Monday, June 24, 2013

BEBOLA LUMPUR EM

PENGENALAN
 
Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus. la merupakan campuran  mikroorganisma  terpilih yang  berupaya  memberi pelbagai faedah. Semua mikrob ini boleh di dapati dalam alam semula jadi. la berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino,gula, alkohol, hormon dan sebatian organik

KAEDAH MEMBUAT MIKRO-ORGANISMA EFEKTIF (EM)
 
Nisbah1. 
Gula merah/molases - 1 kg
Sisa makanan (sisa sayur, kulit buah) - 3 kg
Air - 10 liter
  1. Campur gula merah dengan air dan diikuti sisa makanan dalam bekas
  2. Tinggal 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi 
  3. Membuka penutup bekas setiap hari bagi pengeluaran  gas
  4. Mengacau bahan-bahan  terapung 
  5. Cecair EM boleh diguna selepas3 bulan
KAWALAN KUALITI EM
  1. pH - di bawah 3.5
  2. bau - masam harum ( EM tidak boleh digunakan jika ia berbau busuk)





   
 KEGUNAAN EM
  Dalam rumah:
  • Mengurang bau busuk serta  menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
  • Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
  • Membantu  menghalau serangga 
Pertanian
  • Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
  • Memelihara ladang bebas daripenyakit dan serangga
  •  Sebagai baja untuk tanaman
  • Memulih  tanah yang bermasalah
  • Tahi haiwan  yang dirawat dengan EM akan mengurang bau  dan meningkatkan kualiti baja kompos 
Longkang / Sungai 
  • Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk
Bahan-bahan membuat EM Mud Ball