PENGENALAN
Pokok
Mahkota Dewa berasal dari Papua/ Irian Jaya. Nama Saintifiknya adalah
Phaleria macrocarpa dan termasuk di dalam keluarga Thymelaecae. Pokok
ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang berkembang dan
tumbuh sepanjang tahun, rajin berbunga dan bilangan
bunganya amat banyak . Buahnya yang lebat dianggarkan 60 biji sepokok
pada satu musim berbuah.
Ketinggiannya
sekitar 1-2 meter bagi tempoh 5 tahun ditanam dan bergantung kepada
penyelenggaraan pokok serta jenis tanah..Batang
bergetah terdiri dari kulit
yang berwarna coklat
kehijauan dan batang kayu
berwarna putih, ianya
berakar tunjang. Ianya sesuai ditanam di dalam
pasu dan di atas tanah. Keadaan ini menyebabkan pokok Mahkota Dewa
sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan/landskap dan ubatan.
Klafikasi
Mahkota Dewa
Divisi
|
Spermathophyta
|
Subdivisi
|
Angiospermae
|
Kelas
|
Dicotyledoneae
|
Bangsa
|
Thymelaeales
|
Suku
|
Thymelaeaceae
|
Marga
|
Phaleria
|
Spesies
|
Phaleria Macrocarpa
(Scheff.) Boerl @
Phaleria Papuana
Warb Var.Wichnnii (val)
Back
|
KHASIAT MAHKOTA DEWA
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai
khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya
berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan
akar.
Antaranya seperti berikut :-
- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
- Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
- Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
- Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
- Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
- Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
- Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
- Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
- Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
- Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
- Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
- Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim.
- Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza
- Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi
DAUN
Daun
berbentuk lonjong , lansing,
memanjang & hujungnya
runcing, tepi daun rata,
permukaan daun licin dan
tidak berbulu.
BUNGA
Bunga mahkota
dewa berwarna putih dan
berbau harum. Bunga tersebut
berukuran kecil menyerupai
bunga cengkih.
BUAH MAHKOTA DEWA
Buah Mahkota
Dewa adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada
penyelenggaraan pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat
dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat,
diameter 3-5cm, permukaan
licin, beralur. Ketika masih muda, kulit
buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah
kepada warna merah muda. Kulit
buahnya mula berubah warna dari warna merah muda kepada merah meron
pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.
Isi buah
berwarna putih, berserat dan
berair.
Merupakan
bahagian tanaman paling
beracun. Bentuknya bulat
lonjong berdiameter sekitar
1cm & berwarna coklat,
bahagian dalam berwarna
putih.
PENGERINGAN & PENYIMPANAN HERBA MAHKOTA DEWA
Dalam
usaha menilai dan menentukan pengeringan herba Mahkota Dewa ,
faktor-faktor yang mempengaruhi pengeringan seperti suhu dan masa
pengeringan, kelajuan udara, muatan dulang dan nilai pH perlu diambil
kira oleh pengusaha herba seterusnya pengguna.
Suhu, masa
dan kelembapan bandingan di dalam bilik penyimpanan dapat mempengaruhi
mutu hasilan . Bagi mendapatkan mutu herba yang baik, pengawasan ke
atas proses metabolisme di dalam bilik penyimpanan adalah mustahak
PRODUK MAHKOTA DEWA
antara produk dari Tanaman Mahkota Dewa :
- Bahan Minuman Mahkota Dewa
- Bedak
- Syampoo
- Sabun Mandi
- Sabun Muka
TEKNIK PEMBIAKAN POKOK MAHKOTA DEWA
Teknik
pembiakan tumbuhan ini boleh dilakukan secara keratan dahan, tut dan
biji benih. Pembiakan secara biji benih dapat menghasilkan bentuk pokok
yang cantik/rimbun dan tahan kepada rintangan angin.
Kandungan
Kimia :
1.
Daun : mengandungi
antihistamin, alkaloid,
saponin & polifenol (lignan)
2.
Kulit Buah : mengandungi
alkaloid, saponin &
flavonoid
3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.
3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.
Sifat &
Khasiat :
- Kulit Buah dan Daging Buah : mengubati cirit berdarah, psoriasis, jerawat
- Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
- Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.
* Komponen
lignan baru yang terdapat
pada ekstrak daging buah
mahkota dewa berumus molekul
C6 H2O O6 & berstruktur
5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.
Antara
Penyakit Yang Dapat
Disembuhkan Dengan Campuran
Mahkota Dewa
1.
Kanser &
Tumor
2.
Eksim (Penyakit
Kulit)
3.
Diabetis
Melitus (Kencing Manis)
4.
Hipertansi (Darah
Tinggi)
5.
Hepatitis (Radang
Hati)
6.
Reumatik (Sakit
Sendi)
7.
Asam Urat
(Arthritis Gout)
8.
Penyakit
Jantung
9.
Gangguan
Ginjal
Catatan
- Ibu hamil
dilarang meminum hasil
pemprosesan tumbuhan ini.
sumber di sini