Friday, February 18, 2011

KAJIAN POTENSI LABU KUNDUR SEBAGAI TANAMAN KOMERSIL

daun

bunga

buah

Lawatan ke Pekan dan Rompin, Pahang untuk aktiviti kajian “ Potensi Labu Kundur Sebagai Tanaman Komersil di Semenanjung Malaysia”.

Pada 10 Februari 2011 hari Khamis, kumpulan kajian labu kundur yang di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Nordin Abd. Rahman selaku Ketua Projek dan Pengarah Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) bersama empat ahli yang lain telah melakukan lawatan ke Pekan, Pahang. Tujuan lawatan ini adalah untuk menghadiri jemputan daripada Encik Shaikh Ismail Abdullah iaitu Pengarah Operasi Syarikat Warisan Kundur Resources untuk pembukaan premis baru bagi operasi kilang yang bertempat di Lot Hadapan Pusat Inkubator Peramu, Pekan, Pahang. Pemindahan ini adalah selaras dengan pembesaran operasi dan lokasi kilang yang lebih dekat dengan ladang-ladang labu kundur yang terletak di daerah Pekan dan Rompin.
Pusat Inkubator Peramu, Pekan Pahang


Turut serta pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI, FAMA, dan SME Corp sebagai agensi sokongan yang membantu dalam memberikan khidmat sokongan yang diperlukan oleh usahawan tersebut dari segi pembangunan dan kualiti produk, pemasaran, pembiayaan dan khidmat nasihat.
Pelbagai jenis produk yang telah dihasilkan oleh beliau hasil inisiatif penyelidikan beliau sendiri seperti jem, kordial, minuman terus, halwa, pengilat, tonik, dan banyak lagi. Produk-produk ini hanya dihasilkan berdasarkan permintaan pasaran sahaja. Jika dilihat, tanaman labu kundur ini mempunyai potensi yang baik untuk dikembangkan kerana kepelbagaian produk dapat dihasilkan daripada tanaman labu kundur itu sendiri.




Antara produk hiliran dari labu kundur


sesi taklimat dengan pengusaha labu kundur




Fasa I :Lawatan diteruskan ke ladang labu kundur yang terletak di Rompin, kira-kira satu jam perjalanan dari Pekan, Pahang untuk melihat sendiri tanaman labu kundur yang ditanam di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mula ditanam pada November 2010 bagi Fasa I seluas 2 ekar.

fasa 1
fasa 2