Wednesday, August 26, 2009

CARA NAK PERCEPATKAN PINJAMAN BANK

Banyak yang bertanya saya tentang cara nak dapat pinjaman atau loan. Satu cara yang saya anggap paling mudah, adalah dengan menjalankan projek anda dahulu, kemudian apply loan untuk mengembangkan projek yang anda nak jalankan.

Bagaimana nak jalankan projek, walhal anda tiada modal. Saya bagi contoh, anda ingin menjalankan projek tanaman pisang. Apa yang perlu anda buat, anda tanam anak pisang tersebut dengan kos yang anda mampu. Katakan anda hanya mampu keluarkan modal RM50. Dengan RM50 tersebut, anda boleh dapatkan 50 anak pokok pisang (kalau sepokok RM1). Tanam disekitar rumah anda 50 pokok pisang tersebut.

Kemudian, anda buat kertas kerja untuk membesarkan projek pertanian yang ingin anda jalankan. Harus diingat, apply loan untuk MEMBESARKAN PROJEK, sebab, pemberi pinjaman akan lebih mudah memberi pinjaman kepada projek yang telah dijalankan dengan alasan anda telah mempunyai pngetahuan tentang projek tersebut.

Sebenarnya, banyak agensi yang memberi pinjaman kepada projek pertanian… MARA, Jabatan Belia dan Sukan, Peladang dan sebagainya. Kalau projek anda menelan belanja sebanyak RM50k, anda boleh terus apply dengan MARA. Tanpa penjamin dan cagaran. Tapi kalau anda perlukan modal sebanyak RM100k, anda boleh pinjam RM50K daripada MARA, RM30K daripada peladang dan RM20K daripada Jabatan Belia dan Sukan. Dengan cara ini, loan anda akan mudah diluluskan kerana anda nak pinjam “sikit” , bukan nak pinjam “banyak” (RM100K) dengan sesuatu agensi.
(Jangan lupa, anda ingin MEMBESARKAN PROJEK, bukan nak memulakan projek).

PINJAMAN BANK

Saya dapat borang untuk apply loan, tanpa penjamin, tanpa faedah. Fuh! teruja betul bila baca isi pamplate. Bukan teruja sebab saya nak apply loan tu, tapi sebab “begitu mudah nak dapat loan”.

Seperti biasa, kalau ada benda-benda bes macam ni, saya akan buat research dulu. Apa lagi, Uncle Google la… hehe

Hasil pembacaan saya, ramai yang apply, sebab mengikut kata agent yang bertanggung jawab uruskan permohonan loan ni, pada masa itu, ketika agent tersebut membuat post di sebuah forum, dah 10,000 orang yang pohon. Ermmm… kalau betul, memang ramai la yang pohon. Ada yang ingin memohon untuk berniaga, ada yang ingin memohon untuk keluar dari kesempitan hidup. Tapi asalnya loan ni dibuka hanya kepada usahawan. Jadi, salah satu cara orang yang bukan ingin berniaga nak dapatkan loan ni, daftar syarikat di SSM. Lepas ni, mungkin boleh dapat data dari SSM tentang peningkatan penubuhan syarikat pada hujung tahun lepas dan awal tahun 2007 :D

Kenapa susah nak dapat pinjaman bank?

Melalui pembacaan dan pengalaman saya, memang susah nak dapat pinjaman daripada bank. Sebab utama adalah, bank kena pertimbangkan samada individu yang meminjam wang tu boleh bayar balik atau tidak. Walaupon ada perjanjian, bank tak mau susah-susah amik tindakan mahkamah, sebab dia kena bayar yuran guaman, buang masa kena tunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya. Sebagai pencegahan daripada masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pihak bank, bank buat penapisan dan syarat-syarat yang begitu ketat. Bank bukanlah Ahlong, ugut,pukul dan sebagainya. Kena jaga reputasi.

Contoh terdekat, pinjaman PTPTN, berapa ramai orang yang belum settlekan hutang PTPTN? Sebenarnya, susah untuk mengutip hutang. Pada zaman saya, PTPTN diberi kepada kebanyakan siswazah. Mungkin pada masa tu, pihak yang terlibat nak bagi kemudahan kepada para pelajar. Memang susah kehidupan pelajar, jauh dari keluarga, tinggal di tempat baru, banyak barang yang perlu dibeli, semuanya memerlukan wang. Susah kalau tiada bantuan. Mungkin pihak terbabit beranggapan, selepas bergraduat, peminjam akan dapat pekerjaan dan terus membayar balik pinjaman. Tetapi, setiap orang lain pe’el nya. Apa yang terjadi, pihak PTPTN terpaksa “mengejar” bekas-bekas pelajar untuk memberi bantuan kepada pelajar baru. Begitulah susahnya pemberi pinjam nak dapat balik wang.

Pekerja kerajaan pula, memang mereka ni senang nak dapat loan sebab ada jaminan dalam pekerjaan mereka untuk tidak dibuang kerja. Gaji pula tetap dan memang ada peningkatan, jadi bank kurang masalah untuk buat pinjaman kepada pekerja kerajaan.

Saya bukan lah menyokong pihak bank dan sebagainya. Tapi, kalau saya dipihak bank, memang terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk dapat balik wang. Saya juga pernah meminjamkan wang kepada orang lain, begitu susah untuk dapatkan balik wang saya. Donald Trump pernah berkata dalam Why We Want You to be Rich, JANGAN PINJAMKAN WANG KEPADA ORANG LAIN.

Saya juga ingin membuat pinjaman untuk projek pertanian. Tapi memang susah untuk dapat pinjaman walaupon menurut pihak yang terbabit, memang telah diperuntukan sebegitu banyak wang untuk petani moden dan siswazah. Sekarang saya usahakan dengan modal yang saya mampu sahaja.Bila dah ada kemajuan, mungkin pihak bank akan cari saya pula untuk bagi pinjaman, dan mungkin juga saya akan pinjam.