Tuesday, January 17, 2012

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR


Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.

Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem

Pertanian

3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :-

  1. Tahap primitif dan sara diri
  • dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional
  • kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi
  • berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan
2. Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming)

  • tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain
  • aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien
  • pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama
  • kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani
3. Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming)
  • tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa
  • keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting.
  • kepelbagaian dari segi saiz dan amalan – dari penanaman secara intensif buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan ‘economi scale’
  • tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar

Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi

Pertanian

Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :-

  • Persepsi petani
  • Peluang yang ada
  • Had dan Batasan
  • Sosial dan ekonomi
  • Kemungkinan untuk masa hadapan

Halangan-halangan sosial :-

  • Tahap pengetahuan dan pendidikan petani
  • Status sosial dan kesenangan
  • Cara pemilikan tanah
  • Budaya
  • Kekurangan makanan
  • Ketiadaan visi/wawasan

Masalah Pemilikan Tanah

Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :-

  • jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan
  • pembesaran/penambahan pelaburan terhad
  • petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang
  • jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya
  • kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut
  • penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian

  1. Ketidakstabilan harga
  • oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan

2. Penawaran dan Permintaan bermusim
  • Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan

3. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
  • Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.
4. Kos dan Margin yang Tinggi
  • Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.
5. Kekurangan Maklumat Pasaran
  • Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
6.Kekurangan Infrastruktur Pemasaran
  • Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.

Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-

  • perubahan teknologi dan innovasi
  • polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
  • institusi sokongan sosial
  • Pemulihan tanah (land reform)
  • Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

Teknologi dan Innovasi

  • Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti.
  • Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah :
  • pengenalan peralatan mekanisasi
  • kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia)
  • Peralatan mekanisasi – untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas
  • Masalah – kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar.
  • Innovasi dan teknologi kedua – membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden.
  • Kemajuan ini bersifat ‘scale-neutral’ iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin.

Polisi dan Insentif

  • Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian dalam strategi pembangunan nasional
  • Polisi harga komoditi pertanian – kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa berubah-ubah juga boleh merugikan petani.
  • Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian, infrastruktur dan teknologi
  • Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa insentif yang diperlukan, peluang-peluang ekonomi dan ketersampaian kepada input yang diperlukan.
  • Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan pengembangan.

Institusi

  • Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan perkhidmatan sokongan kerajaan
  • Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh

Pemulihan Tanah

  • Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan masyarakat tani
  • Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar bandar yang tidak seimbang
  • Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak milik dan penggunaan tanah.
  • Myrdal – ‘land reform’ merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Sekiranya program ‘land reform’ dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan, peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat dibangunkan.

Pembangunan Bersepadu

  • Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan sektor pertanian merangkumi usaha-usaha
  • meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan
  • mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar
  • keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa (pembangunan mampan)

Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia

  • isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ‘ageing labour’, pendidikan dan latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing
  • perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain
  • tahap pelaburan swasta yang rendah
  • globalisasi dan keterbukaan ekonomi
  • kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan bersaing di pasaran antarabangsa
  • persaingan antara-sektor mendapatkan sumber yang terhad
  • penggunaan tanah yang optimal
  • pembangunan teknologi dan R&D
  • penghakisan kelebihan bandingan dan daya boleh saing akibat meningkatnya pengeluar berkos rendah di negara-negara jiran
  • Food security – yang mencukupi, berkualiti dan selamat
  • Alam sekitar dan kelestarian sektor pertanian

sumber disini