Thursday, June 9, 2011
SEMAIAN BIJI BENIH
Cara untuk menyemai anak benih:
1. 2 helai surat khabar di rendam dalam besen berisi air (2-3jam)
2. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi ¾ cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam
3. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.
4. Toskan. Tebarkan surat khabar yang lembap itu, tabur biji benih ke atas permukaan salah satu helaiannya. Tutup dan gulung. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik)
5. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung.
6. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka selepas 36jam.
7. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak semaian.
8. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih yang belum bercambah. p/s: benih yang mula-mula cambah tu adalah benih yang terbaik... Gred A, kemudian Gred B dan C.. lepas tu adalah gred yang kurang elok