan pindahkan

3. Semut

  • Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur.

Cara pencegahan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.

4. Cicak dan biawak pasir

  • Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.

Cara pencegahan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan ditutup.


TUAIAN HASIL

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.

Cara buang telur iaitu setelah Walet bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walet. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walet terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

RANCANGAN KEWANGAN

A. MODAL PERMULAAN*
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)

*kesemua alatan perlu merujuk kepada harga semasa. Harga yang dipaparkan hanya sebagai contoh sahaja

1. Bangunan dan kelengkapan/material

a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00

b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00

c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00

d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00

JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00

Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 1,500 - (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,00 - (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 - RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 - RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 - RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 - RM 49,600.00 = RM107,400.00

Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.



Thursday, August 27, 2009

PENCEGAHAN H1N1


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 25 Ogos 2009

Hari ini sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 162 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 buah hospital termasuk 1 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, terdapat 2 kematian (belum disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian) sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Beliau mendapatkan rawatan awal pada 12 Ogos 2009 di hospital kerana kejadian demam sawan bersama batuk selama 2 hari. Pada 13 Ogos 2009 keadaan pesakit semakin tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan rawatan tamiflu dimulakan.
Hasil ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17 Ogos 2009. Walaubagaimanapun beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2009 dengan sebab kematian H1N1 Encephalitis with Cerebral Odema and Multiorgan Failure .

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 25 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,397 dengan 2,578 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Usaha mengekang penularan wabak H1N1 memerlukan kerjasama semua. Memandangkan cuti sekolah telah bermula, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa ibu bapa supaya mengawasi pergerakkan anak-anak mereka supaya mengelak dari berkunjung ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai seperti bazaar Ramadhan, rumah ibadat, majlis keramaian, majlis buka puasa atau pusat-pusat membeli-belah, stesen-stesen pengangkutan awam dan pawagam. Ini adalah penting untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada jangkitan daripada individu-individu yang mengalami simptom influenza di tempat awam.

Ibu bapa mesti bertanggungjawab memastikan anak-anak yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam, atau menjarakkan diri ( social distancing ) daripada orang awam. Selain ibu bapa, individu yang mempunyai gejala ILI walaupun simptom kelihatan ringan, bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak. Ini adalah kerana seorang yang bersimptom jangkitan ILI, masih menyebarkan virus tersebut melalui batuk atau bersinnya, atau cairan daripada batuk atau bersin, walaupun mereka hanya kelihatan mengalami gejala demam dan batuk yang ringan.

Langkah yang bijak dan bertanggungjawab adalah memastikan mereka yang bergejala supaya berehat di rumah. Ini bertujuan untuk mengurangkan penularan kepada orang awam terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti wanita mengandung, obes, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti rendah.

Sekiranya mereka yang mempunyai gejala terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti sentiasa memakai mask sepanjang masa. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan. Buangkan tisu ke dalam bakul atau tong sampah serta basuh tangan anda menggunakan air dan sabun sebelum menyentuh atau bersalaman dengan orang lain. Hanya dengan sikap bertanggungjawab dan kerjasama orang ramai sahajalah penularan penyakit ini dapat dibendung.

Orang awam juga perlu saling menasihati agar individu yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam, atau menjarakkan diri ( social distancing ) daripada orang awam, langkah yang bijak dan bertanggungjawab adalah berehat di rumah.

Satu sesi dialog antara Y.B. Menteri Kesihatan dengan para pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes Influenza-like Illiness (ILI) yang di syaki Influenza A(H1N1) telah dijadual akan diadakan pada 27 Ogos 2009, pada jam 2.30 petang di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my . Kementerian Kesihatan Malaysia meminta orang ramai terus memberi kerjasama berterusan untuk menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 25 Ogos 2009

LABU KUNDUR


PENGENALAN

Labu kundur atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan satu-satunya spesies kundur di dunia dan ianya di tanam di Negara-negara tropika terutama di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai beligu.

KEISTIMEWAAN

Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.

Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.

Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.

Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak


CARA PENANAMAN

Bahan Tanaman

Biji

Jarak Tanaman

100 cm x 100 cm

Keperluan Benih

600 gm / ekar

Semaian

Semaian di atas dulang atau tanam terus

Mula Memetik Hasil

14 minggu

Hasil Purata

20 – 30 tan/ekar

Baja

Baja organan / baja sebatian

12:12:17:2 / 15:15:15

Baja terus : Sulphate of ammonia, triple superphoshate

Serangga

Lalat buah - sembur racun Malathion

Kumbang – Racun Carbarly / diazinon

Kutu Daun – Malation / diazinon

Kepinding buah – Carbarly / gamma BHC

Penyakit

Kelapuk downy – Racun Maneb

Kelapuk berdebu – Racun Benomy / Thiram

Bintik Daun – Racun Maneb

Virus Mozek – Musnahkan pokok

PRODUK HILIRAN LABU KUNDUR

  • Kordial
  • Jus
  • Halwa
  • Tepung
  • Puri
  • Jem
  • Bahan pemekat
  • Polimer dan lain-lain


SUMBER RUJUKAN
Maklumat ini diperolehi daripada usahawan Encik Sheikh Ismail.


Nama usahawan : Encik Sheikh Ismail
No. telefon : 016 – 9377211
Lokasi : Kuantan, Pahang
Nama Syarikat : Warisan Kundur Resources (CA0151249-V)

Wednesday, August 26, 2009

GAHARU

PENGENALAN
  1. juga dikenali sebagai agarwood, karas, gaharu, sandalwood
  2. Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
  3. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
  4. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
  5. Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
  6. Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
  7. Pokok gaharu merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
  8. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedia, majlis keagamaan dan sebagainya.

SENARIO INDUSTRI GAHARU

  • Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.
  • Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
  • Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
  • Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002)
  • Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu
  • Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

PENGGALAKAN PENANAMAN GAHARU SECARA LADANG
Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

  • Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.
  • Dapat menghijaukan bumi dan mengurangkan pencerobohan kawasan hutan
PERMULAAN PENANAMAN

i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan sebanyak 430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).

ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.

iv) Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah.

v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.


PENYUNTIKAN ENZIM

i) Penyuntikan bakteria dilakukan semasa umur pokok karas mencecah 5 tahun atau diameter batangnya lebih kurang 10cm – 15cm. Proses pertama, batang pokok karas akan digerudi sehingga 3 – 5 cm dalam dengan ½ inci diameter sebelum disuntik dengan bakteria.

ii) Antara jenis –jenis bakteria yang dikenalpasti ialah Antara fungi terlibat: Torula sp., Cladosporium sp., Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii, and other Aspergillus spp., Botryodiplodia theobromae, Cytosphaera mangiferae, Epicoccum granulatum, Fusarium oxysporum, Fusarium solani & Chaetonium globosum.

iii) Penggunaan PVC atau buluh boleh menghalang daripada lubang yang digerudi tertutup semula. Pokok Karas amat kuat kerana boleh menutup lukanya dengan cepat.

iv) Pembentukan resin gaharu terjadi antara 3 bulan hingga 2 tahun selepas proses suntikan enzim bakteria. Selepas memastikan gaharu yang terhasil, pokok karas sudah sedia untuk diambil hasilnya.

PENGAMBILAN HASIL GAHARU

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan gaharu daripada pokok karas :-

i) Jika gaharu didapati pada sebatang pokok, maka pokok karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat gaharu dipotong segera dan dibersihkan serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Pokok akan ditebang kira-kira 50cm dari aras tanah. Cara ini membolehkan pokok karas mengeluarkan tunas baru bagi mendapatkan hasil kali kedua.

ii) Jika didapati terdapat gaharu pada dahan pokok karas, hanya bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok.

iii) Pokok karas yang sudah dikenalpasti akan dibiar reput, bahagian ada gaharu tidak akan reput kerana struktur gaharu adalah lebih keras dari induknya.

iv) Teras akan diracik dan dibersihkan untuk mengasingkan kayu dan teras gaharu. Gaharu akan digredkan mengikut warna, bentuk dan bau


PENGHASILAN MINYAK GAHARU

Gaharu yang bermutu rendah akan diproses untuk dijadikan minyak. Minyak dihasilkan menggunakan kaedah penyulingan. Terdapat 2 jenis kaedah penyulingan:

a) Kaedah Penyulingan Air

b) Kaedah Penyulingan Stim

Kaedah Penyulingan Air :

i) Minyak dihasilkan menggunakan penyuling air.

ii) Di masak sehingga 4 -5 hari.

iii) Digunakan terutamanya oleh pengamal perubatan tradisi di Kemboja dan India

iv) Di Malaysia, masih ramai yang menggunakan kaedah ini tetapi pengusaha yang besar telah bertukar kepada kaedah penyulingan stim

Kaedah Penyulingan Stim :

i) Menghasilkan lebih banyak minyak berbanding penyulingan air

ii) Kayu karas dikisar halus dan direndam selama 3-7 hari utk memisahkan sel parenkima dan kalenjar minyak

iii) Sampel kemudiannya akan disuling didalam radas Clavenger selama 6 jam

iv) Minyak yang terhasil mengeluarkan aroma gaharu dan mempunyai warna pelbagai dari perang kehijauan hinggalah ke perang kemerahan gelap

PENGGREDAN KAYU

Contoh penggredan kayu diambil kira dari aspek dibawah:

No

Ciri-Ciri

Mutu

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Keenam

Ketujuh

1

Warna

Coklat Kehitaman

Coklat Bergaris Hitam

Coklat Bergaris putih tipis

Kecoklatan bergaris putih tipis

Kecoklatan bergaris putih lebar

Putih Keabuan garis hitam tipis

Putih keabu-abuan

2

Kandungan Damar Wangi

Tinggi

Cukup

Sedang

Sedang

Kurang

Kurang

3

Serat

Agak padat

Agak padat

Agak padat

Kurang Padat

Kurang Padat

Jarang

Jarang

4

Berat

Agak berat

Agak berat

Agak berat

Agak berat

Ringan

Ringan

Ringan

5

Aroma (dibakar)

Agak Kuat

Agak Kuat

Agak Kuat

Agak Kuat

Kurang kuat

Kurang kuat

Kurang kuat


more info mengenai gaharu--> disini

CARA NAK PERCEPATKAN PINJAMAN BANK

Banyak yang bertanya saya tentang cara nak dapat pinjaman atau loan. Satu cara yang saya anggap paling mudah, adalah dengan menjalankan projek anda dahulu, kemudian apply loan untuk mengembangkan projek yang anda nak jalankan.

Bagaimana nak jalankan projek, walhal anda tiada modal. Saya bagi contoh, anda ingin menjalankan projek tanaman pisang. Apa yang perlu anda buat, anda tanam anak pisang tersebut dengan kos yang anda mampu. Katakan anda hanya mampu keluarkan modal RM50. Dengan RM50 tersebut, anda boleh dapatkan 50 anak pokok pisang (kalau sepokok RM1). Tanam disekitar rumah anda 50 pokok pisang tersebut.

Kemudian, anda buat kertas kerja untuk membesarkan projek pertanian yang ingin anda jalankan. Harus diingat, apply loan untuk MEMBESARKAN PROJEK, sebab, pemberi pinjaman akan lebih mudah memberi pinjaman kepada projek yang telah dijalankan dengan alasan anda telah mempunyai pngetahuan tentang projek tersebut.

Sebenarnya, banyak agensi yang memberi pinjaman kepada projek pertanian… MARA, Jabatan Belia dan Sukan, Peladang dan sebagainya. Kalau projek anda menelan belanja sebanyak RM50k, anda boleh terus apply dengan MARA. Tanpa penjamin dan cagaran. Tapi kalau anda perlukan modal sebanyak RM100k, anda boleh pinjam RM50K daripada MARA, RM30K daripada peladang dan RM20K daripada Jabatan Belia dan Sukan. Dengan cara ini, loan anda akan mudah diluluskan kerana anda nak pinjam “sikit” , bukan nak pinjam “banyak” (RM100K) dengan sesuatu agensi.
(Jangan lupa, anda ingin MEMBESARKAN PROJEK, bukan nak memulakan projek).

PINJAMAN BANK

Saya dapat borang untuk apply loan, tanpa penjamin, tanpa faedah. Fuh! teruja betul bila baca isi pamplate. Bukan teruja sebab saya nak apply loan tu, tapi sebab “begitu mudah nak dapat loan”.

Seperti biasa, kalau ada benda-benda bes macam ni, saya akan buat research dulu. Apa lagi, Uncle Google la… hehe

Hasil pembacaan saya, ramai yang apply, sebab mengikut kata agent yang bertanggung jawab uruskan permohonan loan ni, pada masa itu, ketika agent tersebut membuat post di sebuah forum, dah 10,000 orang yang pohon. Ermmm… kalau betul, memang ramai la yang pohon. Ada yang ingin memohon untuk berniaga, ada yang ingin memohon untuk keluar dari kesempitan hidup. Tapi asalnya loan ni dibuka hanya kepada usahawan. Jadi, salah satu cara orang yang bukan ingin berniaga nak dapatkan loan ni, daftar syarikat di SSM. Lepas ni, mungkin boleh dapat data dari SSM tentang peningkatan penubuhan syarikat pada hujung tahun lepas dan awal tahun 2007 :D

Kenapa susah nak dapat pinjaman bank?

Melalui pembacaan dan pengalaman saya, memang susah nak dapat pinjaman daripada bank. Sebab utama adalah, bank kena pertimbangkan samada individu yang meminjam wang tu boleh bayar balik atau tidak. Walaupon ada perjanjian, bank tak mau susah-susah amik tindakan mahkamah, sebab dia kena bayar yuran guaman, buang masa kena tunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya. Sebagai pencegahan daripada masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pihak bank, bank buat penapisan dan syarat-syarat yang begitu ketat. Bank bukanlah Ahlong, ugut,pukul dan sebagainya. Kena jaga reputasi.

Contoh terdekat, pinjaman PTPTN, berapa ramai orang yang belum settlekan hutang PTPTN? Sebenarnya, susah untuk mengutip hutang. Pada zaman saya, PTPTN diberi kepada kebanyakan siswazah. Mungkin pada masa tu, pihak yang terlibat nak bagi kemudahan kepada para pelajar. Memang susah kehidupan pelajar, jauh dari keluarga, tinggal di tempat baru, banyak barang yang perlu dibeli, semuanya memerlukan wang. Susah kalau tiada bantuan. Mungkin pihak terbabit beranggapan, selepas bergraduat, peminjam akan dapat pekerjaan dan terus membayar balik pinjaman. Tetapi, setiap orang lain pe’el nya. Apa yang terjadi, pihak PTPTN terpaksa “mengejar” bekas-bekas pelajar untuk memberi bantuan kepada pelajar baru. Begitulah susahnya pemberi pinjam nak dapat balik wang.

Pekerja kerajaan pula, memang mereka ni senang nak dapat loan sebab ada jaminan dalam pekerjaan mereka untuk tidak dibuang kerja. Gaji pula tetap dan memang ada peningkatan, jadi bank kurang masalah untuk buat pinjaman kepada pekerja kerajaan.

Saya bukan lah menyokong pihak bank dan sebagainya. Tapi, kalau saya dipihak bank, memang terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk dapat balik wang. Saya juga pernah meminjamkan wang kepada orang lain, begitu susah untuk dapatkan balik wang saya. Donald Trump pernah berkata dalam Why We Want You to be Rich, JANGAN PINJAMKAN WANG KEPADA ORANG LAIN.

Saya juga ingin membuat pinjaman untuk projek pertanian. Tapi memang susah untuk dapat pinjaman walaupon menurut pihak yang terbabit, memang telah diperuntukan sebegitu banyak wang untuk petani moden dan siswazah. Sekarang saya usahakan dengan modal yang saya mampu sahaja.Bila dah ada kemajuan, mungkin pihak bank akan cari saya pula untuk bagi pinjaman, dan mungkin juga saya akan pinjam.

SOAL JAWAB MENGENAI LEMBU FIDLOT

klik pada gambar untuk manual penternakan lembu fidlot

  • APA ITU FIDLOT?
  • Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.


  • APAKAH KEPERLUAN ASAS UNTUK MENTERNAK SECARA FIDLOT ?
  • Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas.

  • BAGAIMANA MENTERNAK SECARA FIDLOT
  • Satu cara ialah untuk anak lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat antara 330 – 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.

  • ADA BERAPA SISTEM MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?
  • Ada dua sistem :

    1. Sekali masuk sekali keluar ialah memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru.
    2. Masuk keluar berterusan pula ialah memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat kumpulan telah dipenuhi.
  • APAKAH BAKA LEMBU YANG SESUAI ?
  • Baka lembu tempatan :-

    Kedah – Kelantan

  • KENAPA LEMBU IMPORT ?
  • Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu pengganti yang sama besar ialah melalui import.

  • TIDAKKAH LEMBU IMPORT ITU LIAR ?
  • Harap bersabar jika lembu yang baru ada kelihatan agak liar. Ini kerana ia belum sesuai dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup pasti menentukan kejayaan

  • MAKANANNYA BAGAIMANA ?
  • Apa juga baban makanan yang bermutu boleh digunakan, sama ada sebagai makanan tunggal atau campuran. Yang penting ialah makanan itu boleh memberi pertambahan berat sehari yang maksimum dengan harga yang paling murah.

    Di Malaysia, ada banyak bahan-bahan sampingan pertanian yang boleh digunakan untuk makanan lembu. Contohnya ialah hampas isirong palma (PKC), enapcemar kelapa sawit (POME), dedak padi, kulit koko, hampas kelapa, ubi kayu, pati gula dan sebagainya.

    Ada makanan boleh diberikan secara tunggal iaitu hampas isirong palma (PKC). Yang lain perlu dibuat rumusan untuk menambahkan mutunya. Jika harga PKC agak mahal, ia boleh dicampur dengan bahan-bahan lain supaya lebih murah.

  • APA ITU PKC ?
  • Hampas isirong Palma atau Palm Kernel Cake (PKC) ialah hasil sampingan apabila isirong kepala sawit diperah untuk mendapatkan minyaknya. Ia mengandungi kira-kira 16% protin kasar dan boleh diberikan kepala lembu secara makanan tunggal. Ia mudah didapati, mudah dikendalikan dan boleh disimpan lebih lama. Lagipun, lembu suka memakannya.

  • BERAPA BANYAK HIARUS DIBERI MAKAN ?
  • Biasanya dalam sehari seekor lembu memakan kira-kira 5 kg berat bahan kering. Lembu itu mesti boleh membesar pada kadar antara 600-800 gm sehari.

  • AIR BAGAIMANA PULA ?
  • Air yang bersih mesfilah ada setiap masa. Jangan menggunakan air paip kerana ianya mahal. Cukup sekadar air telaga atau air sungai yang dipamkan. Membasuh kandang janganlah menggunakan air yang berlebihan.

  • SIAPAKAH BOLEH MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?
  • Sesiapa juga beleh menternak lembu fidlot tetapi seorang penternak itu mestilah :

    • berminat
    • mempunyai kawasan tanah
    • mempunyai modal
    • boleh mengerjakannya
    • boleh menjual lembu setelah selesai penggemukan.
  • BAGAIMANAKAH MEMILIH KAWASAN ?
  • Kawasan untuk fidlot mestilah :

    1. Cukup ruangan untuk kandang iaitu 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi tiap-tiap seekor lembu.
    2. Mempunyai jalan keluar masuk yang baik.
    3. Mudah mendapatkan makanan temakan.
    4. Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
    5. Mempunyai saliran yang baik supaya tidak mencemar alam sekitar.
    6. Jauh dari rumah kediarnan, supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.
    7. Hampir dengan tempat menjual lembu dan pasar menjual daging.
  • BAGAIMANA CARANYA MEMBINA KANDANG YANG BETUL ?
    1. Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 – 3.0 meter (lebih kurang 8 – 10 kaki).

    2. Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.

    3. Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.

    4. Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papap atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.

    5. Palung air boleh dibuat diri konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plasitik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter (lebib kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.

    6. Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.

  • APA LAGI PERLU DIBINA?
    1. Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.

    2. Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan niengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dija(likan baja tanaman.

    3. Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori kmka dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.

    4. Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada tern,ikan atau untuk mcnimbang lembu.

      Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempuma dan kukuh. Jika kandang terialu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

    5. Contoh pelan kandang Fidlot Nasional Di NCER Sg. Laka Kedah




  • BERAPA ORANG BOLEH BEKERJA ?
  • Menternak leinbu secara fidlot tidak memerlukan banyak tenaga. Bergantung kepada bentuk pengurusan, anda seorang boleh menjaga sehingga 200 ekor lembu tanpa masalah. Seorang lagi ahli keluarga boleh membantu apabila diperlukan.

  • APAKAH KERJA HARIAN DI KANDANG FIDLOT ?
  • Mudah saja ! Kerja-kerja berikut adalah mengikut susunan. Boleh diubahsuai di mana perlu. Biasanya ia dibuat di sebelah pagi :

    1. Perhatikan dahulu ternakan secara keseluruhan jika ada temakan yang kelihatan sakit. Camkan kalau ada yang kurang sihat atau tidak mahu makan, tempang, berak cair, keluar liur, berbunyi ganjil atau terbaring.

    2. Periksa palung makanan dan palung air, perhadkan sisa dedak dan anggarkan makanan yang perlu ditambah hari itu.

    3. Basuh lailtan kandang dan jika perlu ternakan itu sekali. Basuh palung air dan gantikan airnya. Awas, palung makanan jangan dibasuh. Jika basah dedak akan cepat berbau dan lembu tidak memakannya.

    4. Palung makanan perlu disapu sahaja. Sisa dedak bolch ditolak ketepi. Setelah meleta dedak baru, sisa dedak tadi bolch ditabur di atasnya. Jika dibuang, ia menbazir.

    5. Jika sah terdapat lembu yang sakit, Pejabat Haiwan yang paling hampir perlu dipanggil untuk memeriksa lebih lanjut dan memberi rawatan.

      Dengan 10 – 50 ekor temakan masa yang perlu digunakan di kandang ialah antara 2 – 4 jam sehari. Masa yang masih terluang boleh digunakan untuk membuat kerja lain.

  • ADA KERJA-KERJA LAIN YANG PERLU DI BUAT ?
    1. Seminggu sekali gali dan kumpulkan mendapan tinja dari dalam takungan tinja. la boleh dijadikan baja untuk sayur-sayuran atau pokok buah-buahan.

    2. Seminggu sekali stok makanan perlu ditambah supaya makanan atau dedak tidak terputus.

    3. Seminggu sekali persekitaran kandang perlu dibersihkan supaya kelihatan kemas dan bersih.

  • BILAKAH MENIMBANG LEMBU ?
    1. Semasa tiba, lembu ditimbang supaya dapat diketahui berat asal setiap ekor lembu.

    2. Menimbang sebulan atau dua bulan sekali, bagi memeriksa pertumbuhan dan penggemukan lembu. Mungkin ada yang telah terbantut.

    3. Ketika menjual juga perlu ditimbang kerana jualan mesti berasaskan timbangan berat hidup.

  • BILAKAH LEMBU SESUAI DIJUAL ?
  • Masa sudah tiba untuk lembu di jual jika :

    1. Lembu sudah mencapai berat 330-350 kg. (Lembu boleh diperbesarkan lebih dari berat badan ini jika ada pasaran yang memerlukan).

    2. Lembu sudah tidak bertambah berat walaupun memakan sama banyak dedak.

    3. Lembu yangtercedera tau berbantut.

    4. Walaupun berat tertinggi belum tercapai, tetapi telah ada pembeli yang menawarkan harga yang sangat baik.

    5. Walaupun berat tertinggi belum tereapai, musim perayaan telah tiba.

  • BAGAIMANA MENJUAL TERNAKAN ?
  • Ada 4 cara :

    1. Anda boleh menjual sendiri dengan bebas, untuk mendapatkan harga yang paling baik.

    2. Dengan sistem lelong, beberapa orang pembeli dipanggil ke kandang untuk menawarkan harga. Sesiapa menawarkan harga paling mahal, dia berjaya membeli lembu tertentu.

    3. Pejabat Haiwan boleh diminta untuk menyelaras urusan jual beli, Ini jika melibatkan Rancangan Jabatan Haiwan, atau Pinjaman Bank atau penjualan secara besar-besaran.

    4. Melalui Pasar Tani, penternak mendapat kemudahan untuk menjual daging lembu hasil fidlot nya secarra terus kepada pembeli.

  • PERLUKAH MENYIMPAN REKOD ?
  • Sudah tentu ! Perbelanjaan harian, timbangan ternakan dan segala aktiviti harian mestilah direkodkan. Rekod perbelanjaan adalah berguna untuk mengira untung rugi.

  • BERAPA MODALNYA DAN DIMANA BOLEH DAPAT ?
  • Dengan perkiraan kasar, seekor lembu setelah tamat digemukkan akan menelan belanja kira kira RM1,000 setelah mengambil kira semua kos tetap dan kos operasi. Sekiranya tiada modal sendiri, pinjaman bank boleh dipohon. Bank Pertanian dan beberapa bank perdagangan yang lain bersedia memberi pertimbangan permohonan pinjaman untuk penternakan fidlot.

  • BERAPA KEUNTUNGAN YANG SAYA DAPAT ?
  • Kadar pulangan adalah dianggarkan pada 15-25% dari modal. Ini bergantung kepada kos pengeluaran, pengurusan, dan harga jualan.

  • ADA APA-APA PETUA SUPAYA LEBIH UNTUNG ?
  • Bukan petua, tetapi …. PERINGATAN KHAS. Menternak fidlot adalah satu usaha bercorak komersial. Kecekapan menternak; perancangan yang baik dan penjimatan perbelanjaan perlu diberi perhatian supaya mempastikan keuntungan.

    Segala pembaziran input melalui makanan, air. Bahan api dan pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang, kerana ia boleh digunakan untuk membuat kerja yang lain.

  • SAYA INGIN MULA MENTERNAK LEMBU SECARA FIDLOT, APA HARUS SAYA BUAT ?
  • Anda boleh mendapatkan Latihan dan Khidmat Nasihat dengan berhubung kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang paling hampir atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri masing, Khidmat Nasihat dan maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi:

    Unit Perusahaan Pedaging,
    Bahagian Pembangunan Industri
    Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan