PENGENALAN
KEISTIMEWAAN
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.
Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.
Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak
CARA PENANAMAN
Bahan Tanaman | Biji |
Jarak Tanaman | 100 cm x 100 cm |
Keperluan Benih | 600 gm / ekar |
Semaian | Semaian di atas dulang atau tanam terus |
Mula Memetik Hasil | 14 minggu |
Hasil Purata | 20 – 30 tan/ekar |
Baja | Baja organan / baja sebatian 12:12:17:2 / 15:15:15 Baja terus : Sulphate of ammonia, triple superphoshate |
Serangga | Lalat buah - sembur racun Malathion Kumbang – Racun Carbarly / diazinon Kutu Daun – Malation / diazinon Kepinding buah – Carbarly / gamma BHC |
Penyakit | Kelapuk downy – Racun Maneb Kelapuk berdebu – Racun Benomy / Thiram Bintik Daun – Racun Maneb Virus Mozek – Musnahkan pokok |
PRODUK HILIRAN LABU KUNDUR
- Kordial
- Jus
- Halwa
- Tepung
- Puri
- Jem
- Bahan pemekat
- Polimer dan lain-lain
Maklumat ini diperolehi daripada usahawan Encik Sheikh Ismail.
Nama usahawan : Encik Sheikh Ismail
No. telefon : 016 – 9377211
Lokasi : Kuantan, Pahang
Nama Syarikat : Warisan Kundur Resources (CA0151249-V)