Monday, July 15, 2013

PEMBAJAAN TANAMAN




Pembajaan tanaman merupakan amalan yang perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil di samping pergantungan kepada baja secara semulajadi dari tanah.

Membaja bukan sekadar menabur disekeliling pokok tanaman sahaja tanpa mengikut teknik-teknik yang betul tetapi keadaan pokok tanaman dan sukatan keperluan pokok mesti difahami bagi mengelakkan pembaziran kos dan masa. Pembaziran berlaku disebabkan kurang kefahaman terhadap teknik-teknik pembajaan yang betul kerana kemungkinan baja yang ditabur akan terlupus keudara atau terhakis dibawa air hujan.
Teknik pembajaan yang tidak betul akan mengakibatkan baja tidak dapat diserap oleh pokok secara maksimun mungkin disebabkan akar pokok jauh dari taburan baja. Taburan baja yang berlebihan daripada keperluan pokok juga menyebabkan pembaziran kerana lebihan baja hanya akan terlupus keudara atau terhakis oleh air hujan.
 
Terdapat teknik-teknik pembajaan yang didapati berkesan untuk tumbesaran pokok dan mudah dipratikkan oleh pengusaha projek pertanian. Teknik-teknik yang dinyatakan ini amat bersesuaian dipraktikkan kepada pokok tanaman yang lebih kepada sifat tanaman kekal seperti tanaman buah-buahan. 
Di bawah ini ditunjukkan teknik-teknik pembajaan yang betul sebagai panduan kepada petani-petani dalam mengusahakan projek pertanian:

1. Lurah Keliling
Berpandukan kepada teknik ini, lurah perlu digali sedalam 10-15 sm dengan lebar 20 sm di sekeliling pokok pada jarak hujung dahan (jurai daun) pokok tanaman. Baja dimasukkan kedalam lurah yang digali mengikut kadar yang disyorkan bergantung kepada umur pokok dan ditimbus supaya tidak dapat dibawa oleh air hujan. Baja akan dapat diserap oleh akar-akar pokok yang aktif pada jarak tersebut.


2. Lurah Jejari
 
Teknik pembajaan lurah jejari boleh diamalkan pada pokok-pokok tanaman yang sensitif seperti pokok durian. Cara ini tidak merosakkan akar-akar pokok yang aktif dan jika berlaku kerosakkan pun hanya ditahap paling minimun tanpa menjejaskan tumbesaran dengan mengali lurah sedalam 10-15 sm dengan lebar 20 sm memanjang dari pangkal pokok hingga ke hujung kanopi pokok.
Lurah yang digali ini jika dilihat daripada atas akan kelihatan seperti huruf "t". Jumlah lurah yang digali bergantung kepada saiz kanopi pokok iaitu antara 406 lurah. Baja dimasukkan dalam lurah tersebut dan ditimbus bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.

3. Poket atau Saku
 
Teknik ini berbeza sedikit dengan cara lurah keliling kerana lubang yang digali kelihatan putus-putus. Lubang dibuat de sekeliling pokok mengikut garisan kanopi sama seperti lurah keliling. Kedalaman lubang antara 10-15 sm dengan lebar 20 sm dan panjang 20-30 sm.

Jumlah lubang pula bergantung kepada saiz pokok, semakin besar pokok, lubang yang diperlukan semakin banyak untuk diselaraskan dengan kuantiti baja. Baja dimasukkan ke dalam lubang dan ditimbus semula juga bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.

Penutup
Teknik-teknik pembajaan yang tersebut di atas merupakan amalan yang digunapakai oleh kebanyakan petani. Pembajaan jika dilakukan mengikut teknik-teknik yang betul akan dapat menggalakkan tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil yang tinggi kerana baja yang ditabur dapat diserap sepenuhnya oleh pokok selain menjimatkan kos serta mengelakkan pembaziran.

MARI BERCUCUK TANAM DI LAMAN RUMAH


Penanaman sayuran di rumah merupakan hobi kepada kebanyakan orang. Sebenarnya penanaman sayuran di rumah boleh membawa banyak faedah seperti kita tidak perlu membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang ditanam di rumah tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:

1. Penyediaan Tanah 
Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu: 
  • Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrien: - Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
  • Tanah liat -Tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, jadi kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
  • Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepatdalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. 
  • Tanah gambut: - Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan meyimpannya, ini membantu tumbuhan menyerapnya.
  • Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
2. Penyediaan Batas. - Bajak @ cangkul dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 0.15-0.20cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3m.

3. Semaian. - Taburkan biji benih (sawi, bayam, kangkong) dengan campuran pasir halus (1:1), taburkan selapis pasir halus bagi menutup benih dan letakkan sungkupan dari rumput ke atas batas. Siram batas setiap hari. anak benih kelihatan selepas 1-2 minggu.

4. Penanaman Benih. - Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.

5.Pembajaan. - Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja ditabur di sekeliling pokok dan digaul ke dalam tanah.

6.Penyiraman. - Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.

7. Pengawalan Rumpai. - Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan @ cangkul) atau secra sungkupan.

8. Pengawalan Serangga Perosak. - Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina dan beberapa tumbuhan herba yang lain.

Jenis sayuran yang boleh ditanam dengan senang adalah : Sawi, cili, terung bulat, terung pajang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato dan banyak lagi.

Monday, July 8, 2013

KURSUS @ UCTC

Bagi tuan/puan yang berminat untuk mengikuti kursus anjuran UPM amnya, dan UCTC khasnya, boleh melayari blog ini untuk tujuan pendaftaran dan info mengenai kursus yang akan diadakan. Untuk keterangan lanjut, hubungi Bahagian Pemajuan Profesional, UCTC di talian :
03.89471807 | 03.89471814 | 03.89471845 | 03.89471819 | 03.89471848


KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK PAUTAN KE LAMAN WEB BERKENAAN