Thursday, October 25, 2012
PENGHALAU SERANGGA BOTANIKAL
Penggunaan racun serangga
berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada
manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Di sini
saya ingin menunjukkan cara yang mudah, murah dan selamat menghasilkan
racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Selain itu, kerap juga mendengar
mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang
tidak betul serta boleh mengundang bahaya jika salah menggunakan serta
cara penyimpanan.
Tidak perlu memikirkan jenis
racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat,
serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan
akibat salah penggunaan bahan kimia ini.
Konsep yang saya ketengahkan disini adalah mencegah lebih baik daripada merawat.
Berikut adalah jenis-jenis serangga perosak tanaman yang biasa kita jumpa di tanaman:-
Serangga Jenis Mengunyah
- Kumbang
- Belalang
- Kupu-Kupu
- Ulat Bulu
- Siput
- Lintah Bulan
Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
- Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
- Koya
- Pianggang
- Kutu Thrip
- Kulat Putih @ Hamama
Penyediaan Larutan Stok
- 1 liter air
- 1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
- 1 sudu besar sabun basuh
- 4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Penyediaan
1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi
3. Setelah dikacau, tapiskan
4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)
Bagi serangga jenis mengunyah,
campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada hitam
(ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu
campurkan beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia
(ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya
nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap dalam kuantiti yang
sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan
serangga dalam kuantiti yang besar adalah:-
Ekstrak Bawang
Kawal penyakit reput antraknos
pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang dalam 1 liter air.
Tapis dan semburkan pada pokok.
Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh
pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan
dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).
Ekstrak Halia
Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.
Ekstrak Daun Neem (Semambu)
Untuk kawalan vektor seperti
kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem yang sudah di
tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman
dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3-
jika anda membuat patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter
air dan semburkan ke pokok.
Ekstrak Bawang Putih
Juga untuk kawalan vector
seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram bawang
putih (dicincang) dalam 500 ml air
terdapat juga resepi penghalau serangga di sini
Wednesday, October 24, 2012
FURADAN ORGANIK
Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain), banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk
larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.
Namun, penggunaan furadan sistetik ini juga memberi kesan kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan hasil tanaman walaupun penggunaannya dihentikan pada sekitar 75 hari (atau lebih) sebelum memungut hasil tanaman.
Bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan furadan organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah)
Bahan furadan hanya menggunakan
tiga bahan utama, iaitu buah jering, belerang, dan pasir. Cara pembuatannya mudah:
- ambil 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus
- masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/ besen
- tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur
- tambahkan 6 cawan pasir halus
- gaulkan bahan tersebut hingga sebati
- tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu
furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda.
selamat mencuba!
NEMATOD
Pendahuluan
Nematod adalah sejenis haiwan intertebrata.
Sebahagian daripada spesies nematod boleh hidup dalam tanah atau
tumbuhan dan sebahagian lagi hidup di dalam air. Nematod hidup dalam
tumbuhan dengan memakan kandungan sel-sel akar, batang dan daun.
Beberapa spesies nematod pula menjadi vektor kepada virus.
Nematod hadir
dalam hampir setiap jenis tanah dan yang membezakan mereka adalah sama
ada mereka menjadi perosak atau tidak kepada perumah pilihan merena,
iaitu tanaman yang semuai untuk mendapatkan makanan.
Kerosakan dan Simptom
Secara amnya, nematod menyebabkan kerosakan fizikal ke atas akar, batang atau daun.
Simptom kerosakan pada organ-organ ini biasanya
berbentuk lesion, puru dan kehitaman. Keseluruhan pokok nampak kurang
sihat dan kelihatan seperti kekurangan zat makanan. Dalam keadaan
kemarau atau tegasan yang lain, tanaman menjadi mudah layu. Selain
daripada kerosakan fizikal secara langsung, nematod juga mengalakkan
jangkitan pathogen-pathogen lain seperti bakteria dan kulat. Sebagai
contoh, nematod puru akar iaitu Meloidogyne incognita bersaling tindak
dengan Fusarium solani dan seterusnya mengakibatkan kerosakan yang teruk
pada tanaman tembakau.
Tanaman yang diserang oleh nematod pada amnya menunjukkan simptom-simptom yang berikut:
- Kadar pertumbuhan yang lambat
- Klorosis pada daun
- Daun mudah gugur dengan banyaknya
- Terbantut
Kadar kerosakan pada tanaman jangka panjang agak
lambat. Kesan daripada serangan ini lebih ketara jika pokok itu berada
di bawah tegasan (under stress) seperti ketika musum kemarau (kering)
yang panjang.
Pokok durian yang diserang semasa di dalam keadaan
kekurangan air, akan mengalami peluruhan daun yang teruk, mengakibatkan
dahan menjadi tidak berdaun dan yang tinggal hanya pucuk-puck jemala
pokok. Jika hujan kembali turun, daun akan tumbuh pada bekas-bekas
ranting buah.
Kerosakan dari segi merosotnya kualiti dan
pengeluaran hasil lebih ketara pada tanaman pisang. Tandan menjadi kecil
dengan bilangan sisir dan buah yang semakin kurang.
Simptom penyakit dan kerosakan di permukaan tanah
menggambarkan sistem akar yang telah rosak. Pembentukan puru akar
pelbagai saiz adalah akibat dari kesan serangan sejenis nematode iaitu Meloidogyne sp. Jika
serangan tidak serius puru kelihatan hampir serupa dengan nodul
(bintil) yang terbentuk daripada aktiviti bakteria peringkat Nitrogen
pada akar perumah. Pada tanaman perumah yang sangat mudah diserang
(susceptible) nematod seperti jambu batu dan cili, pembentukan puru
boleh mencacatkan akar sehingga ia menjadi reput, bergabus, berwarna
hitam dan tanpa akar serabut.
Walau bagaimanapun, serangan spesies nematod yang
lain mengakibatkan simptom yang kurang jelas misalnya, tanaman durian
yang diserang oleh Xiphinema sp. menunjukkan pertumbuhan yang
lambat, akar menjadi pendek dan tebal (stubby) kerana proses
pemanjangannya terhenti. Dalam kes serangan nematod Pratylenchus sp. pula,
terdapat luka (lesion) di akar yang menyerupai luka-luka yang
disebabkan oleh alat-alat mekanikal pertanian atau seperti tanda
serangan kulat.
Kaedah-kaedah Kawalan
Prinsip pengurusan perosak bersepadi haruslah
diutamakan dalam pengawalan nematod. Aras populasi nematod dalam tanah
atau anak benih hendaklah dipastikan sebelum membuat sebarang keputusan
untuk mengelakkan pembaziran bahan dan pencemaran alam sekitar.
1. Kaedah Kawalan Kimia
Bahan-bahan bersifat wasap (fumigant) boleh digunakan
untuk memusnahkan populasi nematod di dalam tanah. Keadaan tanah yang
berstruktur dan agak kering amat perlu untuk mendapatkan kesan pengwapan
yang baik. Bahan pewasap ini berbentuk butiran atau cecair. Di antara
bahan-bahan yang terbukti sesuai dan baik ialah fenamiphos dan
karbofuran.
Keupayaan karbofuran dan fenamifos untuk mengawal
nematod didapati berbeza. Fenamifos (contoh: Nemacur) sejenis racun
fosfat yang mengikut enxim asetilkolin-esterase di dalam sistem saraf
nematod secara tidak bertimbalbalas (irreversible) sementara karbofuran
iaitu sejenis racun karbamat (contoh Furadan), mengikut enzim tersebut
secara berbalik (reversible) (Spurr 1985). Furadan digunakan pada kadar
50-60 g/pokok. Manakala Nemacur pula pada kadar 20-25 g/pokok. Manakala
Nemacur pula pada kadar 20-25 g/ pokok dengan kekerapan 4 bulan/rawatan.
2. Kaedah Kawalan Fizikal
Satu daripada contoh kaedah ini ialah rawatan air
panas. Kaedah ini sesuai untuk anak benih seperti sulur tanaman pisang.
Pada suhu dan tempoh yang sesuai, nematod dalam akar dan umbi pisang
boleh dimusnahkan sebelum menanam. Sulur pisang boleh direndam dalam air
bersuhu tetap 55 darjah celsius se;ama 15-20 minit. Populasi nematod
merosot dengan ketiadaan tanaman perumah tetapi beberapa peratus
daripadanya boleh hidup dengan bergantung kepada keadaan persekitaran.
Umpamanya pada tanaman padi, pembajakan yang lama dan dalam boleh
mengurangkan H. oryzae tetapi perlu dilakukan dalam keadaan 12
bulan berkeadaan basah dan masa yang lama lagi diperlukan bagi keadaan
kering. Pengurusan rumpai yang baik boleh mengurangkan populasi nematod
sewaktu ketiadaan padi dan semasa pertumbuhan tanaman yang lain.
3. Kaedah Kawalan Biologi
Kaedah ini masih memerlukan banyak kajian dan percubaan. Namun beberapa organism, seperti Bacillus pentrans (sejenis bacteria) dan Paecilomuces lilacinus (sejenis kulat) berupaya memparasit dan mengurangkan populasi nematod puru akar dalam tanah.
4. Kaedah-kaedah Kawalan Lain
Kaedah-kaedah ini termasuklah penggunaan varieti yang
resistan kepada serangan nematod, penggiliran tanaman, penggunaan
bahan-bahan organan seperti najis haiwan dan sisa cengkerang atau
membiarkan tanah tanpa tanaman yang rentan kepada nematod dan
sebagainya.
Penggunaan Tagetes spp Kultivar Harmony dan Harmony
Selain menggunakan kaedah-kaedah yang tersebut di atas, penggunaan Tagetes spp. atau bunga Tahi Ayam boleh mengurangkan aras populasi nematod di dalam tanah. Antara spesies nematod yang dapat dikawal adalah Pratylenchus, Meloidogyne, Tylenchorynchus, Rotylenchus, Helitylenchus dan nematod ektoparasit iaitu Ditylenchus dan Aphelenchoides.
Kandungan kimia di dalam akar bunga ini iaitu Thiopene bertindak
sebagai racun yang mempunyai prinsip nematisid yang boleh membunuh
nematod. Pratylenchus yang memasukki akar akan mati dalam tempoh tiga
(3) hari daripada tarikh ia memasukki akar itu. Walau bagaimanapun, pada
Meloidogyne ia hanya mempunyai kesan racun kepada nematod itu
dalam masa tiga hingga empat minggu selepas memasuki akar. Oleh itu,
disyorkan menanam bunga Tahi Ayam ini di sekeliling ladang atau antara
barisan pokok atau diselangselikan dengan jarak 60 cm antara tanaman
ladang.
Antara kultivar yang mempunyai kesan keracunan terhadap nematod ialah Tagetes patula, Tagets erecta dan Tagetes minuta.
Walaupun kaedah ini tidak mempunyai nilai komersial kepada petani,
tetapi kesannya terhadap aras populasi nematod di dalam tanah amat
berkesan selain daripada mencantikkan pemandangan di sekitar kawasan. Di
samping itu, ia tidak mempunyai kesan sisabaki racun dalam tanah dan
secara tidak langsung membaiki udara persekitaran.
Tuesday, October 23, 2012
Thursday, October 11, 2012
HARI TERBUKA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP) 2012
Adalah sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) selaku penyelaras Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Hari Terbuka Program Pemindahan Ilmu (KTP) 2012 yang bertujuan mempromosikan dan mewar-warkan kejayaan UPM memperolehi geran berkenaan untuk komuniti dan industri serta untuk memaklumkan tawaran geran KTP Fasa 3, 2013.
Butiran program seperti berikut:
Tarikh: 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM
Antara yang menarik:
- pameran projek KTP fasa 1 dan fasa 2
- gerai komuniti dan industri
- tawaran permohonan geran KTP fasa 3 (2013)
Wednesday, October 10, 2012
DEMONSTRASI PERTANIAN DAN MASAKAN SEMPENA PESTA KONVO UPM
Semua dijemput hadir untuk sama-sama melihat demonstrasi Pertanian & Masakan di Gerai No. 4 pada:
Tarikh: 13-16 Oktober 2012
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia
JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2012
Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM tahun 2012 akan diadakan pada 12 Oktober 2012 (Jumaat), jam 2.30 petang, bertempat di Bukit Ekspo UPM. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang ekspo tersebut seperti pameran pendidikan, pameran ternakan dan pertanian, penjualan benih tumbuhan, lelongan anak kuda, pertandingan paintball, pertandingan sukan rakyat, pertandingan melukis dan sukan kanak-kanak, pertandingan orkid, berkayak, pertandingan memancing, menunggang kuda, persembahan artis, demonstrasi padang dan pelbagai pertandingan lain yang sesuai untuk pelajar dan seisi keluarga.
Staf UPM dan orang awam dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan ekspo lima hari itu kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Maklumat lanjut, sila hubungi 03-89467301 / 89467299, 03 03-89466003 atau layari http://www.tpu.upm.edu.my/ekspo2012/
Labels:
event,
halal,
herba,
kempen kitar semula,
kompos,
perniagaan,
pertanian,
ternakan,
usahawan IPT,
usahawantani
Subscribe to:
Posts (Atom)