Monday, July 15, 2013

MARI BERCUCUK TANAM DI LAMAN RUMAH


Penanaman sayuran di rumah merupakan hobi kepada kebanyakan orang. Sebenarnya penanaman sayuran di rumah boleh membawa banyak faedah seperti kita tidak perlu membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang ditanam di rumah tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:

1. Penyediaan Tanah 
Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu: 
  • Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrien: - Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
  • Tanah liat -Tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, jadi kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
  • Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepatdalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. 
  • Tanah gambut: - Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan meyimpannya, ini membantu tumbuhan menyerapnya.
  • Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
2. Penyediaan Batas. - Bajak @ cangkul dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 0.15-0.20cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3m.

3. Semaian. - Taburkan biji benih (sawi, bayam, kangkong) dengan campuran pasir halus (1:1), taburkan selapis pasir halus bagi menutup benih dan letakkan sungkupan dari rumput ke atas batas. Siram batas setiap hari. anak benih kelihatan selepas 1-2 minggu.

4. Penanaman Benih. - Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.

5.Pembajaan. - Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja ditabur di sekeliling pokok dan digaul ke dalam tanah.

6.Penyiraman. - Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.

7. Pengawalan Rumpai. - Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan @ cangkul) atau secra sungkupan.

8. Pengawalan Serangga Perosak. - Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina dan beberapa tumbuhan herba yang lain.

Jenis sayuran yang boleh ditanam dengan senang adalah : Sawi, cili, terung bulat, terung pajang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato dan banyak lagi.