Sunday, February 27, 2011

MULBERI

Mulberi adalah termasuk genus tumbuhan dari keluargaMoraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Berikut adalah spesies-spesies Mulberi yang diterima umum setakat ini:

PENANAMAN

  • Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.
  • Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).
  • Tinggi pokok Mulberi biasanya antara 5-6 kaki.
  • Jarak penanaman pokok Mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.
PENJAGAAN
  • Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memangkas)
  • Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan/sekali. boleh juga guna bahan tinja/kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.
  • pokok mulberi jarang kena penyakit.

Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. daunnya boleh dikutip setiap 3-4 bulan sekali untuk dijadikan bahan tambahan makanan ternakan.

Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk (seperti buah nenas, mengkudu) yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna putih kehijauan ketika mula berbuah dan ungu tua bila capai tempoh matang, dan ia enak dimakan segar. Boleh juga diproses menjadi jem, jus, perasa makanan