_

Monday, September 28, 2009

TERNAKAN LEBAH MADU

penternak memeriksa kotak koloni lebah madu. sumber: KOMPAS

Ada pelbagai jenis lebah madu boleh digunapakai. Di antaranya lebah dari spesis Apis dorsata, Apis cerana, dan Apis mellifera. Spesis Apis mellifera paling banyak digunakan dalam industri lebah madu. Jenis ini lebih produktif dan juga lebih jinak dibandingkan spesis Apis cerana . Racun pada sengatnya sangat sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Ciri-ciri lebah madu yang baik:

  • Ratu lebah berupaya hidup hingga 3 tahun
  • Ratu lebah menghasilkan jumlah telur yang banyak
  • Koloni lebah banyak hasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan propolis
  • Larva lebah yang dihasilkan lebih segar
  • Lebah biasanya lebih agresif
  • Memperbanyakan koloni lebah madu

Permulaan ternak lebah madu:

untuk permulaan ternakan lebah madu ini, tidak banyak yang perlu disediakan. kita hanya perlu membeli koloni lebah madu dari penternak lebah madu. Biasanya pembelian koloni ini dibuat pada waktu malam dan dilengkapi dengan kotak, kasa dan penutupnya. Buat sementara waktu, kita tidak perlu membeli koloni lebah madu dalam jumlah terlalu banyak, dan tidak juga terlalu sedikit. Dalam penyediaan kotak koloni lebah madu, biasanya perlu dibuat tiang (kayu/besi) agar kotak tidak menyentuh tanah.

contoh kotak koloni lebah madu dari kawasan Borneo Honeybee Centre. Sumber: sabah.gov.my

Untuk menghasilkan keuntungan yang optimum dari penternakan lebah madu ini, penternak lebah madu harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 kotak koloni lebah madu. Langkah-langkah untuk meningkatkan jumlah koloni lebah madu ialah:

  • Lokasi ternakan: Lokasi yang disukai lebah adalah tempat terbuka. Juga tiada masalah sekiranya di bawah pokok atau di kawasan panas terik, jauh dari keramaian dan banyak terdapat bunga. Dengan jumlah kawasan pemakanan yang mencukupi ini, ratu lebah dapat menghasilkan lebih banyak telur dan lebah pekerja juga lebih giat membuat sarang baru.
  • Suhu yang ideal: sesuai dalam sekitar 26-30°C. Di lereng pergunungan/dataran tinggi yang bersuhu normal (25°C).
  • Penyediaan Ratu lebah madu yang baru: untuk ditempatkan dalam koloni lebah madu yang baru.
  • Mengasingkan atau memisahkan koloni lebah madu: koloni lebah madu yang sudah padat, akan dipisahkan dan diletakkan ke dalam kotak koloni lebah madu yang baru dan menempatkan ratu lebah baru atau ratu lebah yang sedia ada ke kotak koloni tersebut.

Tanaman makanan yang sesuai untuk ternakan lebah madu

  • pokok rambutan=nektar
  • pokok petai belalang= nektar
  • pokok mangga = nektar
  • pokok durian = nektar
  • pokok kopi = nektar + pollen
  • pokok kenaf = nektar
  • pokok jagung = pollen
  • pokok jati= nektar
  • pokok gajus = nektar
  • pokok longan= nektar
  • pokok getah = nektar
  • pokok petai = nektar
  • pokok nenas = nektar (tidak digunakan secara meluas)
  • pokok kekabu = nektar + pollen
  • pokok gelam = nektar + pollen

kaedah bagi memastikan bekalan makanan lebah tidak putus adalah dengan pemindahan lebah ke tempat yang sesuai mengikut musim bunga yang ada. Perkara yang perlu diambil perhatian semasa pemindahan koloni lebah adalah:

  • dilakukan pada malam hari (lebah tidak aktif pada waktu ini)
  • jika jarak jauh, perlu makanan tambahan (buatan)
  • jarak lokasi minimum dalam lingkungan 3 km

tujuan utama pemindahan ini adalah untuk memastikan produktiviti madu tidak menurun secara drastik. pemberian makanan tambahan bertujuan untuk mengatasi kekurangan makanan akibat perubahan cuaca dan ketika melakukan pemindahan. makanan tambahan ini tidak dapat menambah produktiviti, hanya sebagai makanan gantian sewaktu pemindahan.

Peralatan penternakan lebah madu :

  • Kotak lebah, tempat koloni lebah madu terbuat dari kayu Suren atau Mahoni
  • Alat pengasapan untuk menghalau lebah madu yang agresif
  • jaring pelindung muka
  • Sisiran - yang terbuat dari rangka kayu dan ditengahnya diberi kawat sebagai penahan landasan sarang lebah madu.
  • Pengungkit sisiran
  • Pisau
  • Sikat sisiran lebah madu
  • Pollen Trap untuk pungut hasil Bee Pollen
  • Frame Royal jelly untuk pungut hasil Royal Jelly dan tempat untuk menghasilkan Ratu Lebah yang baru.
  • mesin pemerah madu untuk mengeluarkan madu
  • bekas/ baldi kutip madu
  • Pengutip madu

Membuat Ratu Lebah yang baru (requeening)

  1. Ambil larva lebah madu yang baru menetas usia 1 hari
  2. Masukan sepotong frame Royal jelly
  3. Frame Royal jelly yang sudah berisi larva lebah madu di tempatkan pada kotak koloni ( kotak lebah madu yang berisi koloni lebah madu minimum 2 tingkat)
  4. Sekat/pisahkan kotak koloni lebah madu tersebut dengan ratu lebah berada di kotak bawah dan frame royal jelly untuk ratu lebah madu yang baru di tempatkan pada kotak atasnya. Sehingga ratu lebah madu tidak boleh mendekati calon ratu lebah madu.
  5. Dibiarkan selama 11 hari sampai ratu lebah yang baru menjadi kepompong.
  6. Setelah11 hari ratu lebah yang baru tersebut di pindahkan ke kotak lebah yang berisi koloni lebah tanpa ada ratunya.
  7. 13 hari ratu lebah yang baru keluar dari kepompong dan seterusnya menjadi ratu lebah oleh koloni lebah tersebut
  8. Biasanya setelah seminggu, ratu lebah yang baru bersedia untuk mengawan dan akan mengembangkan koloni lebah yang baru (ditempatkan di kotak koloni yang baru).

Serangan penyakit dan perosak

Lebah mempunyai musuh dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian, kepupusan dan pengeluaran madu berkurangan. Terdapat dua jenis masalah utama kepada lebah iaitu BAKTERIA dan PARASIT. Bakteria banyak memberi kesan kepada lava. Dua penyakit yang biasanya menyerang lebah, American Foul Brood dan European Foul Brood.

Kaedah memungut hasil lebah madu

antara perkara yang dilakukan ketika memungut hasil. sumber:sabah.gov.my
  1. Asapkan kawasan kotak koloni agar dapat menghalau lebah madu ketika mengutip hasil. pastikan memakai pakai yang sesuai serta memakai jaring pelindung muka
  2. Dengan menggunakan pengungkit sisiran, angkat sisiran dari kotak koloni lebah, goncangkan hingga lebah yang tinggal terjatuh.
  3. Gunakan sikat sekiranya masih ada lebah yang masih tinggal/ melekat pada sisiran
  4. Setelah sisiran bebas dari lebah, masukkan sisiran ke dalam baldi dan terus dibawa ke mesin pemerah madu
  5. Asingkan landasan sarang lebah ke dalam mesin pemerah madu. Gunakan pisau sekiranya landasan melekat kuat pada sisiran.
  6. setelah pemilihan landasan sarang telah dibuat, masukkan dalam mesin pemerah madu dan mula memerah.
  7. pastikan putaran mesin tidak terlalu perlahan kerana dikhuatiri tidak kesemua madu akan keluar. jika terlalu kuat pula akan menyebabkan kematian larva lebah.
  8. setelah bersih, sisiran dikeluarkan dari mesin ekstrak dan dibawa ke kotak koloni semula.
pekerja memasukkan madu yang terhasil ke dalam bekas. sumber: apiari, indonesia

PENGENALAN LEBAH MADU


Lebah merupakan serangga penghasil madu yang telah lama dikenal manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di pohon kayu dan tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan iaitu royal jelly, pollen, malam (lilin), propolis dan madu. Seterusnya manusia mula menternak lebah madu dengan memakai gelodong kayu dan pada masa sekarang dengan sistem stup. Di Indonesia lebah ini mempunyai bermacam-macam nama, di Jawa disebut tawon gung, gambreng, di Sumatera barat disebut labah gadang, gantuang, kabau, jawi dan sebagainya. Di Tapanuli disebut harinuan, di Kalimantan disebut wani dan di tataran Sunda orang menyebutnya tawon Odeng.


2. Kawasan Penternakan.

Di Malaysia kawasan penternakan lebah banyak tertumpu di Negeri Sabah dan Johor. Terdapat juga di kawasan yang menjalankan perternakan lebah secara kecil-kecilan seperti di Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Di Indonesia kawasan penternakan di sekitar Jawa meliputi daerah Jawa Timur, Jawa Tengah, Jawa Barat dengan jumlah pengeluaran sekitar 2000–2500 tan untuk lebah ternak. Kalimantan dan Sumbawa merupakan kawasan untuk madu lebah hutan.


3. Jenis lebah madu

Jenis lebah madu yang terkenal adalah Apis dorsata menghasilkan madu hutan dan Apis mellifera menghasilkan madu ternak. Lebah madu jenis Apis millifera dapat menghasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan propolis dalam jumlah yang cukup tinggi setiap tahunnya.

Lebah madu jenis Apis mellifera sering disebut lebah madu Italia. Lebah madu ini sangat popular sebagai lebah madu ternakan di Eropah, Amerika, dan Australia. Sekarang hampir semua penternakan lebah di seluruh dunia menternak lebah jenis Apis mellifera kerana mampu menghasilkan madu dengan jumlah 200 kg perkoloni pertahun.

Lebah madu ini lebih mudah diternak, sifatnya yang jinak dan mudah beradaptasi dengan lingkungan sehingga lebah jenis ini tidak mudah meninggalkan sarangnya. Penternak biasanya menternak lebah jenis ini mengikuti musim bunga sebagai sumber makanannya dan menghasilkan madu berdasarkan sumber bunga tersebut. D

Peranan lebah madu sebagai agen pendebungaan bunga sangat besar, sehingga sangat membantu petani untuk membantu meningkatkan hasil produksi pertanian dan perkebunan.

Kehidupan Lebah Madu

Lebah madu selalu hidup berkoloni, rata-rata setiap koloni terdapat 60-70 ribu lebah dalam satu sarang. Walaupun populasi yang demikian padat, lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terencana dan teratur rapi.

Suatu koloni lebah umumnya terdiri dari lebah pekerja, pejantan dan ratu. Lebah pekerja boleh dikatakan menjalankan seluruh tugas dalam sarang iaitu membuat sarang, membersihkan sarang, menjaga sarang, memberi makan larva dan ratu lebah, dan yang utama adalah mengumpulkan madu dan bee pollen sebagai sumber makanannya.

Ratu Lebah

Ratu lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2,8 kali berat lebah pekerja. Setiap koloni lebah hanya ada satu Ratu Lebah jika di dalam satu koloni ada dua ratu lebah maka keduanya akan saling membunuh untuk mendapatkan kedudukan sebagai ratu lebah.

Ratu lebah bertindak sebagai pemimpin dan menjaga keharmonian lebah dalam satu koloni. Semua lebah dalam satu koloni akan mentaati ratu lebah, kemana pun ratu lebah pergi, maka satu koloni lebah akan mengikutinya. Selain memimpin koloni lebah, ratu lebah mempunyai tanggung awab untuk meneruskan kelangsungan hidup koloni lebah iaitu dengan cara bertelur sepanjang hidupnya. Ratu lebah mampu bertelur 1500-2000 butir setiap hari..

Ratu lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5 tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja.

Rahsia ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah menggunakan Royal Jelly sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya menggunakan royal jelly selama 3 hari pada ketika menjadi larva.

Lebah Jantan

Lebah jantan lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja. Ciri-ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset yang lebih banyak dari pada faset pada mata lebah pekerja dan ratu lebah.

Lebah jantan tidak mempunyai sesungut penghisap madu dan juga tidak mempunyai kantung pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan lainya. Fungsi utama lebah jantan adalah untuk mengawan dengan Ratu Lebah.

Lebah Pekerja

Lebah pekerja biasa disebut juga sebagai lebah betina, lebah inilah yang memiliki tanggungjawab pekerjaan sepanjang hidupnya.

Ukuran tubuh lebah pekerja lebih kecil daripada ratu lebah dan lebah jantan. Bentuk tubuhnya ramping warnanya hitam kecoklatan dan ekornya mempunyai sengat yang lurus dan berduri. Dengan sengatnya, lebah pekerja dapat melindungi sarangnya dan menyerang siapapun yang mengganggu.

Lebah pekerja mempunyai tanggungjawab pekerjaan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan umur lebah pekerja tersebut. Setelah keluar dari kepompong larva, lebah pekerja terus mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan sarang lebah dari kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal Jelly yang sangat diperlukan larva lebah dan ratu lebah.

Royal jelly yang dihasilkan oleh Lebah muda setelah lebah tersebut menggunakan madu dan bee pollen. Royal jelly dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher lebah tersebut.

Lebah muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui Ratu Lebah menggunakan Royal jelly sepanjang hidupnya.

Setelah lebah pekerja berusia sekitar 3 minggu, lebah tersebut bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga akan diolah menjadi bee pollen.

Lebah terbang mencari pollen dan madu dengan menghinggapi beribu-ribu bunga yang sedang mekar. Lebah menghisap nektar dengan sesungutnya dan menyimpannya ke dalam kantong madu yang ada didalam tubuhnya.

Untuk memperoleh sekitar 375 gram madu, maka lebah harus berulang-alik sebanyak 75.000 kali untuk mengambil nektar. Untuk jumlah madu yang dikumpulkan sebanyak itu, lebah pekerja menempuh jarak terbang yang setara dengan 4-6 kali mengelilingi bumi. Bayangkan betapa sibuknya sesebuah koloni lebah. Lebah madu boleh mencari nektar sekitar 3 km dari sarangnya.