Penanaman sayuran di
rumah merupakan hobi kepada kebanyakan orang. Sebenarnya penanaman
sayuran di rumah boleh membawa banyak faedah seperti kita tidak perlu
membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu kita juga dapat
menikmati sayur-sayuran yang ditanam di rumah tidak menggunakan sebarang
bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, adalah
digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah. Berikut adalah
langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:
1. Penyediaan Tanah
Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi
saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh
membantu:
- Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrien: -
Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat
tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan
kehilangan air dari tanah.
- Tanah liat -Tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini
dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, jadi
kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
- Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk
mengelak air mengalir dengan cepatdalam tanah pasir. Kandungan bahan
organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
- Tanah gambut: - Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini
menyerap air dan meyimpannya, ini membantu tumbuhan menyerapnya.
- Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk
mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan
organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
2. Penyediaan Batas. -
Bajak @ cangkul dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas
berukuran 1.2m lebar, 0.15-0.20cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3m.
3. Semaian. -
Taburkan biji benih (sawi, bayam, kangkong) dengan campuran pasir halus
(1:1), taburkan selapis pasir halus bagi menutup benih dan letakkan
sungkupan dari rumput ke atas batas. Siram batas setiap hari. anak benih
kelihatan selepas 1-2 minggu.
4. Penanaman Benih. - Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
5.Pembajaan. - Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja ditabur di sekeliling pokok dan digaul ke dalam tanah.
6.Penyiraman. -
Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air
banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali
sehari adalah mencukupi.
7. Pengawalan Rumpai. - Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan @ cangkul) atau secra sungkupan.
8. Pengawalan Serangga Perosak. -
Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang
merah, bawang putih, halia, pudina dan beberapa tumbuhan herba yang
lain.
Jenis
sayuran yang boleh ditanam dengan senang adalah : Sawi, cili, terung
bulat, terung pajang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu,
tomato dan banyak lagi.