Monday, February 28, 2011

PENYEDIAAN HIDROPONIK 3T

1. Semai biji benih di atas span, pasir kasar atau sabut halus. Biarkan hingga tumbuh 3 atau 4 helai daun.Bila nak dipindahkan nanti bersihkan akar anak pokok tersebut.

2. Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.

3. Sediakan raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.


4. Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.

Nota :
Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari .
Jika disemai kemudian dipindah, baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.

.
5. Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.



6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.


7. Pastikan raga/medium terendam pada larutan di dalam takung.


8. Lakukan penjagaan sehingga mengutip hasil.

PENANAMAN TEBU

Cara menanam tebu "di bawah" batas



KAPUR PERTANIAN : DOLOMITE

Dolomite adalah sejenis kapur pertanian , ia kapur yang lebih baik kualitinya berbanding kapur biasa. Ada beberapa jenis kapur di pasaran atau dipanggil Ground Magnesium Lime (GML) seperti kalsite, dolomite, magnesite, gypsum. Secara purata kandungan Mg dalam dolomite ini 18%

Kapur dipakai untuk perawatan tanah ialah dolomite (yang terbaik), kapur GML/pertanian biasa dan gypsum (kualiti lebih rendah). Dolomite adalah kapur GML yang baik untuk tujuan agrikultur kerana kandungan Magnesiumnya yang tinggi, 18-22%. Kalsite, magnesite biasa dipakai dalam industri pembuatan kaca dan logam.

KAEDAH MELEPASKAN IKAN KE DALAM KOLAM ATAU TANGKI


1. Antara perkara yg perlu diambil perhatian sebelum melepaskan ikan ialah menstabilkan suhu dalam beg benih ikan dan suhu kolam.

2. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana menstabilkan suhu yg diamalkan oleh penternak. Merendamkan beg benih ikan dan kemudian membiarkan ikan itu keluar sendiri dari beg berkenaan pada sela masa tertentu.


PENANAMAN UBI KAYU

1. Cara yg selalu di amalkan oleh usahawan, menanam keratan ubi kayu pada kedudukan seperti dalam gambar di atas.Bukan di atas BATAS atau di bawah batas tetapi DI TEPI BATAS




2. Cara ini pula diamalkan oleh orang kampong, menanam dua keratan pada setiap "poit" di atas batas.

JADUAL EC METER UTK MELON KAEDAH AUTOPORT

1. Smart valve ini berfungsi macam pelampung dalam sistem tangki air di rumah kita. Bila air kurang pelampung akan naik dan air pun masuk.
2. Smart valve tadi dimasukkan ke dalam try di atas.


3. Gunakan batu bata yg dipecahkan sebagai medium tanaman.

Teknologi penanaman fertigasi menggunakan kaedah autopot adalah merupakan satu inovasi baru dalam bidang pertanian moden di Malaysia. Kaedah autopot adalah sistem yang membekalkan nutrien kepada tumbuhan dengan tepat mengikut keperluan secara automatik. Ia banyak digunakan di negara maju seperti di Australia dan di Eropah menggantikan kaedah fertigasi “drip to waste system” yang menggunakan habuk kelapa. Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.

Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi beberapa masalah dan limitasi yang terdapat dalam projek fertigasi. Kaedah ini menggunakan konsep hidroponik yang mesra alam dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang seragam dan berkualiti.

Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi. Berikut adalah cadangan kepekatan daripada Jabatan Pertanian Malaysia:

Umur Pokok

(Minggu)

Kepekatan (EC)

Tangki c

Kepekatan (EC)

Autopot

1-2

2-4

4-6

6-7

8-9

>10

1.6

1.7

1.8

1.9

2.0-2.2

2.4-2.5

1.7

1.8

1.9

2.0

2.3-2.5

2.6-3.0

CANTASAN DAUN DALAM FERTIGASI


1. Gunakan skateur cantas semua daun bermula dari bawah hingga ke cabang pertama.

2. Jika gagal dicantas berlaku pembaziran kos nutrien dan saiz buah juga kecil.

3. Pastikan medium sentiasa mempunyai kelembapan yang mencukupi.

4. Kadar kehingan air untuk terung lebih tinggi berbanding cili kerana saiz daun yang lebar

Sunday, February 27, 2011

MULBERI

Mulberi adalah termasuk genus tumbuhan dari keluargaMoraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Berikut adalah spesies-spesies Mulberi yang diterima umum setakat ini:

PENANAMAN

  • Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.
  • Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).
  • Tinggi pokok Mulberi biasanya antara 5-6 kaki.
  • Jarak penanaman pokok Mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.
PENJAGAAN
  • Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memangkas)
  • Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan/sekali. boleh juga guna bahan tinja/kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.
  • pokok mulberi jarang kena penyakit.

Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. daunnya boleh dikutip setiap 3-4 bulan sekali untuk dijadikan bahan tambahan makanan ternakan.

Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk (seperti buah nenas, mengkudu) yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna putih kehijauan ketika mula berbuah dan ungu tua bila capai tempoh matang, dan ia enak dimakan segar. Boleh juga diproses menjadi jem, jus, perasa makanan

Tuesday, February 22, 2011

TERAJU USAHAWAN

8 Februari 2011, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dilancarkan bagi memenuhi dan meningkatkan keupayaan ekonomi Bumiputera di Malaysia. Apa rasionalnya dan bagaimana TERAJU dapat mengolah ekonomi Bumiputera secara lebih efektif.

TERAJU ditubuhkan di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri dan 9 Menteri yang lain. Memetik artikel wawancara di Mingguan Malaysia pada 13 Februari 2011, CEO TERAJU Husni Salleh menyenaraikan 5 bahagian utama yang menjadi fokus TERAJU untuk membangunkan ekonomi Bumiputera.


Memperkukuhkan penyertaan syarikat-syarikat bumiputera dalam projek-projek yang telah dikenal pasti dalam Projek Penggerak Ekonomi (EPP).Memperkenalkan EPP baru yang mempunyai kepentingan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Menilai semula peranan-peranan institusi untuk melancarkan dan memacu tranformasi, mengkaji pertindihan dan fungsi. Bekerjasama dengan EPU untuk melihat semula polisi-polisi yang lama dan boleh diubahsuai. Membangunkan kapasiti, modal insan dan mengukuhkan institusi kepada lebih professional.

Melihat kepada 5 fokus utama ini, ia adalah amat berwawasan dan mempunyai perjalanan yang sangat mencabar bagi merubah / meningkatkan sesuatu yang mempunyai focus yang sangat mendalam. Boleh dikatakan, penubuhan TERAJU ini adalah dengan tujuan untuk memandu arah kepada lebih tersusun dan membuka ruang yang cukup luas untuk penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi Negara


Walaupun wujudnya SME Corp, MARA dan pelbagai agensi lain yang bertindak membantu usahawan Bumiputera, TERAJU dilihat lebih efektif dan praktikal kerana ia mempunyai fokus yang amat luas dan tumpuan yang mendalam. Diharap, melalui penubuhan ini usahawan dapat melihat bagaimana usaha kerajaan untuk memberi keupayaan yang tinggi dalam membimbing dan menambah kekayaan bumiputera. Sebelum ini, kita sudah ada PEMUDAH yang memudahkan pelbagai urusan, kini wujud TERAJU dan harap “Pandu Laju-laju” dalam meningkatkan kekayaan bumiputera.

Mahani Amat @ Halimi
Pegawai Pertanian
Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)
Tower I UPM-MTDC Technology Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

Tel: 03-89471817

Friday, February 18, 2011

KAJIAN POTENSI LABU KUNDUR SEBAGAI TANAMAN KOMERSIL

daun

bunga

buah

Lawatan ke Pekan dan Rompin, Pahang untuk aktiviti kajian “ Potensi Labu Kundur Sebagai Tanaman Komersil di Semenanjung Malaysia”.

Pada 10 Februari 2011 hari Khamis, kumpulan kajian labu kundur yang di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Nordin Abd. Rahman selaku Ketua Projek dan Pengarah Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) bersama empat ahli yang lain telah melakukan lawatan ke Pekan, Pahang. Tujuan lawatan ini adalah untuk menghadiri jemputan daripada Encik Shaikh Ismail Abdullah iaitu Pengarah Operasi Syarikat Warisan Kundur Resources untuk pembukaan premis baru bagi operasi kilang yang bertempat di Lot Hadapan Pusat Inkubator Peramu, Pekan, Pahang. Pemindahan ini adalah selaras dengan pembesaran operasi dan lokasi kilang yang lebih dekat dengan ladang-ladang labu kundur yang terletak di daerah Pekan dan Rompin.
Pusat Inkubator Peramu, Pekan Pahang


Turut serta pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI, FAMA, dan SME Corp sebagai agensi sokongan yang membantu dalam memberikan khidmat sokongan yang diperlukan oleh usahawan tersebut dari segi pembangunan dan kualiti produk, pemasaran, pembiayaan dan khidmat nasihat.
Pelbagai jenis produk yang telah dihasilkan oleh beliau hasil inisiatif penyelidikan beliau sendiri seperti jem, kordial, minuman terus, halwa, pengilat, tonik, dan banyak lagi. Produk-produk ini hanya dihasilkan berdasarkan permintaan pasaran sahaja. Jika dilihat, tanaman labu kundur ini mempunyai potensi yang baik untuk dikembangkan kerana kepelbagaian produk dapat dihasilkan daripada tanaman labu kundur itu sendiri.




Antara produk hiliran dari labu kundur


sesi taklimat dengan pengusaha labu kundur




Fasa I :Lawatan diteruskan ke ladang labu kundur yang terletak di Rompin, kira-kira satu jam perjalanan dari Pekan, Pahang untuk melihat sendiri tanaman labu kundur yang ditanam di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mula ditanam pada November 2010 bagi Fasa I seluas 2 ekar.

fasa 1
fasa 2