Thursday, June 28, 2012

TANAMAN GAJUS

PENGENALAN

Pokok gajus dipercayai berasal dari Brazil telah diperkenalkan di India pada abad ke 16 dan seterusnya meluas ke negara subtropika dan tropika termasuk di negara ini.  Pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai timur Semenanjung terutama di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Gajus tergolong di dalam keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya adalah Anacardium occidentale.

Pokok gajus biasanya mula berbuah setelah berumur tiga tahun.  Ia mula berbunga pada bulan Februari hingga April dan berbuah pada bulan Mei hingga Julai.  Pokok gajus dijangka produktif selama 15 hingga 20 tahun.
pucuk gajus
buah gajus
bunga gajus
Buah gajus boleh dimakan segar mahupun dijadikan sebagai sebahagian inti kerabu atau diproses menjadi cuka.  Biji gajus yang digoreng, dipanggang dan dimasinkan sangat popular sebagai makanan ringan.  Biji gajus panggang juga biasa didapati di dalam aiskrim, biskut dan kek malahan di dalam masakan cina dan siam.  Pucuk gajus sangat digemari sebagai ulam di kalangan masyarakat di negara ini yang dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan menyembuhkan ulser dalam mulut.

Pembiakan pokok gajus adalah dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian bijibenih.  Kaedah cantuman matatunas memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar.  Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum.

Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.  Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.

Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.

Pengairan
  • Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.
  • Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.
  • Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.
  • Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara.  Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.

Pengawalan rumpai
  •  Kawalan rumpai dijalankan sebelum kerja pembajaan dilakukan dan semasa musim berbuah supaya mudah mengutip biji gajus yang telah gugur ke tanah.
  • Kawalan rumpai secara manual dengan menggunakan cangkul pada peringkat awal pertumbuhan pokok gajus dapat membantu mengawal rumpai yang tumbuh di sekelilingnya.  Di samping itu, sungkupan dengan menggunakan rumput kering atau hampas kelapa sawit turut dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan memudahkan kerja penyelenggaraan seperti pembajaan.
  • Rumpai juga boleh dikawal dengan menggunakan racun kimia yang mempunyai bahan aktif paraquat atau glyphosate.  Pemilihan racun kimia bergantung kepada jenis rumpai yang tumbuh dan kesesuaian umur pokok gajus.  Kekerapan semburan ialah di antara tiga dan empat kali setahun.

Pembajaan 
  • Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.
  •  Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.
  • Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.
  • Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

Pemangkasan
  • Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.
  • Dahan yang rendah hendaklah dipangkas.  Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.
 
Kawalan penyakit dan perosak

  • Ulat pemakan daun, ulat pengorek batang dan anai-anai adalah beberapa perosak dikenalpasti menyerang pokok gajus.  Kawalan yang disyorkan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos atau malathion.
  • Penyakit antraknos boleh menyebabkan pengurangan hasil dari pokok gajus.  Kawalan kulat pembawa penyakit ini dengan mengunakan racun kulat dapat mengurangkan penyakit ini di kawasan tanaman gajus.
  • Bancuhan dan kekerapan penggunaan racun serangga dan kulat hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada label supaya dapat pengawalan yang terbaik dan berkesan.
  • Kebersihan persekitaran kawasan kebun hendaklah sentiasa dijaga bagi mengelakkan menjadi perumah kepada ulat dan serangga perosak.


Tuesday, June 26, 2012

PROSES PENGERAMAN TELUR MENGGUNAKAN INKUBATOR

Inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.

Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.

MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?
  1. Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
  2. Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
  3. Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
  4. Ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya dapat dikurangkan.
  5. Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
  6. Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.

PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN



ANTARA CONTOH INKUBATOR:
 



SUHU INKUBATOR YANG DISYORKAN 


TEMPOH MASA

Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.



PANDUAN MENGGUNAKAN FORCED-AIR INCUBATOR


PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING



sumber di sini

Wednesday, June 20, 2012

PENGGUNAAN LAMAN WEB BAHARU UPM


YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacitanya kami ingin menarik perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan bahawa bermula pada 21 Jun 2012 (Khamis), laman web UPM akan berwajah baharu. Laman web baharu ini menampilkan pembaharuan dari aspek struktur kandungan, rupa bentuk selaras dengan fungsinya sebagai saluran komunikasi kepada pelanggan UPM.

Sekian, Terima kasih.

Pengarah, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi UPM

Thursday, June 14, 2012

MAHKOTA DEWA

PENGENALAN


Pokok Mahkota Dewa berasal dari Papua/ Irian Jaya. Nama Saintifiknya adalah Phaleria macrocarpa dan termasuk di dalam keluarga Thymelaecae. Pokok ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, rajin berbunga dan bilangan bunganya amat banyak . Buahnya yang lebat dianggarkan 60 biji sepokok pada satu musim berbuah.

Ketinggiannya sekitar 1-2 meter bagi tempoh 5 tahun ditanam dan bergantung kepada penyelenggaraan pokok serta jenis tanah..Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang. Ianya sesuai ditanam di dalam pasu dan di atas tanah. Keadaan ini menyebabkan pokok Mahkota Dewa sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan/landskap dan ubatan. 

Klafikasi Mahkota Dewa
 
Divisi
Spermathophyta
Subdivisi
Angiospermae
Kelas
Dicotyledoneae
Bangsa
Thymelaeales
Suku
Thymelaeaceae
Marga
Phaleria
Spesies
Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria Papuana Warb Var.Wichnnii (val) Back
                 

KHASIAT MAHKOTA DEWA

Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat  untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti  daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.

Antaranya seperti berikut :-
  • Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
  • Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. 
  • Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. 
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup 
  • Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. 
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. 
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. 
  • Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang 
  • Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. 
  • Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
  • Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner 
  • Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim. 
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza 
  • Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi

DAUN

 
Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
  
BUNGA

 

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

BUAH MAHKOTA DEWA


Buah Mahkota Dewa  adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada  penyelenggaraan  pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah  kepada warna  merah muda. Kulit buahnya  mula berubah warna dari warna merah muda  kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.
Isi buah  berwarna putih, berserat dan berair. 

Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.  




PENGERINGAN  & PENYIMPANAN HERBA MAHKOTA DEWA





Pengeringan dilakukan secepat mungkin, lama masa pengeringan bergantung kepada bahagian mana yang dikeringkan pada suhu pengeringan.  Selepas dikeringkan , herba disimpan dalam bekas kalis cahaya, udara dan serangga  supaya ianya tidak rosak, pudar dan aromanya berubah.

Dalam usaha menilai dan menentukan pengeringan herba Mahkota Dewa , faktor-faktor yang mempengaruhi pengeringan  seperti suhu dan masa pengeringan, kelajuan udara, muatan dulang dan nilai pH perlu diambil kira oleh pengusaha herba seterusnya pengguna. 

Suhu, masa dan kelembapan bandingan  di dalam bilik penyimpanan  dapat mempengaruhi mutu hasilan . Bagi mendapatkan mutu herba yang baik, pengawasan ke atas proses metabolisme di dalam bilik penyimpanan adalah mustahak


PRODUK MAHKOTA DEWA
antara produk dari Tanaman Mahkota Dewa :
  1. Bahan Minuman Mahkota Dewa
  2. Bedak
  3. Syampoo
  4. Sabun Mandi
  5. Sabun Muka

 TEKNIK PEMBIAKAN POKOK MAHKOTA DEWA

Teknik pembiakan tumbuhan ini boleh dilakukan secara keratan dahan, tut dan biji benih. Pembiakan  secara biji benih dapat menghasilkan bentuk pokok yang cantik/rimbun dan tahan kepada rintangan  angin.




Kandungan Kimia :
 

          1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)
          2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid
          3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.
 
Sifat & Khasiat : 
  1. Kulit Buah dan Daging Buah :  mengubati cirit berdarah, psoriasis, jerawat
  2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
  3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.
* Komponen lignan baru  yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6  & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.
 
Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
 
1.     Kanser & Tumor
2.     Eksim (Penyakit Kulit)
3.     Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4.     Hipertansi (Darah Tinggi)
5.     Hepatitis (Radang Hati)
6.     Reumatik (Sakit Sendi)
7.     Asam Urat (Arthritis Gout)
8.     Penyakit Jantung
9.     Gangguan Ginjal
 
Catatan
-   Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.
-   Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini. 


sumber di sini