HOTEL RESIDENCE, UNITEN
TARIKH:
22- 24 MEI 2012
ANJURAN:
PUSAT PENGEMBANGAN, KEUSAHAWANAN DAN PEMAJUAN PROFESIONAL (APEEC), UPM
- En Nik - 0389471814
- Puan Nafisah - 0389471819
- En Hadri - 0389471824
- Pn Suhaili - 0389471848
- Cik Salwana - 0389471807
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, peratusan siswazah menganggur adalah 3.2% iaitu sebanyak 63,000 siswazah gagal mendapat peluang pekerjaan manakala peratusan belia yang menganggur meningkat daripada 10.5 peratus kepada 10.9 peratus bagi tempoh 2001 hingga 2008, iaitu 62 peratus daripada jumlah keseluruhan pengangguran pada 2008.
Angka ini sangat membimbangkan dan ianya berpunca dari kurangnya pendedahan serta minat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta mentaliti ‘makan gaji’ yang sangat tinggi di kalangan mahasiswa dan belia.
Selari dengan hasrat kerajaan bagi membantu usahawan melalui Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) di mana kerajaan menyusun semula strategi bagi menyokong bakal usahawan dan usahawan yang sedang meningkat maju dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.
Inisiatif ini adalah untuk melahirkan modal insan intelektual yang memiliki nilai keusahawanan dan seterusnya bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi Negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Menurut kajian, jurang pendapatan isi rumah yang tinggi diantara penduduk kaya dan miskin semakin lebar. Bagi mengurangkan jurang ini, golongan mahasiswa dan belia dilihat dapat mengurangkan jurang tersebut melalui aktiviti keusahawanan.
Oleh itu ‘Seminar Kerjaya Dan Keusahwanan Siswa 2012’ dirancang dengan tujuan membuka minda untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan para belia menjadikan Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan.
OBJEKTIF
AKTIVITI PROGRAM
Satu slot seminar dimana peserta akan diberi motivasi dan pendedahan berkaitan bidang keusahawanan dan juga sesi perkongsian pengalaman bersama usahawan – usahawan berjaya dari pelbagai sektor.
2. Klinik Kerjaya & Keusahawanan
Peserta akan diberi peluang berhubung secara bersemuka bersama syarikat-syarikat dan agensi-agensi berkaitan kerjaya, keusahawanan serta pembangunan perniagaan. Selain bersama usahawan dan syarikat yang membuka peluang bisnes kepada peserta.
3. Pameran & Kaunter maklumat agensi berkaitan
Setiap siri “Seminar Kerjaya dan Keusahawanan 2012” akan disediakan sekurang-kurangnya 5 - 10 kaunter pameran dan agensi berkaitan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung mendapat maklumat dan produk dikeluarkan dan dipasarkan oleh usahawan-usahawan yang terlibat.
SASARAN PESERTA
Pelajar-Pelajar UPM Kursus Asas Keusahawanan MGM3180
Bilangan peserta seminar 1,200 orang.
TARIKH & TEMPAT
Tempat : Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh : 10 Mei 2012 (8.00 – 5.00 petang)
ATURCARA
8.00 pg: Pendaftaran Peserta
8.45 pg :Ucapan Aluan Universiti Putra Malaysia (UPM)
9.00 pg : KERTAS 1 - Tajuk : Memperkasa Minat Berbisnes
Oleh : Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi
Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd
10.15 pg : Minum Pagi
10.45 pg : KERTAS 2 - Tajuk : Kerjaya dan Peluang Bisnes di KFC / Ayamas
Oleh :YBhg. Tn Hj Jamaludin Md Ali
Pengarah Urusan
QSR Brands Berhad/KFC Holdings (Malaysia) Bhd
12.00 tgh: Makan Tengahari
2.00 ptg : KERTAS 3- Tajuk : Peluang Kerjaya Dibidang Pengurusan Kewangan / Hartanah
Oleh : Usahawan Dalam Bidang Kewangan
2.45 ptg : KERTAS 4 - Tajuk : Daya Tahan & Persediaan Mental Usahawan
Oleh : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sudin Harun
Presiden Kuala Lumpur Business School
3.15 ptg : KERTAS 5 - Tajuk : Perkongsian Pengalaman
Oleh : Usahawan Berjaya
4.30 ptg: Minum Petang & Tamat
*Program tertakluk kepada perubahan
Sukacita dimaklumkan bahawa APEEC akan mengadakan SEMINAR POTENSI DAN PELUANG PERNIAGAAN ASAS TANI 2012 pada 17 Julai 2012 di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Objektif program adalah memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai potensi tanaman dan peluang perniagaan yang boleh diceburi untuk dijadikan sebagai peluang menambahkan pendapatan dan kerjaya kepada bakal pesara, belia, bakal graduan dan yang berminat. Bersama ini dilampirkan brosur program untuk makluman tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Hairunnisak (89471815) / Pn Nor Azwani (89471828) / Pn. Mahani(89471817). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2012.